Saturday, February 13, 2016

24 Feb, Himpunan Freemason Di PP Kini Dibantah!

freemason P.Pinang

KUALA LUMPUR - Seorang exco Pemuda Umno mendakwa satu pertemuan gerakan Freemason akan diadakan di sebuah hotel di Pulau Pinang kira-kira dua minggu lagi.

Armand Azha Abu Hanifah susulan itu menuntut kerajaan negeri dan parti-parti Pakatan Harapan menjelaskan kenapa perhimpunan 24 Februari ini dibenarkan.

Melalui blognya "Evolusi Anak Muda", beliau juga menyeru badan-badan Islam bersatu bagi membantah pertemuan tersebut, yang dijangka diadakan selama lima hari.

Armand Azha, sebelum ini pernah memimpin sayap pemuda Perkasa, melampirkan beberapa dokumen dan gambar bagi menyokong dakwaannya itu.

"Ramai yang hubungi saya setuju bagi membongkarkan pertemuaan mereka ini dan walaupun saya dinasihatkan tidak mengacau kerana dikatakan pergerakan mereka kuat dan besar," tulisnya semalam.
"Tapi saya yang berpegang pada agama Islam dan berpandukan perjuangan 30 juz al-Quran rasakan ia harus dihentikan dan dibatalkan serta mohon pihak kerajaan negeri tersebut berikan penjelasan."

Beliau mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan gabungan pembangkang memberikan penjelasan.

"Apa pendirian pemimpin-pemimpin serta penyokong-penyokong Pakatan Harapan terutama yang beragama Islam dalam PKR, Parti Amanah Negara, DAP dan PAS mengenai isu ini," katanya lagi.

Di kalangan sebilangan aktivis dan umat Islam, Freemason dianggap pertubuhan sulit yang didalangi Yahudi untuk menyusun agenda mereka. - MalayMail

3 comments:

Unknown said...

Kalau tanya PAN, mereka hanya bergantung pada DAP..kalau DAP kata halal maka halallah bagi PAN..kalau DAP kata haram maka haramlah bagi PAN!!..

Anonymous said...

UMNO JUAL MELAYU. PAS JUAL ISLAM.

Anonymous said...

Pas bergantung pada BN

Bentang hudud kat jepun sambil makan ramen.... maka berangkatlah presiden pas yang dikasihi walaunta ke jepun...
Sekali lagi parlimen bersidang, BN kata toksah bentaang, maka berangkatlah punggung presiden pas yang dikasihi para walaunta tak bentang2.

Takper, tak menang asal Allah redha. Maka mengangguklah sekelian para walaunta atas nasihat oleh presiden pas yang dikasihi oleh para walaunta.

Maka, sehinhha kini, setelah beberapa purnama berlalu, maka setia dan patuhlah para walaunta dengan janji yang dibeeikan oleh presiden mereka.

Dipercayai, nada, slogan dan wala yang sama akan terus berkumandang pada tahun-tahun berikutnya.

Hari ini, walaunta masih menunggu janji presiden mereka rasa patuh bahawa hudud bakal dibentangkan di parlimen suatu hari nanti.

Aamiin


P/s. Sejak bila walaunta mula redha dengan perbuatan pemuda umno dan menyokong mereka?

Ooo...sejak presiden semakin sejak sedondon bersama.


Pas dan umno...berpisah tiada
Bergabung tunggu masa
Bersama akan ada

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails