Monday, January 11, 2016

Pengebom Dari M'sia Letupkan 33 Mangsa -Harian News

Dua pengebom berani mati rakyat Malaysia meletupkan diri mereka dan membunuh kira-kira 33 orang di Timur Tengah baru-baru ini.
Mohd Amirul Ahmad Rahim, 26, dari Terengganu dan Mohamad Syazwan Mohd Salim, 31, dari Selangor menjalankan misi untuk kumpulan pengganas Islamic State (IS) masing-masing di Syria dan Iraq lapor New Straits Times (NST) hari ini.
Ekoran itu, ia membawa kepada seramai 17 kematian rakyat Malaysia yang dikaitkan dengan IS.
Amirul meletupkan bom yang berada padanya di dalam sebuah kereta di Raqqa, Syria bagi berhadapan dengan Angkatan Demokratik Syria yang telah membunuh 21 orang pejuang Kurdish pada 29 Disember lalu.
Amirul dilaporkan telah meninggalkan keluarganya untuk menyertai IS pada Oktober 2014. Dia merupakan diantara 16 pejuang yang mati dibunuh oleh pejuang Arab dan Kurdish.
Pada malam 3 Januari lalu, Syazwan dan enam yang lain pergi ke sebuah pusat latihan polis di pangkalan tentera Spekher, 160 kilometer dari Baghdad.
Mereka kemudian ditembak oleh pihak polis. Bagaimanapun, mereka berjaya meletupkan jaket yang diisi bom dan membunuh 12 anggota polis termasuk dua pegawai, menurut sumber.
Syazwan meninggalkan negara ini dan adiknya yang berusia 28 tahun, Muhamad Shazani untuk menyertai kumpulan pengganas pada September 2014.(HN)

1 comment:

Anonymous said...

sahih ke certa ni atau penulis ni buat buat certa macam missing in action aje

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails