Wednesday, January 27, 2016

Trend Baru Untung Berganda, Gunakan Wanita/Seks Lariskan Dagangan?

Antara tarikan utama yang menarik ramai pelanggan untuk datang.
Pekerja seksi berjaya menarik ramai pelanggan untuk datang.

Trend Tak Bermoral: Pekerja Kena Seksi Baru Untung Berganda.

SARAH Birnel, pemilik sebuah Coffee House di Washington, Amerika Syarikat mendakwa berjaya memperoleh keuntungan berlipat ganda setelah menggajikan pekerja seksi dan berpakaian menggiurkan untuk menguruskan perniagaan.
Katanya, trend itu dilihat berkembang di seluruh Amerika, sebelum dia mengambil keputusan untuk turut melakukan perkara sama.
Kesemua pekerja yang berkerja di premisnya mengenakan bikini dan ada yang hanya menutup bahagian payudara dengan kain nipis berpita pelekat.
Salah seorang pekerjanya Kiersten Silva, hanya menjalankan tugas menyediakan dan menghidangkan kopi kepada pelanggan dalam keadaan seksi.
Sarah berkata, keuntungan luar biasa yang diperoleh membuatkan dia yakin pelanggan suka akan pendekatan yang dilakukan itu.
Walaupun sebelum ini terdapat petisyen meminta pemilik perniagaan menghentikan amalan tidak bermoral ini, namun ianya dilihat gagal apabila sambutan yang diterima terhadap premis yang menggajikan pekerja seksi semakin menggalakkan di Amerika Syarikat. (Sumber: World Of Buzz)

Trend ini mungkin suatu berita baik bagi puak-puak yang dalam mencari rezeki tak kira halal-haram dari segi hukum agama. Ramai sikap begini dalam masyarakat niaga di negara kita. 

Tahukah kamu apa hukumnya menggunakan wanita, kecantikan, atau seks untuk menarik pelanggan atau melariskan jualan? Jadi trend baru untung berganda, gunakan wanita lariskan dagangan adalah trend yang merbahaya!!  Wallahu 'aklam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails