Sunday, January 24, 2016

Tokoh Liberal Serang M'sia Guna Dana Institusi Barat..

Muslim Liberal, Ke Mana ‘Kiblatmu’ ?
Dr Khalif Muammar – Ramai tokoh-tokoh liberal dari serata dunia telah diundang ke Malaysia, dengan menggunakan dana daripada institusi-institusi Barat, dan mereka ini kemudiannya dijulang sebagai reformis dan pejuang kebebasan oleh segolongan orang Islam yang keliru.
Realitinya seseorang akan dapat mencipta nama besar di media Barat apabila ia menulis perkara yang melawan arus perdana di kalangan umat Islam, keberaniannya mempersoalkan dan mengkritik autoriti agama dan kesepakatan para ulama’ (Ijma’) akan melayakkannya dipanggil sebagai ‘moderate’, ‘progresif’, pembaharu dan ‘Martin Luther of Islam’.
Kerana itu, mereka ini tidak akan segan-segan menghalalkan yang haram, melakukan ijtihad meskipun tidak memiliki kelayakan untuk berijtihad, seperti menghalalkan gay dan lesbian, membenarkan orang Islam meminum arak, berkhalwat, murtad atas alasan kebebasan individu.
Bagi mereka Islam akan dilihat kolot dan jumud jika Islam tidak menerima konsep kebebasan dan hak asasi manusia yang lahir dari rahim peradaban Barat yang sekular dan liberal ini.
Perubahan (liberalisasi dan sekularisasi) ini penting bagi mereka agar umat Islam tidak ketinggalan zaman.
Jadi, bukannya al-Qur’an dan al-Sunnah yang mereka jadikan panduan dan ikutan tetapi prinsip-prinsip yang digariskan oleh para pemikir sekular dan liberal.
Kita hidup di zaman munculnya segolongan orang Islam yang berlumba-lumba masuk ke lubang biawak, akibat kekeliruan yang mereka deritai, sehingga sanggup melakukan pembaharuan (perubahan) terhadap Shari’ah Islam untuk mendapat pujian dan sanjungan oleh media liberal dan sekular.
akyol
akyol1
akyol2
dr khalif
dr khalif1

5 comments:

Anonymous said...

Contoh islam liberal adalah mari mkn bak ku te bersama mr boo.mmg layak utk di boo sj.kump yg keliru lg mengelirukan.

Anonymous said...

Golongan ni perlu.didekati dgn hujah.. bukan dgn maki hamun.. sedang dgn org kafir kita diajar supaya berdakwah dgn sopan.. golongan liberal ini jugak mesti didakwah secara sopan.. guna hujah

Golongan ini jadi liberal sebab dia lihat golongan yg mengaku ulamak asik berbalah, suka label melabel, maki hamun.. hujahnya tak ada.

Kebanyakan ulamak yg ada cetek ilmu.. baca kitab tapi tak faham dan tak tahu macamana nak laksanakan dalam realiti.. gelar diri sendiri ulamak tapi getakerja tidak ada strategi.. gelar diri ulamak tapi daya fikir rendah..

Dalam ugama kristian Allah bidas org yg taklid dgn ulamak kristian (para rahib) sebab walaupun rahib tu bawa perkara yg tak betul.. masyarakat masih ikut.. akhirnya masyarakat turut sesat

Taklid buta pada org yg gelar diri dia ulamak mesti dielakkan dalam islam.. org islam pun boleh jadi macam kristian kalau dia taklid buta dgn ulamak..

Ulamak patutnya tambah ilmu diluar dari bidang ugama.. terkedepan dalam mengemukakan hujah.. bukan macam separuh ulamak.. nak jadi ketua.. masuk parlimen.. langsung tak berhujah.. urut janggut dan betulkan serban aje..

Nasihat saya jgn pandang rendah kalau ada ulamak yg nak pergi berhujah dgn org kafir atau liberal..

Anonymous said...

Golongan Sekularisme, Liberalisme dan Pluralisme Adalah Golongan Sesat Dan Menyesatkan

Semua ajaran sesat sekular, liberal dan pluralisme berasal dari Barat(Eropah dan Amerika Syarikat) dan dicipta oleh orang-orang Barat maka tidak hairanlah sebahagian besar pemimpin-pemimpin liberal di negara ini mendapat pendidikan Barat dan mereka telah di'brainwash' oleh pensyarah Kristian dan Yahudi semasa mereka belajar di Barat untuk memusnahkan Islam dari dalam. Manusia liberal yang kononnya 'educated' tetapi sebenarnya golongan liberal ini adalah bodoh sombong dan sesat lagi menyesatkan.

Mereka mempromosi ajaran-ajaran sesat seperti kebebasan melakukan kemungkaran dan murtad dan menyamakan agama Islam dengan agama-agama lain untuk mengelirukan dan menjauhkan orang-orang Islam dari agama Islam dan melemahkan Islam sebagai cara hidup manusia dan kuasa politik. Jika kita membaca tulisan-tulisan dan melihat dan mendengar ceramah-ceramah pemimpin NGO liberal, kita akan mendapati ceramah-ceramah mereka adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Ini bererti ajaran liberalisme, pluarlisme dll adalah sesat dan menyesatkan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa:

Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 7/MUNAS VII/MUI/11/2005 memutuskan :

1. Pluralisme, sekularisme dan liberalisme agama
sebagaimana dimaksud pada bagian pertama adalah
paham yang bertentangan dengan ajaran agama
Islam.

2. Umat Islam haram mengikuti paham pluralism,
sekularisme dan liberalisme agama.

Anonymous said...

Penganut-penganut ajaran Sekularisme, Liberalisme dan Pluralisme adalah talibarut penjajah Barat!

Anonymous said...

Memanglah liberalism ni sesat.. tapi kita pun jgn sesat utk menyelesaikan isu ni..

Dimana mana negara islam yg pemikiran ulamak dan umatnya lemah.. golongan macam ni hadapi dgn sikap bengis.. pergilah hujah baik baik dgn mereka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails