Masih bolehkah persembahan wanita begini di K'tan? Kalau masih tidak dilarang, pun akan jadi boleh..
HALAMAN HIBURAN
KUALA KRAI: Biar pun kerajaan negeri mengharam persembahan hiburan membabitkan perempuan dewasa sejak 1990, namun masih ada pihak yang melanggarnya secara terang-terangan.
Terbaru pada malam sambutan tahun baru Khamis lepas persembahan hiburan diadakan di kawasan Hospital Kuala Krai (HKK) dengan menampilkan artis perempuan.
Terbaru pada malam sambutan tahun baru Khamis lepas persembahan hiburan diadakan di kawasan Hospital Kuala Krai (HKK) dengan menampilkan artis perempuan.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Nazman Che Iberahim berkata, pihaknya sangat sedih keterlanjuran pihak terbabit menganjurkan program yang tidak mengambil kira sensitiviti orang Islam.
Katanya, selepas bencana banjir besar melanda akhir 2014, sepatutnya umat Islam sedar dan menginsafi ujian tersebut yang didatangkan dari Allah SWT.
“Ramai lagi yang masih bersedih dan bermalam di rumah transit sementara menunggu rumah kekal siap.
“Apakah hiburan melampau itu sengaja mahu mengundang kemurkaan Allah SWT lagi,” katanya di sini.
Oleh itu Pemuda PAS Kelantan akan menghantar memorandum bantahan kepada HKK, Pengarah Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan membantah penganjuran program berkenaan.
“Kami juga desak Pengarah HKK memohon maaf kepada rakyat Kelantan secara terbuka dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” tambahnya
Difahamkan penganjuran program hiburan itu tidak mendapat kelulusan Ketua Jajahan Kuala Krai, selaras Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman berkata Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) hanya mendapat tahu program hiburan berkenaan selepas kejadian berlaku.
“Saya dimaklumkan tiada permohonan program tersebut diajukan kepada MDKK. Perlanggaran itu pertama kali berlaku di Kuala Krai sehingga mengundang kemarahan orang ramai,” katanya.
Beliau yang juga Adun Mengkebang berharap MDKK menghantar pekeliling peringatan kepada setiap jabatan, agensi dan NGO di Kuala Krai mengenai peraturan di bawah Enakmen Kawalan Hiburan 1998. -HARAKAHDAILY 6/1/2016
8 comments:
Sudah sudahlah...ibnu Hashim ni tak de keja lain....hampeh
Sudah sudahlah...ibnu Hashim ni tak de keja lain....hampeh
berita unsur lucah dan seks adalah makanan ibnu hasyim.
Wow macai dan barua Dap dah meroyan ........ adakah ni kerja ahli parlimen k krai @ PAN imayam pandikutty @ barua Dap ?
Layan jerlah komen2 juak2 PANkhianat tuu...nanti depa kata sonbong pulak
hahahaaaaa... pencacai pasikulutut dah meroyan. inilah jadinya bila pemikiran diserap pemahaman ISIS. tunggu apa lagi ahli2 pasikulutut? bila lagi nak ikut jejak langkah lotfi arifin?
Manusia sekular terkutuk yang menyembah nafsu serakah mereka sendiri sentiasa mempertahankan dan membela hiburan sekular liberal yang bersifat hedonistik. Malangnya manusia sekular ini menyangka bahawa hiburan lucah hedonistik adalah kemajuan. Jika hiburan lucah hedonistik ini adalah kemajuan, mengapa geng-geng malaun ini gagal mencipta radar, enjin jet, kapalselam, satelit, kenderaan angkasa lepas, peluru berpandu, ubat kanser, ubat aids, mesin x-ray, mesin MRI dll?
Bila sudah mabuk, tanpa merasa malu muntah merata tempat, berkelakuan seperti orang zaman batu dan pandu kereta dengan laju pada pukul 3 atau 4 pagi terbabas dan langgar pokok atau divider dan mampus ! Menyusahkan orang ramai!
Adakah geng malaun ini fikir bila mereka mampus, mereka akan menemui tokoh-tokoh hiburan dalam kubur dan berpesta dalam neraka? Kebodohan manusia melampau kebodohan haiwan ternak !
Tengok gambarnya sebagai satu berita bukan untuk melayan sahwat, fahami isi ceritanya, ambil mesejnya. Begitu cara untuk tidak berdosa.
Post a Comment