Thursday, January 07, 2016

Projek ‘Gila’ K'jaan DAP P.Pinang.

lane
Tiada masuk akal laluan basikal dibina betul-betul melalui tempat orang menunggu bas (gambar di atas), ia seumpama ditadbir oleh sebuah kerajaan negeri yang ‘gila’, kata Lim Lian See.
“Tidak boleh percaya terdapat lorong basikal betul-betul di hadapan perhentian bas. Letakkan kaki anda ke bawah untuk dilanggar oleh penunggang basikal pelumba, “ulasnya.
lane2
Menurutnya, apabila lorong berbasikal dibuat secara bengkang bengkok, ia menunjukkan kerajaan negeri sedikit gila.
“Tetapi lorong basikal ini yang hanya betul-betul di hadapan perhentian bas adalah benar-benar gila.
“Mungkin CAT (haiwan) adalah orang mengecat lorong itu. Atau ‘C’ dalam CAT bermaksud gila (crazy) dan tidak cekap (not competent),”ulasnya.
Azizi Safar pula mempertikaikan siapakah dalang di sebalik projek ini kerana ia pernah dinafikan kelulusannya oleh pihak MBPP sendiri.
“Dilaporkan dalam media bahawa MBPP mendakwa tidak meluluskan projek ini. Jadi siapa yang meluluskan projek ‘mengecat laluan pejalan kaki hijau ini?,”soalnya.
lane1
Hafizi Harris pula bertanya adakah projek laluan basikal itu kehendak rakyat atau kehendak DAP.
“Adakah projek laluan basikal sepanjang 12km dan berjumlah RM 30 juta yang rakyat Pulau Pinang mahukan? Atau ‪DAP‬ melalui Lim Guan Eng dengan sengaja menggunakkan duit rakyat untuk kepentingan DAP?,”soalnya.
Memetik kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri yang dilaporkan baikbike.com, beliau mempertahankan kos projek ini dan mencabar sesiapa yang tidak berpuas hati agar melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM).
“Laluan 1.55km yang beliau (Lim Guan Eng) lancarkan berhampiran dengan Komtar adalah sebahagian daripada pautan 12 km dan ia dibiayai kebanyakannya oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kos sebanyak RM4.6 juta,” laporan baikbike.com dipetik.
“Bayangkan 1km laluan basikal kosnya lebih kurang RM 3 juta, untung lah DAP perah duit rakyat,” ulas Hafizi lagi.
(AIDCNews – 07/1/16 )

5 comments:

  1. buat salah , tak buat salah.Jadi semua serba salah.

    ReplyDelete
  2. Mujuq ada...dpd tak da langsung
    Kat pahang..langsung tak da..
    yg ada laluan tanah merah bouksit yg adnan buat...

    Ha5

    ReplyDelete
  3. Razali dh pecah rahsia depa nk buang islam & melayu di msia (mcm singapore lani)..G17 lead by tony pua bohh..tolak dap now..depa anti islam (baca hudud), duit zakat depa mau juga..kristian depa nk, islam no way..joseph lim, smg dap tumbang di penang pru14 nanti..

    ReplyDelete
  4. Bukti kan Rambo
    ...
    Harap masa hang tulis hang tak termakan pil kuda..

    ReplyDelete
  5. DAP memang gila tetapi mereka ini juga adalah bekas kawan PAS dan harap PAS tidak terjangkit penyakit gila ni.

    ReplyDelete