HALAMAN HIBURAN
MESKIPUN hidup serba glamor dan mewah, nyata perkara itu tidak memberikan sepenuh kegembiraan buat bintang siri Keeping Up With The Kardashians, Khloe Kardashian.
Dalam satu rancangan bual bicara, Khloe mendedahkan dia sama sekali tidak berpuas hati dengan saiz payudaranya dan teringin melakukan pembedahan plastik bagi membesarkan asetnya itu.
Namun disebabkan tiada keberanian, dia tidak meneruskan rancangan itu.
Ini kerana menurut Khloe, jika mendiang bapanya Robert Kardashian masih hidup, pasti bapanya akan melarang dan menegahnya melakukan pembedahan kosmetik.
“Ya, saya nak sangat besarkan payudara tapi tidak miliki keberanian melakukannya. Dulu ayah tahu pasal saya nak buat pembedahan plastik namun dia melarang dan tak berapa lama kemudian dia meninggal.
“Saya rasa jika masih hidup tentu keputusannya masih sama, sebab itu saya tidak lakukan pembedahan payudara sehinggalah ke hari ini,” katanya yang sentiasa memakai push up bra bagi menampakkan payudaranya cantik terletak.
Ironinya kakak Khloe, Kim dikenali antara selebriti Hollywood paling banyak melakukan pembedahan plastik sehinggakan tubuh badannya yang menggiurkan itu jadi idaman kebanyakan peminat wanita.
Bagaimana Dalam Islan?
Bagaimana Dalam Islan?
َالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
- “ Maka, wanita yang shaleh, ialah yang taat kepada Allah (dan kepada suaminya), lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka).” ( Qs an-Nisa’ : 34 )
Banyak wanita yang bertanya tentang hukum melakukan operasi payu dara kerana ingin membahagiakan suami mereka, atau kerana memang keinginan dari suami mereka. Wanita-wanita itu beralasan bahawa membahagiakan suami itu akan mendapatkan pahala, tetapi di sisi lain mereka takut kalau hal itu bertentangan dengan ajaran Islam kerana larangan untuk merubah ciptaan Allah. Bagaimana sebenarnya pandangan Islam terhadap masalah ini?
Tulisan berikut ini menjelaskan permasalahan di atas.
Membesarkan Payudara Secara Alami
Membesarkan payudara secara semulajadi, iaitu dengan melakukan latihan-latihan kecergasan, senaman aerobik sekurang-kurangnya 3.8 jam seminggu, atau dengan melakukan gerakan-gerakan khusus lainnya. Memakan sayur-sayuran seperti brokoli, kubis brussel, kol, bok, choy, sayuran hijau, kembang kol, lobak, kacang soya.
Begitu juga mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan ikan laut setiap minggu seperti tuna, salmon, makarel, dan sardin dan lain-lain yang dapat menjaga payu dara dari kanser dan menyebabkan payudara menjadi lebih montok, padat dan besar. Sebahagian orang menyarankan untuk mengkomsumsi kacang panjang dengan cara ditumbuk hingga halus, kemudian dioleskan pada payudara.
Setelah lebih kurang 30 minit, akan dibilas dengan air hangat, dan jangan sampai kena putingnya. Atau dengan cara membakar dan membakar satu ruas jahe, kemudian dipukul-pukul sekedarnya tidak sampai hancur, kemudian dimasukkan ke dalam segelas susu lembu murni. Dicetuskan dulu sampai 5 jam, baru diminum.
Membesarkan payudara dengan cara-cara seperti ini, tentunya dibolehkan, kerana tidak ada larangan di dalam Islam, dan tidak ada unsur mengubah ciptaan Allah, bahkan perbuatan seperti sangat dianjurkan kerana merupakan kegiatan positif yang bermanfaat bagi wanita tersebut.
Iaitu mempunyai badan yang sihat dan ideal. Begitu juga bermanfaat bagi suaminya, kerana dia akan sangat senang dan bahagia setiap kali melihat, memandang dan bertemu dengan isterinya tersebut. Selanjutnya dia akan betah untuk tinggal di rumah dan selalu ingin dekat dengan isterinya, serta menumbuhkan rasa cinta dan kasih sayang suami terhadap isterinya.
