Menunggu saat kejatuhan Dinasti Lim dalam menguasai DAP, bekas Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dilihat mula membentuk ‘Pakatan Selatan’
‘Pakatan Selatan’ merupakan golongan aktivis DAP yang disingkir dalam pemilihan DAP negeri kerana tidak sehaluan dengan penguasaan bapa dan anak ‘Dinasti Lim’ menguasai parti itu.
Dr Boo yang juga ADUN Skudai menyeru semula bekas Timbalannya, Norman Fernandez menyertai semula DAP selepas aktivis DAP Johor itu keluar parti pada tahun lepas.
“Saya harap pemimpin-pemimpin yang telah meninggalkan DAP akan kembali semula. DAP bukan dimiliki oleh Norman ataupun bapa saya, “kata Dr Boo dalam satu majlis makan malan kutipan dana di Johor Baru.
Kata-kata ‘DAP milik bapa saya’ dianggap satu sindiran kepada kata-kata yang pernah diucapkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada Persatuan Penduduk Chew Jetty, Pulau Pinang.
Selanjutnya sila baca ‘Ini Bukan Tanah Bapa Kamu’ Maki Lim Guan Eng Kepada Penduduk Chew Jetty
Dalam majlis anjuran Dr Boo itu, ia turut disertai Ahli Parlimen DAP Kota Melaka Sim Tong Him.
Sim merupakan pemain utama politik DAP Melaka yang juga tidak sehaluan dengan Dinasti Lim.
DAP Melaka kembali bergolak pada tahun lalu apabila kem Dinasti Lim merampas kuasa Pengerusi DAP Negeri yang sebelum ini dipimpin oleh Goh Leong San.
Calon pro Dinasti Lim, Tey Kok Kiew telah merampas kuasa Pengerusi DAP Melaka yang disandang oleh Goh dengan sokongan padu daripada Sim.
Kemenangan Tey menyebabkan orang-orang Goh iaitu Lim Jack Wong digugurkan daripada jawatan Timbalan Pengerusi, Chin Choong Seong digugurkan jawatan Bendahari dan Yeo Shen Li digugurkan jawatan Setiausaha.
Krisis kepimpinan DAP Melaka sudah bermula pada 2013 apabila timbul perselisihan faham dalam memilih calon parti itu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana yang dikosongkan Betty Chew, isteri Lim Guan Eng.
Pimpinan DAP pusat cenderung memilih Lai Keun Ban, calon yang dilihat penyokong setia Lim, hingga menimbulkan rasa kurang senang antaranya anggota Parlimen Kota Melaka, Sim yang mengambil keputusan bertanding sebagai calon bebas di Kota Laksamana.
Beliau dalam masa yang sama mempertahankan kerusi Parlimen Kota Melaka atas tiket DAP.
Sim akhirnya tunduk atas desakan Lim untuk menarik diri sebagai calon Bebas, namun menarik perhatian Goh pada masa itu yang dikatakan menyokong Sim dan turut kurang senang dengan pencalonan Lai, yang akhirnya memenangi kerusi itu.
Desas-desus itu terbukti benar apabila Goh kini mengisytihar perang terhadap Lai dan Khoo Poay Tiong dari Ayer Keroh yang juga penyokong setia Lim.
Isu yang menjadi pencetus perbalahan itu ialah pujian Goh kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang mendapat kritikan hebat Khoo dan lai, serta turut menimbulkan perasaan kurang senang Lim.
Ekoran itu Goh meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang di DUN Melaka atas alasan “terlalu banyak campur tangan DAP pusat”. (AIDCNews – 12/1/16 )
Biasa la story macam ni.... NOTHING'S NEW !
ReplyDeleteAmbo dan keluarga juga menunggu saat kejatuhan pas kelantan. Cukup dahhhh ....
ReplyDeleteDlm PAS dinasti Hadi tak wujud..tapi..walaunta2 Hadi ada.
ReplyDeleteHe3
Nampak puak-puak di atas lebih marah PAS dari UMNO/DAP.
ReplyDeleteKau rau padai apa aku mrh samgat kat pemimpin pas yg ada? Sbb teruk2 aku dan kawan2 aku tlg kempen sana sini...ridoq kat markas..keluaq duit poket utk menangkan wakil pas yg la ni jadi pemimpin...teruk2 punya kami ganyang umno-bn..sampai ada yg kena baling batu...pecah cermin kereta..puak2 tu buat khianat...last2 dah menang buat kelaku...senyap2 sokong musuh politik..bagi kerjasama konon...nak jadi penasihat konon...melayu kena bersatu konon...tuihhhhhh...!!!!
ReplyDeleteSenang2 nak belot.
mmg nyesai aku bg sokong kat puak2 lebai ni.
Itu tandanya buat keje tk ikhlas.. ungkit sana sini sbb tu hati terpikat pada PAN dan DAP KUI KUI KUI...
DeleteAnonymous Anonymous said...
ReplyDeleteItu tandanya buat keje tk ikhlas.. ungkit sana sini sbb tu hati terpikat pada PAN dan DAP KUI KUI KUI...
ikhlas sebab nak jatuh kan umno ..nak biaq pas menang ..senang hukum allah diotegakkan ...ni bila dah menang nak jd penasihat penyamun pulak. hudud mana oiii barua kan org ...balik2 hangpa semua kene kencing ngan peyamun ,,, org2 macam hang umno cukup suka , sebab senang dibodoh2 kan , mmg umno nak org2 macam hang ni ramai dlm pas ...
Setelah ketiadaan tgna perangai pmimpin pascai sudah dondong dgn umno. Semuanya dah gila pangkat dan harta. Hududpun entah kemana.
ReplyDelete