SEPERTI yang kita sedia maklum, jarang sekali orang Melayu menimbulkan masalah yang bersifat kekerasan. Apabila mengunjungi Mekah, Arab Saudi, kita tahu seseorang itu berbangsa Melayu menerusi tingkah laku mereka.
Ia tidak kasar seperti orang Arab atau orang Afrika. Begitu juga jika kita ke luar negara.
Biasanya, orang Melayu membawa watak yang hampir sama iaitu pemalu, lemah- lembut dan berjalan agak menunduk. Itulah orang Melayu. Ia hampir sama di mana-mana sahaja meskipun loghat bahasanya mungkin tidak sama, bergantung kepada negeri mana mereka tinggal.
Bagaimanapun, apabila tiba-tiba kita mendengar ada dua rakyat Malaysia yang terlibat sebagai pengebom berani mati di Syria dan Iraq, kita mula membayangkan adakah orang Melayu telah berubah?
Seperti kejadian yang berlaku di Jakarta, Indonesia baru-baru ini, ia juga melibatkan individu Melayu yang sanggup membunuh diri sendiri bagi memenuhi ideologi yang dianuti. Malang sekali, orang lain turut terbunuh.
Oleh sebab itu, pada akhirnya jika selama ini kita memegang stereotaip bahawa bangsa tertentu mempunyai nilai dan budaya tertentu, ia mungkin tidak lagi relevan pada zaman ini.
Oleh sebab itu, pada akhirnya jika selama ini kita memegang stereotaip bahawa bangsa tertentu mempunyai nilai dan budaya tertentu, ia mungkin tidak lagi relevan pada zaman ini.
Ideologi mungkin mengubah seseorang itu menjadi orang lain. Ideologi ini pula tidak mengenal siapa kerana ia merupakan sesuatu yang tidak kelihatan dan berada dalam pemikiran seseorang.
Justeru, tidak mudah untuk menjangka apa yang bakal berlaku kerana ideologi merupakan sesuatu yang berada dalam pemikiran manusia, risikonya juga besar. Membunuh diri sendiri atau orang lain adalah dosa besar. Bagaimanapun, ideologi tertentu mungkin telah mengubah pandangan asal tadi.
Membunuh mungkin diberikan pahala dan ganjaran syurga. Ideologi ini pula tidak didatangkan daripada kitab agama atau apa yang diajarkan oleh para ustaz dalam kuliah di masjid. Ia diajarkan melalui pelbagai medium teknologi maklumat dan sebab itulah, kita perlu berhati-hati dengan anak-anak remaja kita.
Apa yang dilalui 20 tahun dulu mungkin tidak lagi relevan pada zaman ini. Dahulu tanpa internet, YouTube dan pelbagai kecanggihan teknologi maklumat, kita mungkin boleh memberitahu anak-anak kita apa yang boleh dan apa yang tidak dibenarkan.
Kita juga boleh memberitahu mereka bahawa Islam itu melarang keganasan. Bagaimanapun pada hari ini, semua yang kita pegang selama ini boleh diubah dengan cukup mudah. Orang mudah percaya dengan apa sahaja hujah yang disebarkan dalam Facebook atau YouTube tanpa perlu merujuk keaslian pandangan tadi lagi.
Kita juga boleh memberitahu mereka bahawa Islam itu melarang keganasan. Bagaimanapun pada hari ini, semua yang kita pegang selama ini boleh diubah dengan cukup mudah. Orang mudah percaya dengan apa sahaja hujah yang disebarkan dalam Facebook atau YouTube tanpa perlu merujuk keaslian pandangan tadi lagi.
Apatah lagi jika maklumat ini pula disebarkan oleh mereka yang mungkin fasih dalam bahasa Arab atau memakai serban. Ia dilihat seolah-olah inilah Islam yang sejati. Walaupun kajian-kajian psikologi menunjukkan bahawa mereka yang terpengaruh dengan keganasan ini mungkin didatangkan daripada latar keluarga bermasalah, ia mungkin tidak semestinya begitu dalam banyak keadaan.
Mereka yang terpengaruh dengan dakyah ini mungkin ingin menjadi manusia 'budiman' dengan melibatkan diri terhadap apa sahaja yang dikaitkan dengan agama. Mereka juga mungkin ingin mencari jalan mudah kononnya untuk menghapuskan dosa biarpun pada akhirnya jalan yang mereka lalui itu mungkin tidak semestinya selalu benar sekalipun dikaitkan dengan agama.
