Friday, January 01, 2016

Sambutan Tahun Baru Di Dunia, Pengganas & Aceh..

SYDNEY - Bandar raya Sydney di Australia akan memulakan parti pada petang menjelang tahun baru dengan persembahan bunga api terbesar yang pernah diadakan di kota raya itu.
Pertunjukan di jambatan Harbour Bridge dan panggung Opera House di bandar raya terbesar di Australia itu menjadi tradisi dan merupakan acara utama pertama menandakan ketibaan tahun baru.
Walaupun wujud kebimbangan tentang isu keselamatan, para penganjur menjangkakan kehadiran lebih satu juta orang sebelum detik 12 tengah malam bergerak melintasi Benua Asia, Asia Barat, Afrika, Eropah dan akhirnya Amerika.
“Sambutan ini makin meriah pada setiap tahun. Sydney menampilkan tambahan 2,400 bunga api (berbanding 2015) dan pelbagai acara menarik,” kata Datuk Bandar Clover Moore.
Menurutnya, sebanyak tujuh tan bunga api akan dibakar bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru 2016.
Pertunjukan bunga api turut memeriahkan tahun baru di Hong Kong, Beijing, Singapura dan beberapa bandar raya utama di Asia, namun Jakarta diletakkan dalam keadaan berwaspada selepas polis antipengganas menggagalkan beberapa komplot serangan di kota raya itu menjelang tahun baru.
Tindakan lebih drastik dilaksanakan di ibu negara Belgium, Brussels apabila pihak berkuasa ibu kota itu membatalkan semua acara keraian dan pertunjukan bunga api bagi menyambut tahun baru ekoran kebimbangan ancaman serangan pengganas
“Adalah lebih baik untuk tidak mengambil sebarang risiko,” kata Datuk Bandar Brussels, Yyan Mayeur kelmarin selepas polis menangkap dua orang yang disyaki merancang untuk melancarkan serangan ketika sambutan tahun baru.
Di Paris, Perancis, pertunjukan bunga api turut dibatalkan ketika warga kotanya masih dihantui serangan berdarah pada 13 November lalu yang menyebabkan 130 orang terbunuh.
Di Turki pula, polis menahan dua suspek militan Islamic State yang didakwa berkomplot untuk melancarkan serangan di pusat bandar Ankara yang dijangka dipenuhi orang ramai menjelang tahun baru.
Dalam pada itu, polis Moscow akan menutup dataran Red Square untuk kali pertama tahun ini. Sebelum ini, berpuluh-puluh ribu orang berkumpul di lokasi tersebut untuk menyambut tahun baru.
“Adalah bukan rahsia bahawa Moscow kini merupakan antara sasaran pengganas,” kata Datuk Bandar Sergei Sobyanin baru-baru ini.
Di Britain, polis cuba mengawal kebanjiran orang ramai di London dengan mengenakan bayaran untuk mereka yang mahu menyaksikan pertunjukan bunga api di tebing Sungai Thames. Setakat semalam, sejumlah 113,000 tiket bagi tujuan itu yang setiap satunya berharga AS$15 (RM64) sudah habis dijual.
Sekutu Britain, Amerika Syarikat pula melaksanakan kawalan ketat di dataran Times Square di New York dengan satu juta orang dijangka membanjiri bandar raya itu untuk sambutan Tahun Baru 2016. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 

Sedangkan pemerintah Banda Aceh untuk pertama kalinya mengharamkan perayaan di malam pergantian tahun. Selain melarang persembahan bunga api dan petasan, polis Syariah juga memperingatkan hotel dan cafe untuk tidak membuat pesta apapun.

Pemerintah Banda Aceh mengharamkan perayaan tahun baru untuk pertama kali. Anggota Polis Syariah alias Wilayatul Hisbah disiagakan untuk merazia petasan dan bunga api menyusul larangan terbaru yang dikeluarkan oleh pemerintah setempat.

Sebelumnya pemerintah Banda Aceh juga melarang warganya mengucapkan selamat natal kepada pemeluk agama Kristen. Larangan tersebut disokong oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI).

Syariat Islam buat Semua

Sejumlah media melaporkan, pemerintah-pemerintah kota lain di provinsi Aceh juga melakukan hal serupa. Pemerintahan Kota Banda Aceh menilai perayaan malam tahun baru haram bagi kaum Muslim dan dianggap bertentangan dengan syariat Islam.

Sebelumnya massa sebuah ormas Islam menununjuk perasaan di beberapa lokasi di Banda Aceh menyatakan sokongan kepada ulama dan Pemkot dalam melarang perayaan tahun baru. (IH)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails