Thursday, January 21, 2016

Ini Yang Lucah Novel Itu.. Buang Saja Kata SU Kesatuan NUTP


Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Loke Yim Pheng mencadangkan bahagian kontroversi dalam novel Pantai Kasih yang menjadi rujukan Komponen Sastera (Komsas) pelajar Tingkatan 4 dibuang.
Beliau dilaporkan berkata dalam Sinar Harian hari ini, perkara itu disuarakan 12 guru dalam Biro Bahasa Melayu NUTP yang bermesyuarat pada 16 Januari lalu.
"Guru yang mengajar Komsas sendiri jadi keliru bagaimana mahu menerangkan bahagian tersebut dengan baik sedangkan ia jelas berunsur lucah.
"Guru terlibat tidak mahu penerangan atau pengajaran mereka disalah tafsir. Mereka sendiri malu membacanya sekali gus sukar memberi tafsiran kepada pelajar," beliau dipetik berkata akhbar itu.
Bahagian kontroversi daripada novel popular tulisan Azmah Nordin itu adalah seperti berikut:
“Bagaikan tidak dapat ditangguhkan lagi, Doktor Sadiz sudah tidak mampu mengawal nafsunya. Raiha telah menjadi mangsa kerakusannya. Tanpa sebarang perencanaan dan tanpa kerelaan Raiha, terlucutlah sel daripada genetik ‘istimewa’ milik Doktor Sadiz ke dalam badan Raiha.
“Doktor Sadiz terus menyeringai dan terus giat menyempurnakan autopsi ataupun bedah siasat ke atas jasad Raiha yang terhimpit dan terlentang di atas lantai lif itu”.
Minggu lalu, Kementerian Pendidikan dilaporkan mengarahkan sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat novel itu susulan kritikan orang ramai yang mendakwa ia tidak sesuai dibaca pelajar kerana berunsur lucah.
Isnin lalu, BH Online melaporkan Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan berkata, guru yang dikatakan memuat naik status di media sosial berkaitan pertikaian teks sastera itu akan dipanggil memberikan penjelasan.
Faiez Ali dikatakan menulis status berkaitan novel itu di Facebook pada 11 Januari lalu.
Pada masa sama, kementerian juga akan menemui panel pemilih novel teks yang mencetuskan polemik itu, di Bahagian Perkembangan Kurikulum, bertujuan memperoleh justifikasi menyeluruh sebab pemilihan Pantai Kasih. 
Sementara itu, Lajnah Pendidikan, Dewan Muslimat PAS Malaysia (LAJPEN DMPM) memandang serius terhadap isu penggunaan teks sastera atau novel komponen sastera (KOMSAS) dalam matapelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 yang mengandungi unsur-unsur keterlaluan, berbaur lucah dan tidak mencerminkan nilai agama yang luhur mahupun peradaban bangsa yang cemerlang.
LAJPEN berasa sangat hairan bagaimana semudah itu, panel penilai atau pemilih yang bertanggungjawab boleh memilih dan berlapang dada untuk menyajikan novel ‘Pantai Kasih’ kepada para pelajar seolah-olah melupakan Falsafah Pendidikan Negara dan realiti masyarakat hari ini.
(IH)

1 comment:

Anonymous said...


Wow hebatnya.....selain dari berpeluang mempelajari pendidikan seks, pelajar juga berpeluang mempelajari novel lucah di sekolah. Adakah dengan membaca novel lucah, pelajar-pelajar boleh mencipta jet pejuang, peluru berpandu, mesin x-ray, tenaga nuklear dll selepas tamat sekolah?

Kita bimbang selepas ini badut dan pelawak politik sekular akan mencadangkan eksperimen seks dalam makmal di atas nama sains ! Kasihan pelajar-pelajar terdedah kepada unsur-unsur keruntuhan moral di peringkat sekolah kerana tindakan manusia yang tidak bermoral.

Ini menunjukkan agen-agen sekular liberal cuba memperkenalkan budaya liberal ke dalam masyarkat masyarakat ini. Siapalah yang akan tanggung semua dosa ini? Orang yang bertanggung-jawab wajib meletak jawatan!

MARILAH KITA SEMUA SOKONG DAN UNDI PARTI ISLAM DALAM PRU 14 UNTUK MENCEGAH KERUNTUHAN MORAL ATAU KEMUNGKARAN DAN KESESATAN !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails