Wednesday, January 27, 2016

Terpaksa Pindah Darah Kerana Minum Coke...

PENGGUNA
SEORANG wanita memerlukan pemindahan darah akibat tabiat buruk minum enam liter air Coke setiap hari. Meskipun doktor mengarahkan Kathy O’Sullivan menghentikan tabiat buruk itu, namun dia gagal mengawalnya.
Kathy berdepan maut jika dia tidak mendengar nasihat doktor. Untuk rekod, enam liter Coca Cola itu mengandungi 163 sudu gula.
Keadaan bertambah buruk apabila Kathy, ibu kepada tiga anak, dilahirkan dengan hanya satu buah pinggang. Dia kini mengharapkan kaedah pukau untuk membantunya menghentikan katagihan berkenaan.
“Saya cuba berhenti tetapi dalam masa beberapa jam, badan saya berpeluh dan menggeletar. Ketagihan ini amat mengejutkan dan memusnahkan hidup saya.
“Saya minum enam liter coke setiap hari dan sentiasa membawa sebotol coke bersama setiap hari,” katanya yang telah kehilangan tiga batang gigi akibat ketagihan minuman bergas itu.
Kathy mula minum Coke ketika berusia 13 tahun namun dia tidak menyedari kesan pengambilan yang berlebihan sehinggalah ketika mengandung anak bongsunya.
“Saya mengalami kurang darah dan jururawat memberitahu ia disebabkan saya minum Coca Cola, bukannya akibat makan dengan betul.
“Selepas kelahiran anak saya itu, saya mengalami kekejangan perut dan dimaklumkan bahawa anak saya lahir hanya dengan satu buah pinggang.
“Doktor pula terkejut dengan jumlah Coca Cola yang saya ambil kerana ia menyebabkan tekanan kepada buah pinggang saya,” katanya. – Mynewshub.cc

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails