Sunday, January 17, 2016

Miss Tourism: PAS/PAN Lumba Tolak Mungkar! Al-hamdulillah, Kecuali UMNO/DAP?

Terjojol mata-mata yang merenung ratu cantik jahiliah ini..
Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Melaka, Adly Zahari berkata tidak ada apa lagi yang boleh dibuat pihaknya untuk menghalang penganjuran pertandingan akhir Miss Tourism 2015/1026 World yang berlangsung di Melaka hari ini.
Katanya, ini kerana apa yang sepatutnya mereka lakukan sudah pun dibuat apabila Angkatan Wanita AMANAH membuat bantahan kepada kerajaan negeri Itu sebelum ini.
“Tak ada apa lagi yang kami boleh buat. Kita dah sampaikan mesej kita bila Angkatan Wanita AMANAH membuat bantahan berhubung perkara tersebut sebelum ini. Jadi, untuk langkah seterusnya adalah menjadi hak kerajaan negeri," tegas Adly ketika dihubungi Malaysiakini.
PAS, AMANAH Melaka dan beberapa NGO sebelum ini kesal dengan penganjuran pertandingan Miss Tourism 2015/16 di Melaka.
Antara yang tampil membantahnya Ketua Angkatan Wanita AMANAH, Mahani Othman Basir yang dilapor berkata jelas sekali pertandingan Miss Tourism ini haram di sisi Islam kerana pakaian yang menjolok mata, tidak sopan dan hadirin pula terdiri dari kaum lelaki dan wanita.
Malah, menurut Mahani, lebih malang lagi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sendiri turut hadir memeriahkan acara tersebut.
Bagaimanapun, Idris Haron berkata sektor pelancongan Melaka mampu mendapat manfaat besar terutama dari limpahan publisiti menerusi kunjungan ratu cantik dari seluruh dunia.
Kata Idris, pendekatan bijak mempromosi pelancongan negeri menerusi pertandingan ratu cantik berupaya meletakkan Melaka sebagai destinasi pelancongan berjenama besar.
Mengulas lanjut kenyataan Idris itu, Adly berkata penganjuran Miss Tourism tidak dapat mengurangkan beban hidup yang ditanggung oleh rakyat hari ini.
“Kalau kita tengok penganjuran Miss Tourism di Melaka ini tidak mengurangkan bebanan rakyat.
“Tindakan kerajaan negeri menganjurkan Miss Toursim bukan untuk naikkan nama Melaka dan menarik pelabur datang ke sini. Tetapi hanya untuk jadi kerajaan popular di mana mereka menganjurkan program selawat bersama rakyat untuk tarik pengundi Melayu-Islam dan Miss Tourism untuk menangi hati pengundi bukan Islam,” tegas Adly.
Miss Tourism World adalah acara antarabangsa yang sebelum ini pernah diadakan antaranya, di Venezuela, Equatorial Guinea dan Thailand.
Dan bagi tahun 2015/2016 Miss Tourism World berlangsung di Melaka di mana pemenang akan dimahkotakan pada malam ini. (MK)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, PAS, AMANAH Melaka dan beberapa NGO sebelum ini kesal dengan penganjuran pertandingan Miss Tourism 2015/16 di Melaka ini... Kecuali UMNO dan DAP?

2 comments:

Poor Indon said...

Lar...pemimpin UMNgOk mmg gatal...tak dapat Ms. UNIVERSE, MS. TOURISM pun jadi lar!!

Anonymous said...

Aku kalau DAP, MCA,MIC tak setuju itu al maklum la. Tapi bila menteri agama dan JAKIM atau JAIM pun buat genyip mata ja, memang memalukan dan teruk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails