Saturday, January 16, 2016

Ini, Proses DAP P. Pg Hambat Orang Melayu? Hotel, Larang Muslimat Bertudung Dll.


Kerajaan DAP Pulau Pinang membina hotel lima bintang di kawasan majoriti penduduk orang Melayu tetapi mendiskriminasi penduduk tempatan, lapor Saikopen Saiko
Hotel lima bintang yang dimaksudkan itu adalah Lexis Suites, di Teluk Kumbar, Pulau Pinang yang mempunyai 650 bilik suite, dilengkapi dengan spa, kedai kopi, restoran Jepun, pub, bistro, karaoke dan dewan bankuet.
Berkonsep Lexis Hibiscus Port Dickson hotel itu dibangunkan oleh syarikat pemaju Lexis Hotel Group (KL Metro Group). 
PELIK TAPI BENAR … Buat Hotel dalam kawasan orang melayu … tetapi Islam makin dihina… terbaru isu pemakaian tudung menjadi bualan di sekitar Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
“Di mana perempuan Islam telah mohon pekerjaan di hotel tidak diterima oleh pihak hotel kerana alasan MEMAKAI TUDUNG, ini merupakan satu DISKRIMINASI terhadap perempuan ISLAM terutamanya penghinaan yang cukup besar pada ISLAM Di Malaysia.
Pihak berwajib perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Pihak Pengurusan Hotel tersebut kerana ia tidak menghormati rakyat dinegara ini yang majoritinya beragama Islam dan negara Malaysia juga merupakan sebuah negara ISLAM..
“Kita mendesak agar pihak kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya agar pekerja perempuan yang memakai tudung dibenarkan bekerja di hotel tersebut… jangan kerana mencari keuntungan cukai semata-mata, kita menolak hak perempuan bertudung untuk bekerja,”lapor Saikopen Saiko. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah ini proses menghambat orang Melayu melalui dasar pecah-pecah perintah seperti yang dilakukan oleh kerajaan PAP Singapura ke atas orang Melayu di sana..
  • Pembinaan hotel 5 bintang di kawasan majoriti penduduk orang Melayu.
  • Buat hotel dalam kawasan orang melayu … tetapi Islam makin dihina… terbaru isu pemakaian tudung menjadi bualan di sekitar Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
  • Mungkinkah kerusi-kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang makin berkurangan?

(IH)

16 comments:

  1. Kah kah kah ....... amacam walaunta2 @ barua Dap ? Depa jadi setan bisu ka ?

    ReplyDelete
  2. Aku rasa berita tu tak tepat. Tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  3. dekat 60 tahun kuasa pusat depa pegang apa duk buat
    cakap macam hebat

    ReplyDelete
  4. Malaysia BUKAN sebuah Negara Islam....
    Agama Islam hanya sebagai agama rasmi persekutuan sahaja...itu kita kena faham..
    Pemimpin ramai yang beragam Islam...tapi perangai tidak melambangkan islam...


    ReplyDelete
  5. Semenjak DAP pegang, Guru KAFA, Guru SAR dinaikkan elaun jadi RM800. Zaman UMNO, elaun guru KAFA RM288. Pelajar Tahfiz diberi elaun. PAS pun bebas buat ceramah di mana2 tanpa gangguan. Kalu zaman UMNO, sikit2 ceramah pun kena tangkap.
    Teluk Kumbar bukan kawasan Melayu. Teluk Kumbar kawasan sebelah Pulau. Di Sebelah pulau dekat Tanjung Tokong, komepni UMNO sendiri yg rampas tanah Melayu iaitu UDA Land.

    Semenjak DAP pegang, ustaz2 dari PKR, PAS dan tanpa parti dibenarkan memberi nasihat terus kpd Lim Guan Eng tanpa orang tengah. Ditubuhkan majlis syura khas tanpa elaun. Antara ahli Ustaz Abd Mutalib (Penanti) dan Ustaz Sobri Arshad (Tasek Gelugor). Byk ucapan2 LGE berjaya ditegur direct oleh kedua-dua ustaz ni dan LGE terima. Tp ustaz2 PAS tak mau cerita kat khalayak umum, harakah pun tak masuk.

    Ni nak cakap pasai tudung? buat artikel pakai tembak2 saja. Kalu hotel tu tak benarkan, biaqla..kafir punya hotel. Apa susah pegi keja tempat lain la..banyak hotel lg ada. Semua ada pakai tudung.

    - Mat Safian

    ReplyDelete
  6. salam mat Safian.hang bukan tak kenal Ibn Hasyim ni .suka tampal tulisan oarng lain .nak tulis sendiri tak berani .tenguk muka macam baik sangat tetapi hati busuk .beginikah penyokong tegar Pas? buat malu aje..Tuan Ibn nak tulis komen tu biar benar2 ikhlas.

    ReplyDelete
  7. melayu hilang hak dinegara ini kerana UMNO....UMNO macam kera diberi bunga....ada kuasa tak pandai guna untuk bangsanya...sebaliknya pemimpin UMNO menjadi hamba abdi tokey2 Cina....

    ReplyDelete
  8. Yg tulis pun org saiko boleh pakai ka berita gembira buat penyokong2 tegar mereka dan blogger Ibn Hasyim. Wei hangpa x yah dok cong la aku penang mai tau la mana ada cerita2 karut mcm kat atas tu tapi klu pasai mintak kerja kat hotel tu memang ada byk hotel2 kat m'sia ni termasuklah di negeri2 yg ditadbir kerajaan UMNO/BN yg mengenakan syarat2 mcm tu tapi bknnya kerajaan negeri yg suruh pun. Sapa kata melayu di diskriminasikan di Penang aku tengok org melayu kat sini biasa ja happy go lucky pun.

    Awat hangpa dok kalut sgt pasai Penang ni cuba hangpa pi bagitau negeri2 ditadbir UMNO/BN spt Perak ka, Kedah ka, Johor ka dll supaya dpt bangunkan skit negeri depa dari hangpa dok sibuk pasai melayu kat Penang ni. Lagi satu hangpa yg wala'un2 PAS dan UMNO/BN pi ramai2 kat negeri Pahang tu tlg cuci tanah merah bauksit kat situ lagi baguih.

    ReplyDelete
  9. Ahmad Awang wajib ambil tahu dn bercakap dg LGE. Asmuni tahu undang2, wajib sama2 wajib ambil tahu. Lebih2 Matsabu kena tanya LGE

    ReplyDelete
  10. Prinsip tabayyun dalam menulis kena ada Tn Hj.. kalau tidak akan jadi tukang sebar fitnah.. kebelakangan ni.. nampaknya Tn hj dah tak kesah lagi samada jadi tukang sambung dan sebar fitnah.. ingat.. tengok cermin.. dah tua.. jgn sebab taksub pada sesuatu golongan kita zalim pada golongan yg lain..

    ReplyDelete
  11. Barua DAP kelupoq lai..

    ReplyDelete
  12. Aku pun hairan dengan sikap dan tindakan umat Melayu yang mengaku Islam dan mengakui Nabi Muhammad saw sebagai Nabi depa. Bukankah umat Nabi Muhammad adalah sebaik-baik umat? Bahkan Nabi Musa a.s. pun ingin menjadi umat Nabi Muhammad semasa bersembang dengan Allah swt.
    Umat Nabi Muhammad saw yang berketuruna Melayu ada hak istimewa di sisi Allah swt kah? Adakah umat Melayu memang suka makan darah daging haram? Adakah umat Melayu memang suka "sedekah" pahala depa?
    Sejahat LGE and the geng, depa tak aniayai Pendidikan Islam di Pulau Pinang. Depa tak pernah mempersoalkan perjalanan dakwah Islamiah di Pulau Pinang malahan memberi pelbagai kemudahan kepada umat Islam termasuk mendirikan bangunan untuk Majlis Agama Pulau Pinang.
    Bukankah patut kita berdoa agar semua rakyat Malaysia (termasuk LGE and the geng) menerima hidayah daripada Allah swt? Maka dengan ini bukankah lebih mudah Malaysia menjadi negara Islam? Kadang-kadang aku hairan dengan umat Melayu ni. Masa bila yang umat Melayu berdakwah dengan orang bukan Islam di Malaysia? Yang ada hanya asyik menimbulkan kebencian kepada orang bukan Islam. Sekali lagi, adakah kita ni umat CONTOH iaitu umat Nabi Muhammad saw? Mungkin umat Melayu tak terasa sebab Nabi Muhammad saw bukan keturunan Melayu kot.

    ReplyDelete
  13. Sebahagian kecil manusia yang mendakwa kononnya diri mereka beragama Islam menyokong parti dan NGO sekular liberal dan parti kafir menentang ajaran Islam dan hukum Allah dan menindas orang Islam dan berusaha menyesat orang-orang Islam atau menjauhkan orang Islam dari agama Islam.

    Mereka mendakwa kononnya diri mereka beragama Islam tetapi pada masa yang sama mereka bersubahat dan menyokong musuh Islam menentang Islam dan mereka membela pemimpin kafir dan munafik yang memusuhi Islam tanpa merasa segan dan malu. Sesungguhnya mereka adalah pengkhianat, penjilat dan munafik yang teramat bangsat:

    "Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)."(Al-Baqarah 2:10)

    Maka benarlah hadis yang mengatakan di akhir zaman, sebahagian orang 'Islam' akan menjadi pengikut orang kafir:

    Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu akan mengikuti perilaku orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu ikut memasukinya.” Para sahabat lantas bertanya, “Apakah yang anda maksud orang-orang Yahudi dan Nasrani, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Siapa lagi (kalau bukan mereka)?” (HR Bukhari)

    Hanya orang Islam sejati berusaha membela dan melindungi Islam dan orang Islam dari ditindas oleh orang-orang kafir yang memusuhi Islam. merekalah orang-orang yang melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran:

    "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."(At-Taubah 9:71)

    ReplyDelete

  14. Anon Anti Fitnah KONON 11:49 AM,

    Kamu mendewa-dewakan pemimpin-pemimpin kafir yang mempertikai ajaran Islam dan menentang Islam dan perlaksanaan hukum Allah dan mempromosi liberalisme yang memberi kebebasan melakukan kemungkaran dan murtad di negara ini. Bahkan mereka menghasut orang ramai menentang Islam. Jika mereka ini menjadi idola kamu, kamu pun sama seperti mereka !

    Fir'aun pernah memelihara Nabi Musa dan Abu Lahab adalah bapa saudara Nabi. Mungkin kamu akan mendewa-dewakan mereka kerana 'kebaikan' mereka ! Inilah contoh yang sesuai untuk mendedahkan peribadi kamu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin islam konon baikkk punya cilok RM 2.6 bil apa cerita broo?

      Islam atau Selammm...

      Delete
  15. Yang sedang melakukan kemungkaran di Tanah Melayu ni siapa?
    Siapa yang memerintah di Malaysia ni?
    Siapa yang melakukan kezaliman di Malaysia ni?
    Saya tak berani dan tak mahu berhujah menggunakan hadis maupun Al Quran sebab khuatir bila salah menggunakannya, buruk padahnya. Saya lebih suka menggunakan akal untuk tafsir logik.
    Saya tidak menDEWAkan pemimpin bukan Islam sebab menDEWAkan manusia itu haram. Lagipun dalam Islam tak ada DEWA dan hanya Allah swt. Saya menghormati sikap dan tindakan pemimpin kafir seperti LGE. Sebagai seorang Islam, bukankah kita dianjurkan mencegah keMUNGKARan (keZALIMan) dan menegakkan keADILan. Benarkah semua orang kafir JAHAT dan semua orang Islam BAIK. Adakah kerana dia tu MELAYU dan Islam, maka apa yang dibuatnya semua BETUL dan BENAR walaupun sebenarnya penuh dengan keZALIMan dan keMUNGKARan? Aku hanya lihat pada realiti dan pijak di bumi NYATA. Cuba bagi tau keZALIMan yang dilakukan oleh LGE di Malaysia.
    Sebagai seorang Islam, kita wajib sayang pada yang BENAR dan benci pada keMUNGKARan. Ini tidak. Aku dikatakan munafik sebab menyatakan LGE tu baik??? Kalau aku kata Najib tu baik, maka aku ni orang yang berIMAN? Cuba hang bagi tau, antara UMNO dan DAP, siapa yang lebih JAHAT dan siapa yang men"jual" Melayu? Benar kata hangpa, hati kita akan jadi BUTA bila selalu ber"kawan" dengan kemungkaran. Saya tidak takut pada LGE sebab dia tu kafir dan tindakannya sentiasa dipantau. Yang baik kita kata baik. Yang buruk kita buruk. Bagaimana dengan orang kita yang Islam? Hangpa juga kata terdapat segelintir orang Islam. Pinjam tulisan hangpa, "Kamu akan mengikuti perilaku orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu ikut memasukinya." Perilaku siapa yang lebih jahat? Siapakah orang sebelum kamu? "“Apakah yang anda maksud orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Bukankah ayat ini bermaksud orang yang sifatnya macam Yahudi dan Nasrani. Sifat ini bukan sahaja terdapat dalam diri orang kafir tetapi juga ada dalam diri orang Islam sendiri. Yang aku nak beri penekanan ialah kita jauh sifat Yahudi dan Nasrani dalam diri kita? Adakah kita hendak menuruti perangai Yahudi dan Nasrani yang penuh hasad dengaki dan khianat sedangkan kita ni umat yang terpilih? Maafkan aku kalau logik akal aku ni tak betul bagi hangpa.
    Bagi aku, gunting dalam lipatan lagi bahaya. Apa yang kita (Melayu) buat selama ini tidak semesti melambangkna kita ni Islam? Banyak budaya kita yang bercanggah dengan ajaran Islam dan masih diamalkan oleh kebanyakan kita. Kita takut manusia lebih daripada takut kepada Allah swt? Kepada Allah swt kita kembali.

    ReplyDelete