Sunday, January 24, 2016

Rumah Teres Dieja Teroris, Kanak-kanak Muslim Ini Ditahan..


Dilaporkan, Satu kem latihan pengganas IS dikhususkan untuk kanak-kanak Asia Tenggara dan kanak-kanak Malaysia mungkin turut berada di sana, kata pihak polis.
LONDON – Anggota keluarga seorang kanak-kanak lelaki Muslim tempatan; yang hanya baharu berusia 10 tahun, kini mendesak pihak polis Britain supaya membuat pernyataan rasmi meminta maaf.

Ini susulan kes budak itu disoal siasat – semata-mata kerana tersilap eja dia tinggal di rumah terrorist atau pengganas, dan bukan terraced atau rumah teres seperti yang mahu dimaksudkannya.

Polis dilaporkan menyoal siasat budak itu di rumahnya di Lancashire, England pada 7 Disember lalu dan memeriksa komputer milik keluarganya setelah dia menulis ejaan salah itu dalam kelas Bahasa Inggerisnya.

Menurut stesen tempatan BBC, sejak Julai tahun lalu, undang-undang Britain menghendaki guru-guru sekolah untuk melaporkan sebarang kelakuan murid mereka yang dikesan sebagai mencurigakan.

“Anda boleh bayangkan ini berlaku kepada seorang lelaki berusia 30 tahun yang menjadi guru, tetapi tidak kepada seorang anak kecil yang menetap di Accrington,” kata sepupu budak lelaki itu kepada BBC.

Contoh model rumeh teres di Britain. – Gambar hiasan

“Guru itu sepatutnya prihatin dengan masalah ejaannya. Tetapi dia nampaknya takut keterlaluan waima dengan tulisan salah eja, dan terlalu banyak fikirkan benda yang bukan-bukan,” tambahnya lagi.

Miqdaad Versi, penolong setiausaha agung Majlis Muslim Britain; kumpulan terbesar bagi pelbagai pertubuhan Islam di Britain, menyalahkan program ‘pencegahan’ negara itu bertujuan mengekang radikalisme.

“Terdapat keprihatinan bahawa individu yang setakat menjalani kehidupan harian mereka, dipantau pasukan keselamatan dan dianggap sebagai individu yang berpotensi menjadi pengganas, bukan pelajar,” katanya.
“Inilah yang akan terjadi akibat program pencegahan itu dilanjutkan pula kepada pengurusan sekolah-sekolah,” tambah Miqdad merujuk kes tersebut yang telah dikendalikan oleh pihak polis Lancashire.

Isu itu dikendalikan dengan kunjungan bersama konstabel polis tempatan dan agensi khidmat sosial sebelum memutuskan kes tersebut ditutup ekoran kesilapan ejaan berkenaan. – Agensi

Lihat..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

1 comment:

yasmin sabila said...

Kalau sinchan tinggal di eropah habislah kena tanggap tu.budak tu kan selalu salah sebut perkataan.nak sebut rumah teres disebut rumah teroris pulak.habislah kena tangkap budak mcm gini.islamoforbia tahap gila atau cg itu yg sebenarnya bodoh tak perihatin hingga tak tahu budak itu tersalah eja.ayat betul i am living in teres house.ayat salah i am living in teroris house.sila ajar cikgu itu ya.ia hanya berkenaan perkataan yg salah bkn org yg salah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails