SEKUMPULAN ahli sihir yang pada asalnya dipanggil untuk menyanggah dakwah Nabi Musa `alaihis salam (AS) telah berpaling tadah setelah melihat mukjizat dan kebenaran Baginda. Mereka segera bertaubat dan memilih untuk menerima seruan dakwah Nabi Musa AS.
Firaun sangat murka. Dia mengancam ahli-ahli sihir tersebut dengan hukuman yang sangat berat. Namun mereka memilih untuk kekal dengan pilihan mereka iaitu taat kepada dakwah Nabi Musa.
Mereka lalu berdoa supaya ALLAH berikan mereka kesabaran menghadapi ancaman dan seksaan Firaun serta memohon agar mereka mati dalam keadaan Islam.
Doa mereka telah dirakam di dalam al-Quran, surah al-A'raf ayat ke-126:
1) Diberikan kesabaran terhadap musibah dan kesusahan.رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
- “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”.
2) Dimatikan dalam keadaan Islam.
Itulah panduan doa kita..
Itulah dua perkara yang sangat penting untuk kita minta kepada ALLAH SWT saat diuji dengan ujian yang sangat besar seperti penindasan oleh pemerintah, kejahatan penjajah, saat berlaku kekacauan, peperangan dan seumpamanya.
Bukan mudah hendak sabar.
Sebab itu kita perlukan pertolongan ALLAH agar DIA bantu supaya kita mampu sabar berhadapan dengan masalah yang besar dalam kehidupan kita. Dengan kesabaran yang tinggi itulah, kita dapat menjadi hamba yang tetap di atas agama pilihanNYA, iaitu Islam, sepanjang hidup ini sehingga mati.
Semoga ALLAH kurniakan kesabaran yang besar buat saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Myanmar, China, Afrika dan lain-lain tempat yang dilanda kezaliman yang dahsyat. Semoga mereka kekal sebagai muslim sehingga mati, yakni mati sebagai seorang yang berserah diri kepada ALLAH secara sepenuh hati.
Begitu juga buat kita di Malaysia juga tentunya. Aamiin…
(IH)
Lihat juga..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
No comments:
Post a Comment