BETAPA dunia berputar kembali ke 'zaman jahiliah' balik, sesudah Islam datang menjernihkan kehidupan dari kebinatangan kepada kemanusiaan. Kini sampai kecurangan antara suami dan isteri pun boleh dimuatnaik ke dalam laman sosial.
Ini, video bertajuk ‘Ana Tenang Mengaku Terlanjur Dengan Remy’ itu giat dikongsikan secara meluas di laman Facebook yang mana ia mungkin tidak sesuai untuk ditonton mereka yang di bawah umur kerana penggunaan dialog yang agak ‘terus’ tanpa berselindung.
Menerusi video, suami wanita berbaju hitam kebungaan itu yang menamakan dirinya “ayah” bertanya kepada isterinya itu adakah dia menyayangi lelaki yang juga orang ketiga iaitu Remy, dan wanita itu menjawab kerana sudah terlanjur.
“Sebab mak dah terlanjur dah tak boleh balik dengan ayah, terpaksa jugaklah sayang,”kata wanita itu tenang.
Mungkin 'terlanjur' itu, bermaksud telah melakukan najis zina yang dilarang oleh Islam. Agak berani wanita yang bernama Ana itu menjawab 'terpaksa' sayangkan orang ketiga dan mungkin terlanjur melakukkan hubungan seks dengan Remy.
Padahal kalau masih sayangkan suami, pastinya si Ana itu akan insaf dan segera memohon maaf serta merayu keada si suami supaya menerima dirinya kembali. Nama orang ketiga, Remy pula yang dilihat begitu selamba dan berlagak menjawab bahawa dia pula sukakan Ana tanpa ada rasa bersalah.
Ramai juga netizen berpendapat suami wanita itu tidak sepatutnya memuatnaik video berkenaan kerana ia hanya akan membuka aib keluarga mereka dan mungkin sebagai pengajaran kepada wanita dan lelaki berkenaan. Namun, maklumat terbaru yang baru sahaja diterima mengatakan si suami kepada wanita curang terbabit itu juga sebenarnya hanya dua kali lima sahaja.
Komen Weblog Ibnnu Hasyim: Masyarakat Malaysia hari ini, begitu parahnya diserang wabak sosial 'najis zina'. Nampak undang-undang yang ada sekarang tidak mampan lagi menghalangnya. Perlu dicari alternatif perundangan baru bagi menyelesainya. Orang bukan Islam boleh kemukakan perundangan agama mereka kalau ada.
Tetapi bagi negara umat Islam atau negara majoriti orang Islam, tidak ada undung-undang lain lebih baik dari undang-undang Islam, demi menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat. Bagi mereka yang tidak percaya hari akhirat, tiada ruginya kalau undang-undang selamat dan damai itu dilaksanakan di dunia.
Ruginya, kalau betul akhirat itu ada, mereka yang tersalah pilih di dunia saja, tidak lagi boleh balik beramal di dunia. Kalau akhirat itu tiada seperti yang mereka fahamkan, orang yang percaya kepada hari akhirat tidak rugi apa=apa.
6 comments:
"Ruginya, kalau betul akhirat itu ada,.." ?
Mcm ada sedikit keraguan bunyinya.
Barang free...sapu aja lah
orang dah nak bagi
bukannya nak kawin..seronok2 ja
apa la kau orang ni...
Semua org berdosa dan semua org wajib taubat, bnykkn istighfar dan sentiasa taubat.
Nabi saw yg ma'sum pun taubat lbh 70 kali sehari.
Ubat majun untuk menguatkan tenaga seks lelaki .Diperbuat dari herba dan ianya halal. Hubungi Wak Deraman ,Dusun Tua,Selangor.tel.0138887776
Kes ni sama mcm kerjasama pas-umno.umno penipu dan perompak,tp pas yg kononyer pejuang islam terhegeh nak kerjasama dgn umno atas alasan melayu dan islam.yg selama ni menipu melayu selama 57tahun,masih dianggap rakan kerjasama oleh Pas.
Post a Comment