Sunday, January 17, 2016

Ini Kereta Paling Samseng Di P.Pg? Denda RM30 Pun Tak Mampu Bayar?



Kereta Lim Guan Eng Paling Samseng Di Pulau Pinang


saman lgeCarian di laman sesawang Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPBB) dua hari lepas mendapati satu saman terhadap kereta rasmi milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah dibatalkan, lapor stopthelies.my
Kesalahan kereta rasmi Lim yang bernombor PG1 bertarikh 22 Feberuari 2015 telah dibatalkan oleh pihak MBPP.
Pada tahun 2015, kereta rasmi Lim telah dinobatkan sebagai kereta yang paling samseng di Pulau Pinang.


kereta lge
Kereta rasmi Lim Guan Eng dengan nombor pendaftaran PG 1 diletakkan di sebelah pili bomba di King Street, Georgetown, Pulau Pinang

Pada tahun lepas, kereta Lim yang diparkir di sebelah jalan dan menghalang pili bomba telah dikritik ramai pihak dan gambar kereta itu telah tersebar di media sosial.
Kebanyakan netizen memberi komen negatif yang merumuskan tindakan tersebut merupakan cerminan kepada sikap salah kuasa seorang individu yang berjawatan tinggi dalam pentadbiran negeri.
Menurut mynewshub.cc, kereta Lim telah dinobatkan oleh netizen sebagai kereta paling samseng di Pulau Pinang sepanjang tahun itu.
kereta lge1
(AIDCNews- 16/1/16)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails