Thursday, January 14, 2016

Sebenttar Tadi, Ledakan Bom ISIS Di Jakarta, Warga Belanda Terkorban.

Letupan di pos polis Sarinah. © 2016 merdeka.com/imam BUHORI

Jakarta: Lima orang mangsa luka akibat letupan bom tangan dan tembakan yang dilakukan pengganas ISIS di Sarinah, Jakarta Pusat, dilarikan ke IGD RS Gatot Subroto.

Berdasarkan data yang diperoleh Khamis (14/1), satu daripada lima mangsa tersebut merupakan warga negara Belanda bernama Johannes Antonius Maria.

Korban beralamat di Jalan Nangka No 106 Jakarta Selatan. Korban mengalami luka. Saat ini, korban tengah mendapat rawatan intensif IGD RS Gatot Subroto.

Sebelumnya, Kadiv Humas Mabes Polri Irjen Pol Anton Charliyan menyatakan, para pelaku letupan dan tembakan berasal dari kumpulan ISIS.

"Dari kumpulan ISIS," katanya kepada pemberita di lokasi, Khamis (14/1).

Pihaknya mengaku sudah mengetahui akan ada serangan pengganas di Tanah Air. Kerana itu, Polri belakangan melakukan penangkapan-penangkapan terhadap para suspek pengganas di sejumlah daerah.

"Bahawa akan ada 'konsert' di Indonesia dan akan jadi berita antarabangsa," katanya.
Ledakan di pos polis Sarinah.
[IH]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails