JALAN di depan bekas bangunan majalah penghina Nabi Muhammad, Charlie Hebdo kelihatan sepi. Ada sebuah plakat untuk memperingati wartawan tewas hampir setahun yang lalu yang sedang diperbaiki.
Seorang wanita muda dengan jas hujan kuning menatap lekat-lekat bangunan. Dua gadis bersandar keluar dari jendela menatap pejabat majalah.
Ada satu pemerhati, Isabelle (56 tahun), yang sedang bercuti bersama suaminya, telah melakukan perjalanan ke Paris dari pulau La Reunion, wilayah Perancis di Lautan Hindi.
"Sangat penting bagi kami untuk datang ke sini," katanya. "Kita hidup 10,000 km dari sini, tapi kami adalah Perancis! Dan emosi itu masih ada. "
Serangan duo jihadis pada 7 Januari ke pejabat Charlie Hebdo membunuh editor berpengalaman yang juga meragut nyawa pegawai polis dan pembeli di pasar raya.
Beberapa hari kemudian, pada 11 Januari, dianggarkan 3.7 juta orang, termasuk para pemimpin dunia, berbaris menembus jalan-jalan Paris, dan bandar-bandar lain di seluruh dunia, untuk melakukan aksi solidariti terhadap wartawan yang tewas. Presiden Perancis Francois Hollande menyatakan bahawa "semangat 11 Januari" menyatukan rakyat Perancis.
Tapi banyak yang berubah kini.
Ahli politik Perancis meluluskan undang-undang pengawasan terhadap rakyat, 130 orang terbunuh dalam satu siri serangan yang diselaraskan pada 13 November.
Perubahan perlembagaan Perancis telah dicadangkan, yang antara lain..
- Kelahiran dengan kewarganegaraan berganda akan dihukum sama dengan terorisme,
- kewarganegaraan Perancis mereka dilucutkan,
- dan Perancis berada di tengah-tengah keadaan darurat.
Menariknya, Datuk Bandar Beziers, Perancis, Robert Menard mengecam sikap simbolik Muslim yang berjaga di gereja Katedral selama perayaan malam Natal baru-baru ini.. Ia juga menyebut mereka dengan julukan 'predator' dan 'pyromaniak'.
Tuduhnya, Muslim yang dimaksudkan itu adalah bahagian dari radikal Islam. Mereka tidak mendapat sokongan dari komuniti Muslim kota secara keseluruhan.
"Ini merupakan dua komuniti Muslim yang sangat dekat dengan fundamentalis Islam, dan mereka merupakan salah satu yang saya protes. Salah satu di antara mereka mengganti simbol Perancis, kepala patung Marianne, dan menggantikannya dengan Alquran di laman Facebook." Tuduhnya lagi.
Ia mendapat balasan dari Menteri Dalam Negeri Perancis Bernard Cazeneuve yang mengatakan, "Harga Muslim yang melinduding gereja semasa hari Natal... Harmoni dan persaudaran, di Republik ini."
Mengapa Dikatakan Makin Gila?
Dikatakan makin gila, kerana Charlie Hebdo buat karikatur tuhan pula. Ini adalah cover yang memuat karikatu tuhan itu.
Vatican, Rabu (6/01), mengecam majalah penghina Nabi Muhammad Charlie Hebdo, yang menggambar Tuhan pada sampul edisi khas peringatan satu tahun serangan pengganas ke redaksinya.
L'Osservatore Romano, media rasmi Vatican, menyelar majalah penebar kebencian ini mencari cara memanipulasi iman. Dalam edisi khas peringatan serangan ke redaksinya, Charlie Hebdo menggambar Tuhan sebagai pembunuh, dengan Kalashnikov di punggung.
Bagi orang beragama apa pun, menurut surat khabar itu, gambar itu sangat tidak sopan.
"Charlie Hebdo lupa betapa semua agama menolak penggunaan agama dan Tuhan untuk membenarkan kebencian, pencabulan, dan kekerasan," tulis komen singkat dalam akhbar itu.
Charlie Hebdo, masih menurut akhbar itu, sangat menyedihkan. Mingguan sindiran itu tidak menghargai keimanan orang kepada Tuhan. Tahun lalu, duo jihadis yang berani menyerbu pejabat redaksi majalah yang beribu di Perancis ini, memberondong tembakan dan membunuh 12 redaksi dan pimred Majalah penebar kebencian ini.
Serangan itu dicetuskan kerana mereka memuatkan karikatur penghinaan kepada Nabi Muhammad atas nama kebebasan bersuara. Charlie Hebdo terus menebar kebencian kepada semua agama. Tahun lalu mereka menghina Nabi Muhammad dengan karikaturnya, kini ia menggambar karikatur Tuhan.
Siapakah sebenarnya mereka? Tidak jerakah mereka dengan terbunuhnya puluhan pekerja penting mereka? Merekalah sebenarnya yang memulakan perang hina agama di Eropah!
(IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
1 comment:
Kat Malaisia walaun2 beserban pun dah pandai menghina...bukan pd agama..TAPI..main.bangsa2 dah.
Mungkin terikut termakang pil kuda macang tuang predideng nya
Post a Comment