Friday, January 22, 2016

Misteri Projek Terowong Dasar Laut PP. -Professor Jimmy Cheok-Siang Lim.

 Terlalu Banyak Misteri Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang


Professor Jimmy Cheok-Siang Lim (kiri) bersama Guan Eng..

Terlalu banyak misteri berkaitan rancangan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang, kata Presiden Institut Arkitek Malaysia, Professor Jimmy Cheok-Siang Lim. Salah satunya, bagaimanakah dan di mana anda sebagai pemandu kenderaan akan masuk dan keluar melalui terowong itu.

“Jika anda kata akan masuk melalui Jalan Gurney..ini adalah Jalan Gurney..satu laluan sepanjang pesisiran pantai.
“(Jika benar melalui Jalan Gurney) adakah anda mahu pemandangan persisiran pantai , semua tempat bersejarah akan diubah menjadi jalan sesak dengan barisan kereta-kereta beratur untuk memasuki terowong tersebut ?
“Di mana laluan sebenar yang akan menghubungkan terowong tersebut. Inilah persoalan yang belum diketahui.

“Selepas itu, Ketua Menteri juga mengatakan terowong itu bakal dibina di Jalan Pangkor. (sedangkan) Kita semua tahu Jalan Pangkor adalah jalan yang sempit yang dikelilingi bangunan dan laluan trafik terlalu sesak,”katanya.

Pada tahun 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar.

Projek mega yang diumum kerajaan negeri pimpinan DAP itu melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong bawah dasar laut berkenaan. Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat – Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S.M Mohamed Idris berkata Lim dilihat seolah-olah begitu terdesak mengumumkan projek itu sedangkan Jambatan Kedua Pulau Pinang kedua masih belum beroperasi dan kesan lalu lintas belum dapat dinilai lagi.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Lim menyerahkan tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang sebagai bayaran kepada pemaju projek berkenaan kerana nilai tanah semakin meningkat dan mendakwa transaksi seumpama itu hanya memanfaatkan pemaju. (IH)

No comments:

Post a Comment