Wednesday, January 20, 2016

Israel Bimbang Amaran IS Sasarkan Negaranya.

REUTERS - Eizenkot berucap pada persidangan anjuran Institut Kajian Keselamatan Antarabangsa Universiti Tel Aviv di Tel Aviv kelmarin.
TEL AVIV – Kekalahan kumpulan Islamic State (IS) di Syria menyebabkan militan itu atau sekutunya beralih arah dengan menyerang Israel dan Jordan, kata ketua tentera Israel, Leftenan Jeneral Gadi Eizenkot kelmarin.
IS sebelum ini meningkatkan serangan di luar Syria dan mengeluarkan amaran bahawa Israel adalah antara negara yang menjadi sasarannya.
Eizenkot berkata, campur tangan Rusia bagi membantu rejim Presiden Bashar Al-Assad pada tahun lalu berjaya mengekang kemaraan IS kecuali di kawasan selatan Syria yang bersempadan dengan Israel dan Jordan.
“Kejayaan operasi memerangi IS akan meningkatkan kemungkinan kumpulan itu menyerang kami dan Jordan,” katanya dalam satu persidangan anjuran Institut Kajian Keselamatan Antarabangsa Universiti Tel Aviv.
IS sendiri tidak memiliki kekuatan di kawasan sempadan itu tetapi kumpulan pejuang Islam di rantau tersebut, Briged Syahid Yarmouk merupakan sekutu IS
Kebimbangan Israel berasas selepas rakaman suara dipercayai ketua IS, Abu Bakar Al-Baghdadi yang disiarkan di media sosial tiga minggu lalu memberi amaran, Israel akan menjadi sasaran serangannya.
Jordan yang menandatangani perjanjian damai dengan rejim Zionis tidak banyak terjejas akibat konflik di Asia Barat yang berlanjutan sejak lima tahun lalu. – Reuters
Seorang petugas pejabat kesihatan Israel juga mengatakan, daya tahan psikologi rakyat termasuk tentera Israel sudah runtuh...

1 comment:

Anonymous said...

gila israel nk perang ngan is.askar israel cuma level knak2 palestin je..mayb dap bole anta tenteranya utk mmbantu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails