Seperti kebiasaan apabila sesuatu berita besar berlaku, netizen akan meluahkan pandangan mereka dengan memuatnaik status dan gambar sebagai respon mereka.
Antara yang viral di Facebook malam ini ialah poster yang dikongsi oleh laman Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggabungkan gambar dua pemimpin politik iaitu Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan kapsyen “Rakyat mahu PM baharu, bukan MB baharu”.
Rata-rata pengguna Facebook bersetuju dengan kapsyen tersebut.
Setakat berita ini ditulis, poster itu mendapat like sebanyak 23,902 dan 7,000 perkongsian.
Sementara itu di Twitter, perkataan ‘Mukhriz’ telah menjadi trending setelah dituit sebanyak 10,500 kali.
Siang tadi, UMNO Kedah mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata,semua ketua 15 bahagian, selain ketua sayap Pemuda dan Wanita mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak supaya membuat perubahan dalam kepemimpinan UMNO peringkat negeri setelah Mukhriz didakwa gagal menggerakkan jentera UMNO dan ekonomi. (P-I&M)
1 comment:
Bila penyangak2 nak suruh MB yg Kedah yg baik letak jawatan. Rakyat Kedah akan bangkit tentang.
Muka2 penyangak yg cuba lesapkan duit Tabung Haji..Azeez
Muka2 penyangak yg menggunakan duit Zakat utk bayar kos guaman ...Jamil
Muka2 penyangak yg terpalit dgn kes kongsi gelap..Anak Baharum
Yang lain2 pengampu dan penyokong 1MDB yg melesap wang negara.
Orang2 yg mcm ni yg nak di angkat???
Mmg patut rakyat Kedah lawan balik penyangak2 ni
Post a Comment