Friday, February 26, 2016

'Badut' DAP, Masyarakat Cina Pun Malu...


Sebagai masyarakat Cina yang seagama dengan dua anggota DAP iaitu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, mereka turut melahirkan rasa malu diatas tindak tanduk dan kelakuan ‘badut’ yang ditonjolkan melalui video parodi bertajuk “GST dan Arab Year 2016”.

Video parodi yang bersempena perayaan Tahun Baru Cina sebenarnya bertujuan mahu mengutuk kerajaan, tapi lain pula jadinya bila bangsa sendiri yang meluat dengan perangai mereka. Masyarakat Cina menganggap tindakan ahli DAP tersebut sebagai mempersendakan kaum sendiri.

Rungutan dan rasa marah masyarakat Cina disuarakan oleh Ketua Hal Ehwal Kaum Cina Persatuan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP) Malaysia, Tan Chee Chong. Banyak rugutan dan kutukan dilemparkan kepada Tony Pua dan Teo Nie, kerana memperlekehkan bangsa dan budaya sendiri.

Disebabkan perangai mereka yang sudah macam badut sarkas itu, kedua-dua Ahli Parlimen dari DAP itu dituntut supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Cina, kerana video parodi tersebut telah menyentuh sensitiviti kaum.

“Saya mewakili seluruh masyarakat Cina (Tiong Hua) amat tidak berpuas hati dengan video CNY (Chinese New Year) yang disiarkan DAP. Ini menunjukkan parti DAP semakin kekurangan idea dan sanggup memperalatkan kebudayaan masyarakat Cina demi menjatuhkan imej pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN),” tegas beliau.

Tindakan mereka yang memparodikan sebuah lagu budaya Cina ketika rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru Cina itu dianggap sebagai satu penghinaan kepada kaum Tionghua, kerana mempersendakan watak ‘Dewa Kemasyuran’ sebagai pengemis.

“Jangan main-main dengan isu agama, dia kata ‘dewa’ yang bagi kita (masyarakat Tionghua) tuah jadi pengemis, bolehkah ini macam.


“Tak boleh, isu ini telah hina kepercayaan dan budaya orang. Adakah ini budaya Malaysia yang harus dicontohi? Saya mewakili kaum Thiong Hua mendesak supaya mereka berdua memohon maaf atas video itu. Jangan sekali-kali bermain dengan isu agama,” tegasnya lagi.

Nahhhhhh… Masyarakat Cina sendiri muak dengan perangai ahli DAP yang banyak masalah ni. Mungkin dorang ingat yang masyarakat Cina suka apabila video parodi tersebut diterbitkan. Padahal mereka sendiri bencikannya. - TiraGomez/UtaraNews.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails