Thursday, February 18, 2016

Apa Hukum Mat Sabu Begini...

Antara jubah budaya cina dan selfie dengan bukan muhrim
Mat Sabu akhiri ucapan dengan marah, bukan salam lagi

16 comments:

Anonymous said...

kau sorang dah la.. tak payah nak wakili pendapat kau tu kpd ahli pas lain. syok sendiri namanya tu..

Anonymous said...

semakin hari bodoh orang tua ni. jadi dewa dengan selfie pun dah tak boleh nak bezakan. alahai walunta pas. makin hari semakin kacau fikiran korang ye. tu la akibat bila agama dijaja demi kepentingan peribadi.

paskelate said...

kah kah kah
mungkin kalimah yang keluar dari pimpinan PAS adalah penafian, namun jika mereka turun ke bawah, maka akan terbongkarlah bangkai yang semakin menjijikkan.
berani aku katakan, jika PRU dijalankan di kelantan pada hari ini, PAS terpaksa mengimpot pertugas dari luar untuk menaikkan bendera dan membuat bangsal panas.
hanya satu jalan untuk mengekalkan kerajaan PAS di kelante, "penjanjian dalam gelap dengan UMNO".
Masa masih panjang, apa salahnya TGHH dan harun din letak jawatan, kerana kedua-dua mereka hanya hilang jawatan politik, namun masih mengekalkan keulamakan mereka.
Kita tidak mahu TITM mewarisi PAS yang bernyawa ikan dan dipisahkan dari kehidupan jenerasi muda.

Anonymous said...

Aq dh tk sokong pas....aq lihat dr jauh... Aq tk akan pangkah pas....biar dap memerintah.... Di zalimi pon tk ape sbb mereka dap tk beragama islam....pas dgn umno islam dh 60 thn memerintah tp nk laksanakan undang2 hudud pon tk boleh.....takut.... Jk sokong dap tk buat hudud berbaloi.... Mereka berpati seculer.

kopipanas said...

Mudah saja...sebagai ahli Pas dan bekas ahli Pas sewajarnya tidak perlu mencaci maki dan menghina antara satu sama lain. Nampak sangat kerendahan akhlak bila berlaku hal caci maki, label melabel dsbnya, sedangkan yang wajib diperlihatkan ialah akhlak baik.
Mudah saja, yang haram tetap haram, yang salah tetap salah. Jangan menghalalkan cara dengan membandingkan dengan perkara lain yang salah juga. Ini bukan ajaran Islam.
Sayang bila mempertahankan PAs tetapi berhujah dengan hujah mengkesampingkan hukum hakam.

Anonymous said...

Teruskan mencuba pak hashim.. cuma kalau bole amik isu yg bijak sikit...

Anonymous said...

menyerupai sembahan atau berhala org kapir adalah syirik!

selfie tu bukan Mat Sabu yg nak. bukan dia pergi ke budak pompuan tu. budak tu yg dtg utk selfie dgn dia. lgipun boyfriend budak tu yg ambil gambar tsb.

mungkin budak pompuan tu diupah oleh musuh spt gambar idah bijan yg dipijak tu.

dah tua tp perangai tak ada yg baik. elok2 lah berhenti sebar fitnah sbb dosa tu terus mengalir selagi dibaca dlm blog.

paskelate said...

kah kah kah
pada tahun awal 80an, ketika kita menjadikan hanya surau-surau kecil sebagai tapak untuk menjelaskan matlamat perjuangan PAS. Tiba-tiba seorang pemuda bernama mat sabu menjadi tarikan kepada ceramah PAS. Sejak itu beliau terus istiqamah dengan perjuangan PAS. Namun nama itu tiba-tiba menjadi nama yang mesti kami jauhi.
Ingin aku bertanya,
1-Apakah dosa Mat Sabu kepada PAS sehingga aku mesti menjauhinya?.
2-Apakah untungnya PAS jika Mat Sabu tidak ahli PAS? dan apakah ruginya PAS jika mat sabu bersama dengan PAS?.
3-Kenapa pula TGNA tidak berusaha mengeluarkan Mat Sabu dari PAS?. Adakah TGNA tidak bijak berpolitik sehingga sanggup mengekalkan mat sabu selama 30 tahun dalam kepimpinan PAS?.

Soalan-soalan beginilah yang menyebab aku terkedu bila ditanya oleh cucu aku.

Poor Indon said...

Mat Sabun mmg kelakar....Melayu Islam Penang yang kena halau dengan Kerajaan Tok Guru Guang Eng, dia biad jer...maklumlah cari makan dengan DAP! Pilihanraya kalah...tak meralah gaji dan elaun Parlimen macam perompak kerusia PAS seperti Khlid Somad, Hatta dan ramai perompak PAN lagi!!

Anonymous said...

Perbandingan yg amat memalukan. Pakàian dewa itu kemahuan sendiri dgn selfi tk sengaja dgn ribuan org cina yg x tàu hukum. Islam apa kah ini. Memàlukan ibnuhasyim!!!

Anonymous said...

