Ketua Penerangan PAS pusat, Nasruddin Hassan Tantawi (depan) dan Ketua Menteri Lim Guan Eng (kiri) menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi, Isnin, untuk kes saman terhadap ketua penerangan PAS itu mengenai isu projek terowong bawah laut Pulau Pinang. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat tawaran sebanyak dua kali kepada Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi supaya kes saman fitnah membabitkan isu “Penang Tunnel” tidak diteruskan di Mahkamah Tinggi Georgetown. Nasrudin berkata, peguamnya ditawarkan penyelesaian di luar mahkamah oleh pihak plaintif (Guan Eng) pada pukul 9.30 pagi ini dengan menuntut supaya beliau meminta maaf kepada Guan Eng berhubung kenyataannya di laman sosial bertajuk ‘Apa beza Kidex dan Penang tunnel?” pada 6 Ogos 2014. “Saya mengambil keputusan untuk solat dua rakaat bagi memohon petunjuk Allah. Pukul 10.20 pagi saya membuat keputusan bahawa saya tidak akan memohon maaf dan mengarahkan peguam saya agar melalui perbicaraan kes saman. “Pukul 10.30 pagi, sekali lagi saya dipanggil untuk selesaikan kes sebagai rundingan di luar mahkamah di kamar hakim secara mediasi, namun saya menegaskan bahawa saya tidak akan memohon maaf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Nasrudin berkata, rundingan diteruskan dan pada pukul 11.05 pagi kedua-dua pihak bersetuju dengan penyelesaian menerusi rundingan di luar mahkamah tanpa beliau memohon maaf dan tidak memanjangkan kes berkenaan. “Pada pukul 11.30 pagi, hakim memutuskan penyelesaian kes dicapai di luar mahkamah dengan memerintahkan kos mahkamah sebanyak RM10,000 ditanggung oleh defendan,” katanya. Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini menggugut mahu menyaman Nasrudin kerana mendakwa pemimpin PAS itu memfitnah beliau berhubung isu projek terowong dasar laut dilakukan secara rundingan terus. Bagaimana beliau membuat keputusan untuk menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah atas sebab-sebab tertentu. Sementara itu Pemuda PAS, memuji ketegasan Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan Tantawi dalam berhadapan saman fitnah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Nasrudin telah bertindak tegas dengan tidak memohon maaf dan menarik balik artikelnya yang mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang pada tahun 2014.
“Tahniah saya ucapkan kepada Nasrudin di atas ketegasan mempertahankan artikelnya yang telah mengherat beliau ke mahkamah berhadapan saman oleh Guan Eng.
“Semoga YB ustaz terus memimpin umat mendaulatkan Islam di negara tercinta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Guan Eng hari ini membuat tawaran sebanyak dua kali kepada Ketua Penerangan PAS supaya kes saman fitnah membabitkan isu “Penang Tunnel” tidak diteruskan di mahkamah.
Tawaran pertama, kes diselesaikan di luar mahkamah dengan permohonan maaf oleh Nasrudin dan penarikan balik artikel berkenaan tetapi Nasrudin enggan memohon maaf.
Tawaran kedua oleh Guan Eng supaya kes diselesaikan di luar mahkamah diterima oleh Nasrudin kerana tidak perlu memohon maaf dan menarik balik artikel berkenaan.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini mahu menyaman Nasrudin kerana mendakwa pemimpin PAS itu memfitnah beliau berhubung isu projek terowong dasar laut dilakukan secara rundingan terus.
Bagaimanapun, beliau membuat keputusan untuk menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah atas sebab-sebab tertentu.
Buat solat hajat masa nak terima negotation dgn peguam km penang!.masa buat tuduhan dulu ada buat solat ke?..still kata x minta maaf dan x ngaku salah. tapi terima negotation peguam km penang.. kena bayar rm10,000. Kalau dah kena bayar kalah lah.. jika yakin dgn tuduhan yg dibuat x perlu terima tawaran peguam km penang.. teruskan prosiding.. ketua pemuda pas pulak bagi statement nak justifykan ust nasruddin.. org yg bekerja swasta atau kerajaan yg mahir peraturan x lah bodoh utk percaya statement 2 ustaz ni..pendapat saya parti pas lingkup sbb ada ketua penerangan dan ketua pemuda yg fail bab siasah politik..
Dah Dah la tu Tuan Ibnu Hasyim.. Jangan nak panjang kan lagi dengan "tajuk" yang nak implied Lim Guan Eng nak cuba hiding something. Tu kira gentleman la offer nak settle out of Court. Kalu masuk court dan dah tentu kalah Ustaz Nas, mungkin berjuta kena bayar dan boleh jatuh bankrap. Kalu bankrap, lucut lah title YB dari Ustaz Nas.. Itu lah dikatakan berperikemanusiaan... STOP IT... jangan kita terpalik sekali dengan implied Fitnah.. just because dia non muslim, jadi everything jadi kosher!!!!
Sifat malu tu sifat orang yg ada iman. Jadi jadilah....belajarlah menjadi seorang yg ada sifat malu. Entah la kalau tak tahu malu... Saya yg pernah sokong pas sepanjang hidup saya pun terasa malu dgn cerita2 begini.
Saya amat berharap isu ini dapat dipanjangkan lagi agar sentimen anti DAP dapat disebarkan lagi dan lagi di kalangan melayu islam yg x tergamak menolak hudud..
kalau benar kenapa terima tawaran
ReplyDeleteteruskan bicara
ni kena bayar pulak
Buat solat hajat masa nak terima negotation dgn peguam km penang!.masa buat tuduhan dulu ada buat solat ke?..still kata x minta maaf dan x ngaku salah. tapi terima negotation peguam km penang.. kena bayar rm10,000. Kalau dah kena bayar kalah lah.. jika yakin dgn tuduhan yg dibuat x perlu terima tawaran peguam km penang.. teruskan prosiding.. ketua pemuda pas pulak bagi statement nak justifykan ust nasruddin.. org yg bekerja swasta atau kerajaan yg mahir peraturan x lah bodoh utk percaya statement 2 ustaz ni..pendapat saya parti pas lingkup sbb ada ketua penerangan dan ketua pemuda yg fail bab siasah politik..
ReplyDeleteDah Dah la tu Tuan Ibnu Hasyim..
ReplyDeleteJangan nak panjang kan lagi dengan "tajuk" yang nak implied Lim Guan Eng nak cuba hiding something. Tu kira gentleman la offer nak settle out of Court. Kalu masuk court dan dah tentu kalah Ustaz Nas, mungkin berjuta kena bayar dan boleh jatuh bankrap. Kalu bankrap, lucut lah title YB dari Ustaz Nas.. Itu lah dikatakan berperikemanusiaan... STOP IT...
jangan kita terpalik sekali dengan implied Fitnah.. just because dia non muslim, jadi everything jadi kosher!!!!
Sifat malu tu sifat orang yg ada iman. Jadi jadilah....belajarlah menjadi seorang yg ada sifat malu.
ReplyDeleteEntah la kalau tak tahu malu...
Saya yg pernah sokong pas sepanjang hidup saya pun terasa malu dgn cerita2 begini.
Kalau kena mintak maaf mmg malu..tapi Alhamdulillah institusi ulamak masih bertahan gagal dimalukan oleh si kafir harbi..
ReplyDeleteSaya amat berharap isu ini dapat dipanjangkan lagi agar sentimen anti DAP dapat disebarkan lagi dan lagi di kalangan melayu islam yg x tergamak menolak hudud..
ReplyDelete