SEMUA sudah maklum bahawa Kutub Utara dan Kutub Selatan merupakan ceruk benua paling sejuk di dunia.
BACA: Shahrom Berjaya Tamatkan Misi Kutub Selatan
Justeru apabila seorang lelaki Melayu mengenakan kain pelikat ketika berada di Kutub Selatan dan memuatnaik gambar itu di Facebook, dah pasti ianya mengejutkan ramai orang.
Bayangkan, pada bulan Januari seperti sekarang pun suhu kawasan itu berada pada tahap -16 darjah celcius.
Senang cakap, jika pakai baju sejuk berlapis-lapis pun masih terasa hingga ke tulang apatah lagi bagi anak Malaysia yang biasa hidup dalam suhu panas lembab sepanjang tahun!
Hal itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang ‘kebal’ dari kesejukan tersebut.
‘Mat Salleh’ yang berada di kawasan Kutub Selatan waktu itu pun, sudah pasti pelik melihat jenis kain dan bendera negeri Kelantan yang dibawa bersamanya.
BACA: Misi Ekspedisi Shahrom Tawan Kutub Selatan Bermula
Jejaka berkain pelikat sambil mengibar bendera Kelantan di negeri berlantai ais itu tak lain tak bukan adalah Shahrom Abdullah, anak Malaysia pertama yang berjaya menjelajah ke Kutub Selatan.
Jejaka berusia 33 tahun dari Felda Chiku, Gua Musang, Kelantan ini merupakan atlet sukan lasak duathlon dan triathlon negara.
Shahrom telah berjaya menamatkan Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan pada 9 Disember 2015 lalu.
Ekspedisi berkenaan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, awal Julai tahun lepas.
Tahniah buat Shahrom, semoga semangat nasionalisme dan kental dirinya jadi ikutan anak muda lain di negara ini.
(IH)
No comments:
Post a Comment