Wednesday, January 20, 2016

DAP Perlu Serah Sebahagian Kerusinya Kepada PAN -SU AMK

SHAH ALAM : Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang mencadangkan agar sebahagian kerusi majoriti Cina milik rakan sekutunya, DAP diserahkan kepada Parti Amanah Negara (PAN), dalam usaha untuk meyakinkan lagi bahawa parti demokratik itu sebagai sebuah parti berbilang kaum.
Beliau yang dipetik Malaysiakini berkata, sebagai pertukarannya, DAP boleh bertanding di kerusi majoriti campuran atau majoriti Melayu yang dijangka diperuntukkan kepada PAN.
“Ini akan membantu PAN mendapatkan sebilangan kerusi yang boleh menang manakala DAP mencapai transformasinya untuk menjadi parti berbilang kaum,” katanya dipetik portal berkenaan.
ADUN Teja itu berkata, walaupun DAP mungkin berdepan risiko kekurangan separuh jumlah kerusi yang disandang sekarang seandainya PAN kalah dalam semua kerusi yang ditukar itu, namun ujarnya, ia sesuatu yang perlu untuk mengubah DAP menjadi sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia.
Malah ujarnya, PAN boleh mencapai kemenangan sekiranya DAP memberikan sokongan.
Menyentuh lebih lanjut, ujar Chang, punca DAP menghadapi masalah persepsi di kalangan pengundi Melayu walaupun cuba berusaha keras memenangi hati bangsa itu adalah disebabkan modus operandi parti berkenaan.
Ini katanya disebabkan oleh DAP yang aktif dalam politik di kawasan majoriti Cina, yang seterusnya menyumbang kepada tanggapan bawah ia kurang sensitiviti terhadap orang Melayu.
Ujarnya lagi, transformasi untuk menjadi parti berbilan kaum tidak akan berjaya jika DAP hanya meningkatkan keahlian di kalangan orang Melayu namun tetap bertanding di kerusi majoriti Cina. (IH/Semberono.com)

4 comments:

bat8 said...

Tuan Haji

Cadangan SU AMK ini adalah baik bagi mengurangkan tekanan politik perkauman.

Tak nak mengulas ke gelagat ulamak pembohong Tontowi ni? Amat memalukan Islam dan PAS. Yang paling besar tontowi ini merosakkan institusi ulamak dalam Islam. Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada Islam.

Jika ulamak-ulamak seperti ini diberi ruang dalam politik negara ini, dalam 20-30 tahun lagi, tak mustahil generasi masa itu akan menolak institusi ulamak dalam Islam. Institusi ulamak akan dilihat dengan persepsi buruk. Macamana saya xleh nak jelaskan secara spesifik.

Jangan biarkan istiyusi ulamak dalam Islam dirosakkan sebagaimana insitusi padri dalam kdistian ditolak oleh masyarakat kristian dibarat angkara durjana segelintir padri sejak dizaman pertengahan dulu.

Unknown said...

Dalam agama Kristian tak da istilah munafik atau murtad..
Dalam Islam kalau tolak institusi agama dan ulamak boleh jatuh kufur atau munafik atau murtad..

Anonymous said...

Anon 9:57 AM adalah pembohong yang menghina dirinya sendiri.

(1) Istilah 'munafik'dan murtad wujud dalam agama kristian. Sebagai contoh: Matthew 15:7-9 dan Ezekiel 18:24

(2) Sila belajar agama Islam dengan ikhlas jika kamu mahu mengenali Islam supaya kamu tidak membuat kenyataan bodoh seperti manusia jahil. Please study Islam to know the beauty of Islam.

(3) Murtad boleh berlaku melalui empat perkara berikut:

(i) Menolak hukum yang telah disepakati dan pasti diketahui umum (ma’lum min al-din bi al-dharurah).

(ii) Melakukan sesuatu perbuatan yang hanya dilakukan oleh orang kafir. Contohnya sujud kepada berhala atau melakukan ibadah seperti ibadat orang kafir.

(iii) Mengucapkan sesuatu yang bercanggah dengan pegangan Islam, sama ada yang diucapkan itu lahir daripada keyakinannya atau keingkarannya atau untuk mempersenda.

(iv) Iktikad kufur, seperti ingkar wujudnya Allah, malaikat, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari Akhirat atau qadak dan qadar.

(4) Jika orang seperti kamu tidak mempercayai ulama-ulama Islam, kamu mahu belajar tentang Islam dari paderi kristian? Berfikirlah secara logik ! Jika mahu belajar tentang Islam, belajarlah dari ulama-ulama, ustaz dan ustazah bukan paderi Kristian !

Anonymous said...

Hubungan antara parti Dapig dan parti Kuali adalah seperti hubungan towkay dengan kuli bataknya ! Mustahil towkay yang mementingkan diri sendiri mahu berkorban untuk kuli bataknya !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails