KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
KEDUDUKAN REZAB TABUNG HAJI
1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengikuti dengan penuh prihatin Surat Teguran Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Tabung Haji (TH) khususnya terhadap nilai aset TH yang dikatakan lebih rendah dari liabiliti.
2. PAS berpandangan langkah BNM itu adalah wajar atas kapasitinya sebagai Pengawal Utama Sektor Kewangan negara, khususnya dalam suasana ekonomi dunia yang lembap dan mencabar yang mana Malaysia tidak terkecuali dari menerima akibatnya. Namun sesuatu teguran mahupun nasihat yang dikeluarkan oleh BNM kepada institusi seumpama TH tidak seharusnya sehingga menimbulkan suasana panik dan menjejaskan keyakinan yang tidak sepatutnya dari para Pendeposit terhadap TH.
3. PAS amat yakin dengan kemantapan sistem Tadbir Urus yang baik yang diamalkan oleh TH selama ini, yang bukan sahaja selaras dengan Pematuhan Syariah, tetapi juga mementingkan manfaat dan menjana pulangan pendapatan yang baik kepada para pendepositnya. TH bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi sebagai Institusi Kewangan yang lebih berorientasikan keuntungan maksima berbanding dengan pulangan kepada pendeposit.
4. Sehubungan dengan itu, PAS berpuashati dengan penjelasan oleh YB. Menteri yang menjaga Tabung Haji (yang saya temui sendiri di Parlimen pada 27/1/2016) serta Pengurusan Tertinggi TH yang mengesahkan Prestasi Kewangan TH berada dalam keadaan baik terutama apabila mengambil kira Nilai Aset keseluruhan potfolio pelaburan TH. Apa yang lebih penting lagi adalah jaminan bahawa Bonus Pendeposit bagi tahun 2015 akan diumumkan dan dibayar dalam waktu terdekat.
5. PAS mengharapkan TH akan terus komited dan melaksanakan amanah para Pendeposit terutama memastikan hasrat mereka untuk menunaikan fardhu Haji tidak terhalang dengan apa jua kemungkinan.
Terima kasih.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN,
Setiausaha Agung
Setiausaha Agung
Bertarikh: 28 Januari, 2016.
6 comments:
Macam ni nak jadi penasihat..
dengar saja dr mulut penyamun terus caya.
mmg bongok la PAS ni
Oleh kerana segala jangkaan saya adalah benar melainkan x benar, maka terbuktilah PAN masih belum membuka mata kerana menyangka mereka berada di pihak yg benar..
Kesimpulan yg boleh saya buat ialah memang amat tepatlah akar umbi PAS menolak geng PAN masa muktamar baru2 ini.. Saya x boleh bayangkan jika mereka masih berada di dalam PAS di mana PAS akan terus terpaksa menelan segala tuduhan2 fitnah DAP kpd TGHH lantaran ingin mengambil hati TGLGE dan TGLKS oleh geng PAN dlm PAS..
Maka dgn itu bersyukurlah kita yg masih beristiqamah (bersama PAS) hingga kemenangan!! Takbir 3X..
HUDUDUITTTT..TAKBURRR 3X
anon 9:39 .... ko ni bodoh ke apa?
Anon 9:39 ni adalah ahli yg paling berkualiti PAN ada buat setakat ni..
Walaunta2 yg bodoh bertingkek2 krn percayakn manusia biasa mcm Hadi Awang dan pimpinan Pas yg suka berckp bohong dan khianat. Mrk ini oengkhianat Islan sebenar.
Jgn harap mrk2 ni jujur utk laksanakan hudud. Yg sebenarnya adalah HUDUDUITTT..
Post a Comment