PASIR MAS - Pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) akan bermula di Pengkalan Kubor, Tumpat dan bersambung sehingga ke Gemuroh, Kuala Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Infrasturuktur, Utiliti dan Teknologi negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, perkara tersebut secara dasarnya sudahpun dipersetujui oleh kerajaan persekutuan dan akan diangkat menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).
Menurutnya, pembinaan tersebut melibatkan dua jajaran iaitu tengah di Gua Musang dan pesisiran pantai.
"Kerajaan persekutuan berhasrat untuk memulakan projek ini di Pengkalan Kubor melibatkan persisiran pantai dan terus ke Gemuruh di Kuala Terengganu," katanya ketika diminta mengulas mengenai projek berkenaan.
Terdahulu sebelum itu beliau merasmikan program Penyampaian Cek Pampasan Bagi Pengambilan Balik Tanah Untuk Pembinaan Laluan Air Mentah di Mukim Chetok Bagi Projek Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) Halal Hub Pasir Mas di sini.
Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif memberitahu, projek LPT3 dari Gemuroh, Kuala Terengganu ke Pengkalan Kubor, Tumpat bakal diteruskan melihat pada kesesakan yang berlaku baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Hanifa memberitahu, projek lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu dijangka akan selesai dalam tempoh dua tahun lagi.
Katanya, laluan sejauh 20 kilometer melibatkan Bukit Tiu ke Kuala Krai akan dibina oleh kerajaan persekutuan.
"Kerajaan negeri akan bina laluan sejauh 10 KM itu bermula dari Bukit Bakar ke Kampung Berangan Mek Nab di Machang," katanya.- SINAR HARIAN 19 JANUARI 2016
3 comments:
Berapa kali mau umum laaaa..!!
100x pengumuman pun kalau cakap saja..buang tong sampah lah. Rakyat dah muak dgn janji2 tong sampah ni.
Tunggu agaknya kita pun sudah tiada di alam Maya baru nampak.
Tunggu agaknya kita pun sudah tiada di alam Maya baru nampak.
Post a Comment