Alat pemuas nafsu sebegini telah lama berada di pasaran dan ianya mendapat permintaan yang mengalakkan. Mungkin disebabkan permintaan yang tinggi ini, pelbagai versi robot seks kini boleh didapati di pasaran dan ianya diramalkan akan menjadi hits pada tahun ini.
Terkini, terdapat pelbagai versi robot seks yang dicipta dengan teknologi yang membolehkan ‘mereka’ memberi respon ketika berbual. Pembaharuan ini adalah untuk menaik taraf robot sedia ada daripada menjadi tempat pemuas nafsu semata-mata.
Menurut seorang pakar psikologi sex dan perhubungan, Dr. Helen Driscoll berkata, penghasilan robot sebegini akan menjadi satu trend yang biasa di masa depan dan mungkin manusia akan lebih cenderung memilih untuk melakukan seks dengan robot berbanding manusia.
Selain itu, CEO Love Doll, Matt McMullen di California, Amerika Syarikat, berkata, syarikatnya kini sedang membangunkan teknologi terbaharu pada robot seks keluarannya. Syarikatnya kini memfokuskan kepada penciptaan robot yang boleh membuka mulut dan bercakap seperti manusia biasa.
Tambahnya lagi, teknologi terbaharu pada robot seks keluarannya juga akan memastikan setiap robotnya akan memberi tindak balas yang baik sewaktu mengadakan hubungan seks dengan pasangan mereka. (Daily Mirror)
KOMEN WEBLOG IBNU HASYIM: Nampaknya trend robot seks atau wanita tiruan pemuas nafsu ini benar-benar akan menjadi satu kegilaan masyarakat dunia pada masa kini.
Apakah trend ini juga akan melanda umat Islam di negara ini pada 2016 atau seterusnya? Ulama penyelamat umat perlu bertindak canggih, apakah yang perlu disiapkan sekarang dalam menghadapi satu lagi banjir maksiat yang akan melanda negara?
Marilah kita fikir sama-sama untuk menyelesaikan masalah ummah, yang menjadi suatu tuntutan menyelamat manusia dunia-akhirat.
Marilah kita fikir sama-sama untuk menyelesaikan masalah ummah, yang menjadi suatu tuntutan menyelamat manusia dunia-akhirat.
13 comments:
Tertanya pulak akan salan, Sebab apa pulak maksiat ? apa masalahnya bermain dengan bahan besi dan bahan plastik ?
Apakah satu Skuad ronda intip dan tangkap lelaki yang berkhalwat, berpeluk dan bersetubuh dengan mesin bakal ditubuhkan oleh ostad Pas selepas ini ?
Komen di atas, komen yang baik. Tetapi saya tidak memberi komen itu. Orang lain yang guna nama seperti saya. Tak apa-apa. Yang penting pelayar tidak salah faham. Komen di atas bukan komen saya.
Haraf maaf dan maklum.
Itu robot tu pak Ibnu...
Robot tiruan
Robot sex kot..
h3
IH 10.23, tlg simpan dan jgn tonjolkan kebodohan sendiri, org baca komen kau pun dah tahu taraf pendidikan kau kecuali yg seangkatan dgn kau. Benda senang macam tu pun tak boleh nak fikir apa tah lagi hukum-hakam yg lain. Belajarlah jadi cerdik sikit, jangan jadi macam lembu, semakin hari semakin membesar tapi akal macam tu jugak
Hampeh ..ibnu Hashim tinggalkan lah...biar orang lainlah awak jangan....berminat betullah Awk ni
Di Malaysia ni apapun salah.. kalau ada AP, geng BN pulak tu yg pegang...semua akan jd ok
Pak Hasim, Tahniah.
Ramai puak-puak yang meroyan. Ha 3X
itu dia satu lagi fatwa muncul. simpan komen jangan tunjukkan kebodohan. status apa pulak hukum tu ? makruh, haram, harus ?
timbul pula soalan apakah tunjuk kebodohan itu dilarang agama ?
Satu lagi komen pakai nama Ibnu Hasyim. Tapi kali ini tak cerdik, tak tahu beda antara fatwa dengan hukum. Tak sekolah agaknya..
Sekali lagi kalau ada komen bodoh pakai nama Ibnu Hasyim, saya akan buang.
Maaf. Saya nak didik bagi jadi cerdik sikit!
Tamabh meroyan lagi geng super jahiliah. Ha 6X. Bagus.
Mengurangkan kes jenayag seks dan rogol.
Betul jugak..
Dpd berzina...merogol..anak bini org..lebih baik dia buat dgn patung ni.
Sapapun tak kisah..
Tak nyusahkan org lain
Ibnu Hasyim terbaik memberi info terbaik
Post a Comment