Wednesday, January 13, 2016

London, Islamofobia Naik 70%: Muslimah Ditolak Ketika Tren Bergerak (Video).

SEORANG wanita muslim yang sedang menunggu ketibaan kereta api di stesen Piccadilly di London telah ditolak tanpa sebab oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Menerusi rakaman litar tertutup atau CCTV di lokasi itu, suspek secara tiba-tiba menolak mangsa ke arah kereta api yang sedang bergerak itu dan menyebabkan wanita berkenaan tersungkur di situ.

Mujurlah tiada perkara yang lebih buruk berlaku pada wanita terbabit dan kini lelaki itu telah ditahan pihak polis dan didakwa kerana cubaan untuk membunuh seseorang.

Menurut sumber, Polis Pengangkutan British sangat terkejut dengan insiden tersebut dan kini masih lagi menjalani siasatan untuk mendapatkan maklumat terperinci.
Video tersebut yang dimuat naik di laman Facebook telah menjadi viral dan rata-ratanetizen mengecam dan mendakwa bahawa kejadian itu ada unsur homofobia yang berleluasa di negara itu.

[VIDEO:WANITA RASIS KUTUK ORANG ISLAM DALAM BAS]

Berdasarkan kadar jenayah Islamofobia di London yang dikeluarkan oleh Polis Metropolitan di sana, jumlah kes berkaitan telah meningkat sebanyak 70% sejak tahun lalu.

Sebelum ini, seorang wanita Muslim di negara itu juga dilaporkan telah dihina oleh seorang wanita berkulit hitam yang mendakwanya sebagai pengganas. – Agensi.

Lihat..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

No comments:

Post a Comment