KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pengendali restoran char kuey teow di ibu kota didenda sebanyak RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen akibat tidak mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada pelanggan pada tahun lepas.
Syarikat Mali's Corner Sdn Bhd telah diperintahkan membayar 95 sen GST kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana tidak mengutip cukai itu dalam satu resit. Syarikat terbabit membayar denda tersebut.
Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut selepas syarikat itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan.
Syarikat yang berdaftar dibawah GST itu didakwa tidak mengeluarkan invois cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 ketika membuat pembekalan cukai pada 7 Oktober 2015, 12.54 tengahhari di Mali's Corner Sdn Bhd, No 9-1, Block C, Jalan Langkawi, Platinum Wlak, Danau Kota, Setapak. (IH)
3 comments:
Mengong...mkn tu pun nak kena cukai
sapa tk memeras rakyat dgn gst adalah satu kesalahan
klu tk kutip gst bila hutang 1mdb nk selesai.. itu pun tktau ke
Ni kena minta lobai hadi candat nasihatkan najib toya agar tak menzalimi rakyat
Post a Comment