Oleh sebab itu, kita melihat banyak anak muda yang terlibat dengan aktiviti keganasan ini bukan mereka yang belajar dalam bidang agama. Mereka mungkin datang daripada aliran kejuruteraan dan sains komputer.
Jadi, apa sahaja yang dikaitkan dengan agama akan selalu dikatakan sebagai benar walaupun mungkin dengan hanya bersandarkan beberapa ayat al-Quran dan hadis tertentu. Ibu bapa mungkin tidak mampu mengawal semua yang berlaku terhadap anak-anaknya.
Bagaimanapun, dalam psikologi, kebanyakan perkara sebenarnya dapat diperhatikan jika seseorang itu berubah daripada perlakuan lazimnya kepada perlakuan yang lain. Jika sebelum ini mereka seorang yang pendiam tetapi tiba-tiba berubah menjadi girang atau sebaliknya, ini bermaksud mereka sedang mengalami perubahan.
Perhatikan juga dengan siapa mereka kerap berhubung dan bagaimana pula rakan-rakan baharu mereka. Jika sebelum ini mereka kerap berada di rumah tetapi sudah mula mengikuti kumpulan tertentu, itu juga mungkin sesuatu yang patut kita bimbangkan.
Walaupun mereka mungkin kelihatan berubah menjadi orang baharu, tidak semestinya baik dalam semua situasi. Manusia mungkin boleh menyembunyikan ideologinya tetapi tidak mampu mengawal perubahan tingkah laku. (Kosmo!)
Komen weblog Ibnu Hasyim: Pada saya penulisan di atas tidak berdasarkan realiti dan kefahaman agama Islam yang betul.
Satu: Mengatakan 'jarang sekali orang Melayu menimbulkan masalah yang bersifat kekerasan'...
- Ini berlawanan dengan sifat bangsa Melayu yang terkenal dengan amalan 'amok'. Amok sebenarnya sama dengan 'bom bunuh diri..' Sanggup mati demi mempertahankan sesuatu. Bahkan ada berlaku dalam sejarah Islam. Lihat balik sejarah peperangan dalam Islam.
- Jebat jaguh Melayu sesudah Hang Tuah yang derhaka, juga bertindak dengan kekerasan dan tumpah darah, juga orang Melayu. Begitu juga perlawanan Tok Janggut, Abdu Rahman Limbong dan ramai lagi pejuang Islam yang diselewengkan faktanya menjadi 'nasionalis asobiah'.
- Apalagi kalau dilihat perjuangan Indonesia di Alam Melayu, mengusir penjajah Belanda dengan 'perjuangan bambu runcing', atau kekerasan. Kesultanan Aceh tidak pernah dijajah Belanda. Lain di Malaysia, kemerdekaan palsu diberi tidak melalui kekerasan kerana ditipu British.
Sayangnya, setelah Kebangkitan Tok Janggut , Sultan Kelantan mula bera
sa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.
(Sumber: http://www.keriswarisan.com)
sa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.
(Sumber: http://www.keriswarisan.com)
Dua: Mengatakan 'Membunuh mungkin diberikan pahala dan ganjaran syurga. Ideologi ini pula tidak didatangkan daripada kitab agama atau apa yang diajarkan oleh para ustaz dalam kuliah di masjid.'
Kenyataan ini nampaknya seperti kenyataan orang tak beragama. Menafikan hak 'membunuh' dalam Islam, sekali gus menolak amalan 'jihad', membunuh dan dibunuh dalam perjuangan Islam. Dalilnya bukan dari Al-Quran Hadis, hanya 'didatangkan daripada kitab agama (tiada disebut nama kitab) atau apa yang diajarkan oleh para ustaz dalam kuliah di masjid (yang tentunya masjid di bawah pemerintahan BN).' Na 'auzubillahi min zalik!
Akhirnya, dengan tak mahu bincang panjang-panjang, cuba renungkan kata seorang ulama mujtahid akhir zaman, As-syahid Hasan Al-Banna antara Pimpinan Ikhwanul Muslimin, yang menggariskan 5 prinsip perjuangan dalam hidup..
- Allah Matlamat Kami
- Rasul Pemimpin Kami
- Al-Quran Perundangan Kami
- Jihad Jalan Kami
- Syahid Cita-cita Kami.
(IH)
No comments:
Post a Comment