Operasi Payudara
Membesarkan payudara secara perubatan, iaitu dengan cara dibedah. Operasi payudara mempunyai banyak cara. Salah satu cara yang paling terkesan ialah dengan kaedah TUBA (trans-umbilical breast augmentation) atau pembesaran payudara melalui hirisan di sekitar pusat.
Teknik pembedahan implant ini ditemui, dikembangkan dan dipopularkan oleh Dr. Gerald Johnson seorang doktor pakar pembedahan plastik dari Amerika. Hirisan TUBA adalah hirisan yang dilakukan dengan membelah pusar kemudian menyusuri sebahagian pinggirannya.
Operasi ini lebih jarang dilakukan berbanding dengan tiga kaedah pemasangan implant yang lain, iaitu Peri-areolar Incision, Inframammary Fold Incision, dan Transaxillary Incision.
Selepas hirisan dilakukan, doktor akan menggunakan endoskopi atau semacam tabung silinder untuk membuat jalan dari perut menuju payudara. Jalur dibuat melalui jaringan lemak di bawah kulit perut. Implan flatable digulung kemudian di pasangkan di hujung endoscope, diarahkan dan ditempatkan di dalam payudara.
Operasi Payudara Yang Normal
Operasi payudara kadang dilakukan oleh seorang wanita yang mempunyai payudara yang normal dan standard, mungkin tidak terlalu besar dan montok, tetapi juga tidak terlalu kecil sekali, alias sihat dan tidak cacat, hanya kurang montok dan padat sahaja.
Kenapa seorang wanita membesarkan payudaranya dengan cara perubatan padahal payudaranya normal? Hal ini tidak lepas dari dua faktor:
Faktor Pertama: Kerana keinginannya sendiri, hanya sekadar iseng dan ingin berbangga diri, baik dia mempunyai suami, mahupun belum mempunyai suami.
Dalam keadaan seperti ini, tidak dibolehkan baginya untuk melakukan pembesaran dengan cara perubatan dalam bentuk apapun, kerana masuk dalam katagori merubah ciptaan Allah dan tidak bersyukur dengan nikmat Allah yang diberikan kepadanya.
Faktor Kedua: Kerana ingin membahagiakan suaminya, atau kerana suaminya yang memintanya agar berbuat seperti itu. Apakah ini termasuk berbakti dan taat kepada suami sehingga mendapatkan pahala?
Jawabnya:
Seorang isteri akan mendapatkan pahala jika dia mentaati perintah suaminya. Sebagaimana firman Allah SWT:
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
- “ Maka, wanita yang shaleh, ialah yang taat kepada Allah ( dan kepada suaminya ), lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka).” ( Qs an-Nisa’ : 34 )
Sebagaimana juga dalam hadist Abu Hurairah :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّذِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِيمَا يَكْرَهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ
- “ Bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam ditanya : "Wanita yang bagaimana yang paling baik?" Beliau menjawab: "Jika ia dipandang selalu menyenangkan, jika diperintah taat, dan tidak menyelisihinya terhadap perkara yang ia benci bila terjadi pada dirinya (istri) atau hartanya (suami)." (HR. Ahmad dan Nasa’i)
Tetapi ketataan itu terbatas pada masalah yang ma’ruf dan baik serta tidak dilarang oleh Islam. Jika perintah tersebut menyalahi ajaran Islam, maka tidak boleh ditaati. Sebagaimana disebutkan di dalam hadist Imran bin Husain, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
لَا طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِي مَعْصِيَةِ الخالقِ
- “ Tidak ada ketaatan kepada makhluq untuk bermaksiat kepada Allah “ (HR. Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah, hadist ini dishahihkan oleh Ibnu Qayim, Suyuti, Syaukani dan yang lain)
Melakukan operasi payudara yang sebenarnya masih normal adalah bentuk dari merubah ciptaan Allah dan tanda bahawa orang tersebut tidak ridha dengan ketentuan Allah, maka perintah suami dalam ini tidak boleh ditaati, bahkan sebaliknya jika isteri mengetahui hukum operasi payudara ini tidak boleh, hendaknya dia mengingatnya suaminya dengan cara lemah lembut yang tidak menyinggung perasaannya.
Operasi Payudara Yang Cacat
Operasi payudara kadang dilakukan oleh wanita yang mempunyai payudara tidak normal atau cacat, seperti payudaranya yang terlalu kecil dan tidak wajar, iaitu berbeda dengan payudara para wanita pada umumnya, bahkan sampai ada yang payudaranya menyerupai dada seorang lelaki, sehingga tidak boleh dibedakan apakah dia seorang wanita atau seorang lelaki.
Dalam keadaan seperti ini, maka dibolehkan untuk membesarkan payudaranya dengan cara operasi sampai pada batas normal, kerana ini merupakan penyakit dan cacat yang seorang muslim dibolehkan untuk mengobatinya.
Hal ini sesuai dengan fatwa Lajnah Daimah ( 25/ 16 ) , NO : 20919 ), ketika menjawab pertanyaan dari seorang suami yang merasa murung dan menderita kerana isterinya mengalami kelainan dalam tubuhnya, terutama payudaranya yang sangat kecil, sehingga ukurannya kadang-kadang sama dengan yang dimiliki lelaki.
Hal ini juga mengakibatkan isteri tertekan batinnya sehingga tidak percaya diri ketika berhadapan dengan suaminya. Apakah boleh isteri melakukan operasi sewajarnya sehingga ukuran payudaranya kembali normal sebagaimana perempuan lainnya?
Jawaban Lajnah Daimah sebagai berikut :
إِنْ كَانَ الْوَاقِعْ كَمَا ذَكَرَ ، فَيَجُوزُ إِجْرَاءِ عَمَلِيَةٍ لِمُعَالَجَةِ الثَديَيْنِ إِذَا لَمْ يَتَرَتَب عَلَى ذَلِكَ ضَرَر عَلىَ جِسمَ المَرأةِ ؛ لِأَنَّ مَا ذَكَر هُوَ مِن الأَمْرَاض الَّتِي يُشرَعُ عِلَاجُهَا ، كَمَا دَلّت عَلىَ ذلِكَ النّصُوصُ الشّرْعِيةُ الكثيِرةُ .
- “ Jika faktanya sesuai dengan yang disebutkan oleh penanya, maka dibolehkan untuk dilakukan operasi demi memperbaiki bentuk payudara, jika hal tersebut tidak membahayakan tubuh isterinya. Ini dibolehkan kerana yang diceritakan tadi termasuk salah satu penyakit yang dibolehkan untuk diobati berdasarkan dalil-dalil syar’i yang begitu banyak. “
Kesimpulan
Dianjurkan bagi wanita untuk selalu bersukan secara teratur serta mengkomsumsi makanan dan minuman yang bergizi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan agar tubuhnya sehat, energik dan indah, sehingga dikemudian hari dapat membahagiakan suaminya.
Bagi wanita yang mempunyai payudara normal, walaupun kadang tidak ideal, hendaknya bersyukur kepada Allah atas nikmat tersebut. Sekali-kali tidak dibolehkan untuk melakukan operasi payudara, kecuali kalau payudaranya cacat atau terkena penyakit, maka dalam keadaan seperti ini dibolehkan untuk melakukan operasi dalam batas-batas kewajaran, dan tidak melampaui batas.
Tetapi yang paling baik tentunya wanita tersebut bersabar dengan apa yang diberikan Allah kepadanya, selama hal tersebut tidak mengganggu aktiviti harian. Mudah-mudahan Allah membimbing kita kepada jalan-Nya yang lurus.
Itu peraturan bagi bagi wanita-wanita Islam, bagi wanita bukan Islam ada peraturannya sendiri. Jangan jadi muslimah yang ingkar tidak mahu ikut peraturan agamanya.
Itu peraturan bagi bagi wanita-wanita Islam, bagi wanita bukan Islam ada peraturannya sendiri. Jangan jadi muslimah yang ingkar tidak mahu ikut peraturan agamanya.
(IH)
2 comments:
nice post Mampir diwarung kita ya jasa sablon gelas plastik bandung
Perempuan kafir di Barat berusaha siang dan malam menjadikan diri mereka sebagai tarikan seks. Inilah kemunafikan perempuan Barat yang mendakwa mereka menikmati kebebasan 100% sedangkan mereka melayan diri mereka sendiri sebagai objek atau hamba seks!
Lelaki melihat mereka sebagai objek seks sahaja! Sebaliknya perempuan Barat sebagai 'gold digger'(pisau cukur) menggunakan daya tarikan seks mereka untuk menggoda lelaki kaya! Begitulah dunia MATERIALISTK BARAT !
Inilah contoh manusia yang tidak bersyukur kepada Allah.
Post a Comment