Friday, February 19, 2016

Ayam Pantau Akaun Twitternya Restoran Ini..

JOM KREATIF
PELBAGAI gimik dilakukan oleh peniaga untuk melariskan produk jualan mereka, dan restoran makanan segera di Perth, Australia ini pun tidak terkecuali: dengan bantuan seekor ayam!
Francais makanan segera bernama Chicken Treat itu bekerjasama dengan agensi pemasaran Marketforce untuk guna khidmat ayam betina, Betty, untuk ‘menaip’ status Twitter restoran bagi menarik perhatian pelanggan.
Dengan berbekalkan sebuah komputer dan talian Internet, Betty dibiarkan ‘mematuk’ papan kekunci hinggalah unggas itu berjaya secara tidak sengaja menulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang boleh difahami manusia.
Apa yang lawaknya, setiap tweet atau kicauan yang ‘ditulis’ Betty diletakkan hashtag#ChickenTweet, satu yang mustahil mampu dilakukan sendiri oleh seekor binatang.
Bagaimanapun, penganalisis jenama bebas Michel Hogan menyifatkan kempen tersebut sebagai satu langkah pemasaran yang bijak kerana menyuntik unsur humor.
tweeting-chicken2-600x339
Betty sedang melakukan ‘tugasnya’ sebagai eksekutif media sosial restoran makanan segera, Chicken Treat.

“Ini bukanlah satu kaedah yang baru dicipta, tetapi saya boleh nampak potensinya untuk berjaya.”
Hogan juga menambah bahawa syarikat-syarikat francais kecil perlukan gimik seperti ini untuk meraih tumpuan di dalam industri yang didominasi oleh syarikat-syarikat gergasi lain.
Sementara itu, Betty pula nampaknya masih belum berjaya menaip perkataan yang boleh difahami.
Kesemua tweet yang ‘ditulisnya’ ternyata merepek dan tidak masuk akal, yang membuatkan para pengikutnya mula meradang.
“Ayam ini merapu betul lah!” kata salah seorang pengikut Twitter Chicken Treat. “Sesiapa tolonglah betulkan tatabahasanya, atau gantikan dengan ayam lain!”
Bagaimanapun, Betty bukanlah burung pertama yang menggunakan media sosial ini. Pada tahun 2011, sebuah majalah Latvia telah mencipta akaun Birds on Twitter.
Ia sebuah akaun di mana burung baka tomtit diberikan ‘ruang’ untuk meluahkan buah fikiran mereka menerusi media sosial mikro tersebut. (IH)

Lihat juga.. 
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

1 comment:

Crown Horeca said...

Wah unik juga restoran ini hahah menggunakan ayam sebagai social media poster hahaha cara macam gini bakalan banyak tarik kustomer dateng deh kayaknya hahaha apik :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails