Tuesday, January 12, 2016

Lelaki! Ceraikan Isteri Yang Seperti Ini.. -Perintah Rasulullah SAW. (3)



PENCERAIAN merupakan hal yang pastinya tidak diingini oleh setiap pasangan suami isteri. Keputusan untuk berpisah ini akan meninggalkan kepedihan bagi keluarga terutama anak-anak. Selain itu, hubungan silaturahmi antara dua keluarga boleh terputus kerana perpisahan ini.

Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa perceraian adalah tindakan dibenarkan namun sangat dibenci Allah SWT. Rasulullah SAW pun selalu memberikan teladan yang baik agar umatnya menjaga keharmonian dan keutuhan keluarga mereka. Selain itu, pasangan digalakkan untuk saling memahami agar perceraian boleh dielakkan.

Namun ada masa di mana Rasulullah justru menyuruh suami untuk menceraikan isterinya. Hal ini pasti didasari perilaku isteri yang sudah tidak sesuai dengan syariat dan melanggar norma. Seperti apa ciri wanita yang diperintahkan untuk diceraikan? Berikut maklumatnya.

Ciri wanita yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk diceraikan adalah wanita yang tidak menolak tangan orang lain yang menyentuhnya. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW. 
  • Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu 'anhu bahawa ada seorang lelaki yang datang menghadap Rasulullah lalu berkata, "Ya Rasulullah, saya mempunyai wanita yang tidak menolak tangan orang yang menyentuh." Maka Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam bersabda kepadanya, "Ceraikan dia" (HR. An Nasa'i)

Tidak menolak tangan orang lain yang menyentuhnya merupakan salah satu bentuk cacat moral yang besar. Hal ini dapat diertikan bahawa wanita tersebut tidak boleh menjaga diri dari pergaulan dengan lawan jenis. Ia tidak boleh menjaga dirinya sehingga bebas bergaul dengan siapa saja dan bahkan hingga bersentuhan kulit.

Itulah penyebab mengapa Rasulullah SAW memerintahkan suami dari wanita tersebut untuk menceraikannya. Terutama ketika wanita tersebut tidak boleh dinasihati dan tidak ada harapan untuk berubah setelah diingatkan beberapa kali.

Pada zaman sekarang ini, bersentuhan kulit dengan lelaki yang bukan mahramnya menjadi perkara yang dianggap biasa. Terlebih lagi jika kita lihat di kalangan selebriti yang bebas saja menyentuh wanita atau lelaki yang bukan mahramnya. Padahal hal yang demikian ini sudah termasuk dalam kategori zina tangan.Rasulullah SAW bersabda:
  • "Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh)" (HR. Muslim)
Jika diketahui, sebenarnya begitu besar dosa saling sentuh dan pegang tangan ini dengan orang yang bukan mahramnya. Rasulullah SAW bersabda:
  • "Seseorang yang ditusuk kepalanya dengan jarum dari besi itu lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya" (HR. Thabrani)
Kerana hal itulah, tidak hairan apabila Rasulullah memerintahkan suami untuk menceraikan isteri yang tidak menolak tangan lelaki lain yang menyentuhnya.

Demikianlah maklumat mengenai ciri wanita yang diperintahkan Rasulullah untuk diceraikan. Bila mengetahui isteri berbuat hal demikian, maka nasihati dan bimbinglah isteri terlebih dahulu. Namun, apabila hal tersebut dilakukan secara berulang-ulang dan ia tidak juga berubah maka laksanakanlah perintah Rasulullah tersebut yakni dengan menceraikannya. (IH)
Lihat juga..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails