Teori yang sudah tak laku?
SHAH ALAM : DAP perlu berhenti berharap mendapatkan pengaruh undi orang Melayu sekiranya parti itu terus menerus menolak perjuangan hudud.
Penganalisis Politik, Prof. Madya Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, ini kerana orang Melayu sangat sinonim dengan perjuangan agama.
“Kita dapati apa juga isu yang terkeluar daripada landasan agama seperti penentangan terhadap Hudud itu sendiri, maka sudah tentu ia akan menolak daripada menarik orang-orang Melayu sendiri.
“Kerana faktor penolakan itu berdasarkan kepada faktor agama bagi saya sangat-sangat besar,” katanya kepada Antarapos.
Beliau mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang akur DAP sukar mendapatkan undi orang Melayu walaupun parti itu sudah menjangkau usia 50 tahun.
Lim juga akur DAP dan bekas sekutu, PAS, bertelagah dalam hal berkaitan usaha memperkenalkan undang-undang jenayah Islam atau hudud di Kelantan sekaligus membawa kepada perpecahan pakatan pembangkang yang sangat buruk dan terbuka kepada umum.
Kenyataan terbaru Lim itu jelas Martadha, parti itu langsung tidak mahu bertoleransi dalam isu agama.
“Bagi saya apa yang diperkatakan oleh Lim Kit Siang itu adalah perkara yang tepat berdasarkan kepada kenyataan semasa di mana kita mendapati bahawa memang DAP ini tidak dianggap sebagai sebuah parti yang agak mesra dengan orang-orang Umno terutama isu-isu besar ianya berkaitan dengan penolakan hudud.
“Jadi sebab itu saya rasakan ini secara tidak langsung menyebabkan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat sendiri sudah tidak sanggup lagi bekerjasama dengan mereka berdasarkan kepada mereka berterusan ingin mematikan hudud itu sebagai agenda utama di dalam perjuangan Pakatan Rakyat” katanya.
Tambahnya, walaupun DAP kini sudah berada dalam pakatan pembangkang baru iaitu Pakatan Harapan, penolakan terhadap DAP adalah sangat ketara dalam kalangan orang Melayu lebih-lebih lagi pakatan baru itu tidak ada kata putus dalam soal hudud.
“Jadi itu saya rasa merupakan halangan besar kepada DAP untuk menarik lebih ramai orang-orang Melayu untuk mendekati parti dan seterusnya bersama-sama parti mereka,” katanya.
Beliau dalam pada itu menegaskan, DAP juga perlu berhenti menuduh mana-mana parti yang kononnya menunding parti itu mengamalkan sentimen perkauman.
Sebaliknya kata Martadha, DAP perlu melihat semula perjuangannya yang dilihat mengutamakan kaumnya sendiri.
“Bahawa di samping agama, parti DAP juga seringkali dilabelkan sebagai sebuah parti yang sangat menekankan perkauman. Jadi ini juga saya kira merupakan satu faktor menolak orang-orang Melayu untuk mendekati DAP.
“Kita juga tahu bahawa banyak perjuangan-perjuangan mereka walaupun keanggotaan dalam parti itu majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina dan secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa parti DAP dinaungi oleh masyarakat Cina dan cuba memperjuangkan hak-hak dan juga kepentingan masyarakat Cina.
“Sudah tentulah apabila imej itu yang ada di kalangan masyarakat, maka amat sukar untuk orang-orang Melayu terutamanya mendekati DAP.
“Sebab itu mereka cuba berusaha bertungkus-lumus contohnya nama-nama besar dikaitkan dengan DAP namun kita dapati banyak anggota-anggota besar ini walaupun ada segelintir orang-orang Melayu yang ada nama dan pengaruh.
“Namun kita dapati itu adalah dalam keadaan dan situasi yang agak terpencil dan ia tidak memberi kesan dan impak kepada masyarakat keseluruhannya,” ujarnya. (semberono.com)
6 comments:
Jadi Melayu yang sokong Dan bersekongkol dgn DAP Melayu Janis apa?
Entahlah... kalau sanggup bersama berjuang dalam parti yg tentang agama sendiri.. bila kata munafik marah..
Kui kui kui..
Parti UMNO pun tak inginkan HUDUD....Buat apa bersekongkol dengan parti yang Nabi pun dah katakan bukan dari gulongannya....(ini kerana mereka sangat assobiyah)
(Dr.G)
Banyak yg x paham bhw PAS bukan bersekongkol dgn UMNO tapi sbnrnya sedang memancing seramai mungkin ahli2 UMNO menyertai PAS atau sekurang2nya memgundi PAS sekiranya didapati UMNO sudah x boleh berubah..
ye betul... setuju
melayu yang kecewa dan tak amanah... Amanah lah sangat...
Post a Comment