Tak habis lagi cerita begini, dah muak sangat dah.
N

Maaf Para Politikus Negaraku
October 30, 2015

Maaf
Para politikus negaraku,
Kerana hari ini aku harus menyatakan,
Bosan aku melihat gelagat tuan tuan,
Yang dipaparkan media,

Para politikus negaraku,
Tuan begitu asyik berbalah,
Memberi komen,
Membuat kenyataan media yang,
Merapu meraban,

Para Politikus negaraku,
Tuan bertengkar, bergaduh mempertahankan ketua masing masing,
Mempertahankan kumpulan masing masing,
Walaupun jelas sangat ketua dan kumpulan anda
Tidak benar dalam isu tersebut,

Para politikus negaraku,
Tuan tuan bukan lagi berjuang untuk kebenaran,
Berjuang untuk rakyat,
Berjuang untuk negara,
Bukan berjuang untuk membina negara bangsa,

Para Politikus negaraku,
Tuan tuan hanya berjuang untuk diri,
Untuk kumpulan sendiri,

Maaf,
Para politikus negaraku,
Undi aku,
Walaupun satu,
Ada matlamatnya,
Aku tidak mengundi, untuk ditipu!

Anonymous said...

Dah xda isu lain ka? X habis2 mefitnah Dan menghina orang. Ini aja kerja orang spt kamu ni. Maaf ya.

Anonymous said...

feel sorry for u pak hashim..ingat take a break dulu..p umrah ka..p turki is the best selepas p umrah..tgok mcmana masyarakt islam paling sosial di dunia..yg biasa berbikini d pantai bole d sekolahkan oleh erdogan dgn perancangan yg rapi dan cerdik..x da pon scandal kewangan mcm malaysia...

Anonymous said...

Pas terbelakang, ahli akademik pilih Amanah

Tidak dapat menerima kepincangan pendirian politik Pas mutakhir ini yang hanya merencatkan keampuhan blok pembangkang, bekas pensyarah di universiti awam, Dr Sulaiman Mohd Nor mengambil keputusan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurutnya, tindakan Pas keluar dari Pakatan Rakyat pada tahun lalu sehingga memusnahkan gabungan parti pembangkang itu akan menyukarkan usaha rakyat untuk mencapai sistem dwi-parti.


“Kajian yang dibuat Umcedel (Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya)selepas PRU13 mendapati bahawa suara rakyat bertambah kuat dengan peningkatan jumlah MP (Ahli Parlimen) atau Adun Pakatan Rakyat ketika itu.

“Saya amat percaya negara memerlukan sistem dwi-parti agar yang betul-betul mendapat faedah adalah rakyat. Pemerintah hanya dipilih mengurus, bukan menjadi tuan.

“Namun apabila Pas keluar dari PR (Pakatan Rakyat), itu adalah tindakan ke belakang. Saya bersama Amanah kerana ingin mengukuh PH (Pakatan Harapan) agar sistem dwi-parti betul-betul dapat tercapai demi faedah dan nikmat sebenar kepada generasi akan datang,” ujar bekas pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai itu ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Menafikan tohmahan kononnya Amanah yang ditubuhkan pada 16 September tahun lalu itu mengkhianati perjuangan Islam, beliau berkata, Amanah ialah sebuah parti politik yang berusaha memartabatkan Islam sebagai dasar perjuangan.

“Amanah tidak khianati perjuangan Islam. Konsep biar Melayu Islam memerintah, walaupun rasuah, kita tentang. Budaya menakut-nakutkan Melayu kononnya Cina akan memerintah, juga kita tak terima.

“Islam menyeru kita menegakkan keadilan, walaupun terhadap musuh kita,” tambahnya lagi yang berkhidmat selama 32 tahun dalam dunia akademik sebelum bersara pada Disember 2014.

Kelmarin, Dr Sulaiman antara lima ahli akademik serta seorang lagi bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) secara rasmi mengumumkan menyertai Amanah. -MD

Anonymous said...

asa atok dia. Bukan bapak dia tapi atok dia. Tok pun rasa bangga kerana ini menunjukkan atok guru tok sayang cina sesangat. Betul ke tak, tak tahu sbb Saksi tu (atok guru tok) dah mati.

Tiba2 Natang mamat bgtahu tok, petang tadi dia jumpa Lim Kit Siang sedang bercerita depan orang2 Melayu Islam. Kit Siang kata, bukan datuk dia tapi anaknya yg masih hidup iaitu Lim Guan Eng pernah membela seorang gadis Melayu Islam yg dirogol oleh pemimpin Amno yg kini jadi sahabat guru tok. Guan Eng tak mati dan boleh jadi saksi bahkan seluruh negara tahu kisah Guan Eng masuk penjara kerana membela seorang gadis Melayu Islam.

Natang mamat terus bercerita, katanya. selepas Kit Siang bercerita, datang pula anak Karpal Singh bercerita tentang bapanya Mendiang Karpal Singh pernah membela seorang Muslimah Islam yg kena berhenti kerja akibat bertudung. Anak Karpal Singh kata, adakah bapa saya anti Islam?

Natang Mamat bertanya tok, " Di antara ketiga2 cerita itu, mana lebih baik tok? Membela gadis Melayu Islam yg dirogol, membela Muslimah Islam yg dilarang bekerja kerana menutup aurat atau membantu org cina lemas?"/

Tok diam kejap. " Eleeehhh...peguam parti tok Hanipa Maideen pun selalu bela orang2 Islam....Peguan Asmuni Awi pun selalu bela orang2 Islam dalam mhkamh bahkan dia membela Ulamak dunia lagi iaitu guru tok bila guru tok fitnah calon PKR edar pil kuda tanpa sebut nama...". Jawab tok bangga.

Tiba2 Natang mamat ketawa besar, " KAHKAHKAHHH....tok lupa ke? Kedua2 peguam yg tok sebut tu pun dah cabut masuk Amanah...WAKAKAKA".

Jilakeeee....natang mamat !!!

Anonymous said...

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails