Saturday, January 23, 2016

Suami Paksa Isteri Lakukan Hubungan Seks Dengannya, Dipenjara. Gila?

Mahathir dibawa ke Mahkamah Tinggi Kangar di Arau semalam.

KANGAR – Seorang penjual sate di Arau dekat sini dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya pada 2014.

Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar menaikkan hukuman penjara setahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen ke atas Mahathir Abu Bakar, 25, kepada empat tahun kerana menakut-nakutkan serta mengancam untuk mencederakan isterinya sebelum melakukan hubungan seks dengan isterinya itu.

Abu Bakar bagaimanapun melepaskan Mahathir daripada pertuduhan bersubahat membenarkan seorang remaja ber­usia 15 tahun merogol isterinya selepas membenarkan rayuan tertuduh terhadap sabitan dan hukuman penjara enam tahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen pada 29 Jun 2015.

Lapor Kosmo!

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa gilanya? Dalam Islam sepatutnya tiada istilah rogol terhadap isteri dan tidak dikategorikan sebagai jenayah. Permasalahan keganasan rumah-tangga itu adalah permasalahan berbeza. Tetapi itulah kekeliruan yang berlaku di Barat dan membawa kepada perjuangan hak-hak wanita mereka demi kebebasan mengikut takrif mereka sendiri.

Jika sekiranya masing-masing suami maupun isteri mengamalkan ajaran Islam, nescaya tidaklah berlaku perkara-perkara pelik dan ajaib diakhir zaman ini. Al-Quran mengajar antara hak dan tanggung-jawab suami mahupun isteri dalam memberi dan menunaikan nafkah batin mereka. Firman Allah Swt



نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ

  • Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Al-Baqarah : 223
Keperluan batin suami itu merupakan tuntutan yang perlu diselesaikan bahkan seorang isteri dituntut agar tidak melakukan puasa sunnah sedangkan suami berada di rumah kecuali dengan izinnya, sebagaimana sabda Rasulullah Saw:
  • Tidak boleh bagi isteri melakukan puasa (sunnah) sedangkan suaminya ada kecuali dengan izinnya.” [Mutaffaq 'alaih: Shahiih al-Bukhari (IX/295 no. 5195), Shahiih Muslim (no. 1026)]
Ia diperintahkan demikian kerana kerana dibimbangi kalau-kalau suaminya berhajat untuk melakukan hubungan jenis dengannya. Tidak sepatutnya isteri menolak jika suami mengajaknya melakukan hubungan intim kerana Rasulullah SAW bersabda:
  • Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tapi ia menolak untuk datang, lalu suami marah sepanjang malam maka para Malaikat melaknatnya (isteri) hingga datang waktu pagi.” [Muttafaq 'alaih: Shahiih al-Bukhari (IX/294 no. 5194), Shahiih Muslim (II/1060 no. 1436), Sunan Abu Dawud (VI/179 no. 2127)]
Dan di dalam hadis yang lain baginda bersabda,
  • Apabila seorang suami mengajak isterinya untuk berhubungan intim, maka hendaknya isteri melayaninya meskipun ia sedang berada di atas unta.” [Shahih: Shahiih al-Jaami' as-Shaghiir 534, Sunan at-Tirmidzi (II/314 no. 1160)]
Adapun persoalan tuntutan berakhlak baik terhadap isteri mahupun manusia hatta binatang adalah suatu yang tidak dipersoalkan. Bahkan Rasulullah Saw model dan qudwah dalam hal ini. Arahan Allah SWT sangat jelas dalam firmanNya:


وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

  • Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan pergaulilah isterimu dengan cara yang baik maka jika kamu tidak menyukainya barangkali sesuatu yang kamu tidak sukainya itu justeru Allah akan menjadikan padanya kebaikan yang sangat banyak.” (Surah an-Nisaa, 19)
Bahkan Nabi sendiri tidak menyukai lelaki yang suka memukul isterinya. Baginda SAW bersabda sebagai berikut, 
  • Mengapa salah seorang di antara kamu suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal barangkali dia akan menyetubuhinya di hari lain?!”
Imam Nasa'i meriwayatkan dalam bab ini dari Aisyah r.a. sebagai berikut,
  • Rasulullah SAW tidak pernah memukul isteri maupun khadamnya sama sekali; dan baginda sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya sendiri, melainkan dalam peperangan (sabilillah) atau kerana larangan-larangan Allah dilanggar, maka baginda menghukum kerana Allah.”
Dalam riwayat Ibn Sa''ad dan al-Baihaki dari Ummi Kalsom r.a,
  • " orang-orang yang baik dikalangan kamu tidak akan memukul isterinya." 
Yang penting agar kita tidak membezakan keizinan Islam yang menyebabkan kita mengikut peraturan barat secara membabi-buta sehingga menghalalkan apa yang diharam Allah atau mengharamkan apa yang dihalalNya. Tetapi kalau yang jelas haram tu.. hukumlah menurut syariah Islam sebagaimana yang diarahkan oleh Allah Swt dan RasulNya.

Suami Rogol Isteri 

DrMAZA.com menyebutkan..

Isu rogol suami isteri dibangkitkan oleh sesetengah pihak dan beberapa media. Di sini, saya ingin mengulas seperti berikut;

1. Islam mewajibkan suami menunaikan kehendak seks isteri. Suami yang enggan menggauli ataupun melakukan hubungan seks dengan isterinya tanpa sebab yang sah telah melakukan dosa kecuaian tanggungjawab sebagai suami.

2. Demikian juga isteri yang enggan melakukan hubungan seks dengan suaminya tanpa sebab yang boleh diterima maka ia merupakan satu dosa.

3. Pun begitu, hubungan seks suami dan isteri hendaklah berlaku dalam keadaan yang harmoni dan tidak menyakiti antara satu sama lain. Ini memenuhi perintah al-Quran: (maksudnya) "Kamu semua bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) secara baik" (Surah al-Nisa: 19).

4. Maka, hubungan seks secara kasar dan menyakitkan antara satu sama lain adalah dilarang di dalam Islam. Untuk itu semua pasangan hendaklah mencari cara seks yang terbaik yang memenuhi naluri keinsanan kedua pihak.

5 Para sarjana ketika berbincang hukum 'azal (suami mencabut zakar dari faraj isteri sebelum keluar air mani untuk mengelakkan hamil) menyatakan bahawa walaupun perbuatan itu dibenarkan dalam hadis, namun hendak mendapatkan persepakatan dari isteri kerana bimbang isteri tidak sempat menikmati persetubuhan. Ini menunjukkan persetubuhan secara paksa dan kasar yang satu pihak tidak menikmati sudah tentu dilarang dalam hubungan rumahtangga.

5. Isteri berhak menghalang suami menyetubuhinya jika suami itu boleh memberikan mudarat kepadanya seperti suami yang pengidap aids dan penyakit -penyakit lain yang boleh membahayakan isteri. Ini jelas dalam pelbagai dalil syarak.

6. Isteri juga boleh menghalang suami menyetubuhinya jika suami gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami seperti tidak memberikan nafkah kepadanya.

7. Hubungan suami isteri dalam Islam dibina di atas mawaddah wa rahmah (cinta dan kasih) seperti yang disebut dalam Surah al-Ruum ayat 21. Maka semua hadis berkaitan suami dan isteri hendaklah ditafsirkan dalam konteks dan panorama cinta dan kasih. Mana-mana tafsiran yang tidak berlatarkan konsep ini maka akan membawa maksud yang salah faham terhadap maksud hadis-hadis Nabi s.a.w tentang hubungan rumahtangga.

Sekian.

10 comments:

Anonymous said...

Ada salah paham ni kot.

Anonymous said...

itulah, berita x secara detail, fitnah yg tersebar...hati2

Mujahid said...

Salam.

Yang tuan tak siarkan:

Tuduhan kedua ialah, suami yang ni jugak, telah mengizinkan isteri beliau berusia 19 tahun, dirogol oleh sepupu berusia 15 tahun si suami itu sendiri. Remaja tersebut didapati bersalah dan sudahpun dihantar ke pusat akhlak.

Ini secara tak langsung mencerminkan keperibadian si suami.

Anonymous said...

Tuan,

Sepatutnya yang salah ialah 'Tuduhan kedua ialah, suami yang ni jugak, telah mengizinkan isteri beliau berusia 19 tahun, dirogol oleh sepupu berusia 15 tahun si suami itu sendiri. Remaja tersebut didapati bersalah dan sudahpun dihantar ke pusat akhlak.', kalau betul komen di atas.

Bukan ' didapati bersalah melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya pada 2014.'

Tetapi, 'melepaskan Mahathir daripada pertuduhan bersubahat membenarkan seorang remaja ber­usia 15 tahun merogol isterinya selepas membenarkan rayuan tertuduh'.

Tetapi yang tuan fokuskan ialah 'suami rogol isteri'.

Tq. Itulah dakwah!

Anonymous said...

Salam pemilik blog,

Kalau seks dengan ugutan dan kekerasan tanpa kerelaan bukan rogol ke???

Kalau tak, takkanlah hakim tu jatuhkan hukuman sebegitu mengikut undang-undang sedia ada.

Selain tu pemilik blog, boleh tak korang ahli parti PAS sewenang-wenang menggunakan tafsir hadis, ayat al-Quran dan sebagainya ikut suka tafsiran sendiri???

Lepas tu korang sesuka hati cakap Islam cakap, korang gila ke sesuka hati guna nama Islam!!

Imam-imam mazhab yang empat tu cakap haram dan sebagainya setelah betul-betul confirm haram, kalau tak mereka akan cakap saya berpendapat dan sebagainya.

TG Nik Aziz cakap demonstrasi halal, sebab Saidina Umar dan Saidina Hamzah pun pernah buat, anak dia Nik Abduh berani cakap haram korang sokong sebab geng korang, korang ni gila ke???

Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi tarik balik sebahagian artikel dia belum sempat bicara dalam mahkamah lagi kena bayar RM 10 ribu lagi, bukan maksudnya sebahagian artikel tu fitnah ke sampai kena tarik???

Korang sokong juga dia. Salah tetap salah. Rasulullah pernah bersabda kalau Fatimah mencuri aku potong tangan dia. Korang salah tetap bela sebab geng!!! Korang tak ikut Rasulullah, korang jual Islam untuk kepentingan politik, saya memang benci PAS sekarang yang sepanjang hayat saya selama ni saya sokong.

Yang jahil,

Nobody



Unknown said...

Dlm islam tiada istilah rogol ia adalah istilah nafkah batin n ia adlah wajib bgi kedua pasangan..seks paksa pon tdk dipanggil rogol ..jngn istilahkan apa yg agama islam tdk istilahkan krna itu adlah fitnah n tmpatnya adlah di neraka jahannam ..

Unknown said...

Sy kaum hawa sendiri pon malu dngn kaum hawa yg buat fitnah sana sini..isteri yg tdk lunaskan nafkah batin iaitu tdk lyan seks suami jelas sekali derhaka kpd suami n sb itulah hadits nabi kata perempuan paling ramai di neraka..so renung2kn lah wahai kaum hawa ..jngn cari alasan untk tdk lunaskan hajat suami ..jngn kahwin kalau sekadar minta diri ke neraka allah..buat malu kaum je

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Dh memg islam ckp.. Anonymous kau jngn lah tnjuk kebodohan kau tu sngt ..klau dh jahil agama jngn dk kutuk org..kau ni dh batal akidah so mengucap lah balik jngn trus berada dlm kejahilan

Unknown said...

Xde rogol dalam perkahwinan itu kata ulama.. kau pula kata ada .. kau simpan sikit bodoh kau tu anonymous.. simpan bodoh kau tu untuk anak cicit kau nanti.. Klau dah terlampau bodoh pergi la belajar agama..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails