Operasi selama tiga jam bermula pukul 11.30 malam oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman itu berjaya menahan 13 individu termasuk seorang wanita tempatan dipercayai penjaga dan pekerja di premis berkenaan.
Ketua Penolong Pengarah STAGG, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, serbuan dijalankan di enam lokasi sekitar Kepong manakala tiga lagi serbuan dilakukan di kawasan Desa Aman Puri dan Desa Jaya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tangkap bukan penyelesaian. Selagi tidak dilaksanakan sistem perundangan Islam, maka selagi itulah perkara-perkara kesalahan seperti di atas tidak akan selesai.
Antara sebab-sebab ialah..
- Zina masih tidak dilarang, dalam perundangan sekular sekarang.
- Pusat hiburan ditakrifkan salah, sehingga ianya jadi pusat maksiat.
- Perundangan yang memberi ruang berlakunya rasuah, salahguna kuasa dan lain-lain.
- Dan banyak lagi.
7 comments:
Kepong dengan Desapuri Kawasan Parlimen Siapa ?
Untuk menghancurkan orang Islam, masalah moral disogokkan
Mari kita flashback artikel dari Gerakan Islam ISMA
Bukti2 DAP Anti Islam
http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/
Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral
APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:
Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.
Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.
BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang
Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.
Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.
Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.
Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.
Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.
Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.
Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.
Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.
DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.
FLASHBACK
DAP dan PKR menyokong Oktoberfest, pesta arak yg menghina umat ISLAM di Selangor. Ia telah mendapat tentangan dari PAS, ISMA dan lain2 NGO Islam. Golongan2 yg sekarang dalam PAN senyap sahaja
Copy Paste dari Malaysiakini
https://www.malaysiakini.com/news/277333
Pemimpin DAP, PKR dilapor hadir Oktoberfest
Pesta arak yang mendapat reaksi negatif dari pelbagai pihak dihadiri seramai 5,000 pengunjung termasuk pemimpin dari PKR dan DAP.
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor, Sallehin Mukhyi berkata ia seharusnya dibuat secara tertutup dan tidak dihebahkan melalui papan tanda iklan yang tidak mengganggu masyarakat Islam, lapor Mingguan Malaysia.
“Kita tidak bersetuju dengan tindakan meletakkan papan tanda itu dan membuat hebahan secara terbuka.
“Jika majlis meminum minuman keras tersebut melibatkan bukan Islam dan diadakan secara tertutup tu adalah soal mereka,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
Sallehin tidak mahu mengulas berkenaan mengenai kehadiran pemimpin Pakatan Rakyat di acara itu.
Sementara itu, Pesta arak itu seperti yang dilaporkan Mingguan Malaysia dilihat pengunjung yang hadir bersuka meminum minuman keras dengan latar muzik yang kuat.
Dilaporkan hadir sama dalam pesta arak itu ialah exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong yang turut mengucapkan terima kasih kepada 5000 pengunjung yang hadir termasuk ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok.
Antara pemimpin Pakatan lain yang dilapor hadir adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, pemimpin PKR , R Sivarasa, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, R Rajiv dan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.
Sebelum ini, Dewan Ulama PAS membantah sekeras-kerasnya penganjuran Oktoberfest ini dan mengambil tindakan kepada pihak penganjur.
Pesta arak ini bermula pada 24 September lalu di beberapa lokasi di sekitar Selangor dan acara kemuncaknya adalah semalam dan hari ini di tempat letak kereta One Utama.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/oktoberfest-pimpinan-pkr-dap-tidak-homat-islam-1.323938
Oktoberfest: Pimpinan PKR, DAP tidak homat Islam
SHAH ALAM – Kemunculan beberapa pemimpin politik bukan Islam dari kalangan PR di pesta arak Oktoberfest seperti yang dipapar media sosial baru-baru ini menunjukkan seolah mereka mencabar umat Islam di negara ini.
Presiden Geng Ustaz, Norazli Musa berpendapat, pimpinan PR sepatutnya memahami bahawa persoalan hak meminum arak dari kalangan bukan Islam tidak dipertikaikan.
“Mereka bukan sekadar menunjukkan kedegilan meneruskan majlis yang bercanggah tatasusila adat budaya ketimuran, malah mencabar keluhuran perlembagaan Islam sebagai agama rasmi negara.
“Apa lagi ia diteruskan juga walaupun ada pimpinan ulamak Pas menghantar memorandum bantahan terhadap penganjuran pesta arak Oktoberfest di Majlis Perbandaran Petaling Jaya baru-baru ini,” katanya melalui sebuah kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi Dewan Pemuda Pas.
Norazli yang turut menyelar tindakan pimpinan politik PR berkenaan turut menambah, ia merupakan satu perbuatan yang dilakukan dengan tujuan provokasi tidak bermoral oleh barisan pemimpin PR
“Mereka memandang sinis atas teguran dan panduan yang telah diberikan pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri Selangor.
“Sekiranya ia tidak diperbetulkan, mungkin ia akan menular kepada masyarakat di negara ini secara umumnya apabila pihak berkuasa sudah memberikan kerjasama menurut peruntukan undang-undang,” jelasnya.
Sehubungan dengan itu, pihaknya menggesa pemimpin politik yang terlibat untuk memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat umat Islam di negara ini.
Hai. Ani...lama xkeluar iklan lokasi& anak ayam. Berlawan dgn TV3 suku nampak. Hari berita tangkap...hakikatnya iklan/promosi lokasi kpd orang ramai mana nak dapat benda sedap. Aji..aji😊
Bukti DAP Racist- Halang Masjid
Menjadi viral di laman-laman sosial hari ini apabila cadangan pembinaan sebuah masjid di sebuah taman di Kota Kinabalu, Sabah telah dihalang oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang mewakili DAP, Jimmy Wong sehingga menimbulkan sedikit ketagangan disana.
Video yang berdurasi 2 minit 46 saat ini telah dimuat naik semula oleh orang ramai berikutan kritikan berterusan Jimmy Wong berhubung laungan azan yang mengganggu penduduk bukan Islam di Kota inabalu sejak akhir-akhir ini.
Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar tahun 2014 ini sememangnya menimbulkan kemarahan umat Islam di Kota Kinabalu berikutan Jimmy yang sering kali menemplak umat Islam disana dengan kata-kata yang disifatkan sebagai menghasut dan melanggar kontrak sosial yang telah di perakui sejak zaman berzaman.
Tidak kira apa pun parti ikutan kita, hak beragama di negara ini tidak pernah dipersoalkan sejak sekian lama, namun selepas DAP berjaya meraih banya kerusi pada Pilihanraya Umum yang ke 13 lalu, mereka dilihat semakin biadab dan kini berani mempertikaikan hak mutlak Islam di Malaysia.
Elehhhh PAN Imayam fitnah orang padahal PAN Imayam tu talibarut DAP
Ada lg manusia mcm nie... Asyik nk salahkan org lain...sdgkan bangsa sendiri yg merosakkan.... Sape memerintah malaysia....?
Post a Comment