Thursday, February 11, 2016

Bandar Pertama Di AS Terapkan Syariat Islam. M'sia Tak Malu Ke?


Sejak tragedi WTC, diskriminasi terhadap muslim di Amerika Syarikat makin membesar. Islamphobia di negeri Paman Sam tersebut menguat. Namun di sisi lain, jumlah penganut Islam mengalami peningkatan. Ada apa?

Ternyata berita-berita tidak benar tentang Islam membuat banyak orang yang mempelajari Islam. Semakin hari, penganut Islam di Amerika Syarikat makin bertambah. Meski perlakuan buruk terhadap umat muslim tetap masih tinggi.

Di sisi lain, sebuah bandar di negara bahagian Michigan, Amerika Syarikat bak oase di tengah gejolak tersebut. Dearborn, nama kota tersebut, sejak tahun lalu memutuskan menerapkan syariat Islam secara menyeluruh.

Dikutip dari nationalreport.net, Rabu (24/06/2015), keputusan tersebut ditetapkan selepas pengundian yang melibatkan sebahagian besar warga kota Dearborn.

Penerapan syariat Islam berlaku untuk segala aspek. Baik qisas untuk pencurian, hukum sebat untuk pemabuk, rejam untuk penzina, dan lain-lain.

Penerapan syariat Islam tersebut tentu tak serta merta diluluskan semua pihak. Polemik sempat berkecamuk saat putusan tersebut disampaikan. Beberapa pihak menyokong, sedang yang lain mengecam.

Pelajar di bandar Dearborn

Pihak yang tak setuju menganggap penerapan syariat Islam tersebut sebagai ancaman terhadap kepelbagaian. Bahkan mereka yang tak setuju menyampaikan aspirasi mereka di media sosial dengan tajuk "RIP Dearborn".

Dearborn sendiri memang mempunyai populasi muslim yang cukup besar. Dengan populasi total 98.000 jiwa, 30% penduduknya beragama Islam.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul berita ini, malulah negara Malasysia yang mengaku Islam. Kerana ada orang Islam Malaysia yang tak mahu terapkan syariat Islam. Lebih rela ambil Demokratik Sosialis, atau yang lain dari Islam untuk dilaksanakan, contohnya seperti UMNO, DAP dan lain-lain.

7 comments:

mansor said...

alhamdulillah...di Malaysdia jalannya berliku2....parti yg kononnya memperjuangkan Islam sunyi sepi dgn kemungkaran...bahkan mendokong pihak yg zalim....

Anonymous said...

Salah sendiri, mikrofon jadi ‘mangsa’ luah perasaan


SEBAGAI pemimpin nombor satu dalam parti serpihan PAS, iaitu PAN yang dianggotai bekas pemimpin-pemimpin PAS yang kalah teruk dalam pemilihan parti, Pedang memahami apa yang dirasai oleh Mat Sabu.

Parti rasis dan cauvinis DAP yang menjadi rakan tidur sebantal PAN tidak mempercayai PAN untuk bertanding di kerusi yang diwakilinya. Akhirnya PAN terpaksa mengumumkan akan melawan PAS.

PKR pula secara tak langsung memperlekehkan kemampuan PAN menggantikan tempat PAS dalam pakatan (tiada) harapan bagi mencuri undi Melayu. Natijahnya, Rafizi mengumumkan akan memberi fokus kepada agenda Melayu yang tak pernah dilakukan pada pilihan raya sebelum ini kerana tahu, tanpa PAS mungkin kapal pembangkang tak mampu berlayar ke mana-mana. Bahkan mungkin ‘terlepas’ negeri Selangor.

Itulah masalah yang dihadapi oleh Mat Sabu yang dipendam sekian lama. Tambahan pula, kawan baiknya Anwar Ibrahim sudah tiada harapan untuk bebas sama-sama berjuang menentang UMNO.

Kalau begitu keadaannya, bagaimana Mat Sabu tak geram sehingga sanggup membaling mikrofon? Mujur tak terkena penonton. Sabar Bang Mat, sabar. Jalan ini masih jauh. PRU14 pun belum ada tarikh lagi.

Tengok, betapa teruknya imej dan persepsi yang melekat pada badan PAN menyebabkan rakan sendiri tidak menaruh kepercayaan. Apatah lagi rakyat.

Apa yang Mat Sabu perlu lakukan ketika ini ialah memastikan PAN betul-betul berperanan dalam pakatan sehingga dirasai oleh DAP dan PKR.

Tetapi untuk itu, kikislah imej buruk yang sedia terpalit pada PAN terlebih dahulu.

Pedang bermurah hati menyenaraikan imej dan persepsi buruk PAN sebagai rujukan Mat Sabu dan konco-konconya:

1. Macai DAP
2. Pejuang Syiah
3. Pejuang Islam liberal
4. Tiada agenda Islam dan Melayu
5. Antihudud
6. Tak mampu lawan PAS
7. Tak mampu lawan suara anti-Melayu dan anti-Islam
8. Dapat dana DAP
9. Tiada peranan dalam pakatan (tiada) harapan
10. Memusuhi ulama

Dan ada banyak lagi kalau nak disenaraikan satu persatu. Kalau Mat Sabu berjaya kikis masalah yang ada pada PAN terlebih dahulu, barulah Mat Sabu akan diberi ruang seluas-luasnya dalam pakatan. Jika tidak, mungkin lebih banyak mikrofon jadi ‘mangsa’ luahan perasaan akan datang.

KATA PEDANG: Mat Sabu memang suka kontroversi, taktiknya membaling mikrofon nampaknya berjaya mencuri perhatian umum termasuk Pedang.

Anonymous said...

KAH KAH KAH!!!

Unknown said...

Betul tu mansor..sbg contoh ada satu parti yg hanya berdiam diri bilamana kerajaan memerintah menghalau melayu di penang tidak langsung ditegur..sehingga dihalau sedemikian rupa!!

Anonymous said...

yg rembat tanah rezab melayu adalah umno yg disokong oleh pas
yg jual kilang letrik 1mdb pada Cina Tanah Besar adalah umno yg disokong oleh pas
yg besarkan sykt2 judi genting toto damacai magnum dan mesin2 slot adalah umno yg disokong oleh pas
yg besarkan kilang2 arak adalah umno yg disokong oleh pas
yg robohkan surau masjid adalah umno yg disokong oleh pas
yg bunuh mangsa memali adalah umno yg disokong oleh pas

rasuah salah guna kuasa pas dikelantan pula disokong oleh umno sbb tu sprm tak buat2 apa dr laporan cikgu bard dan YB Husam...

Anonymous said...

Syariat Islam sukar dilakukan di Msia krn parti jual agama Islam rela bersekongkol dgn pemerintah zalim utk kepentingan masing2.

Tuang presideng Pas yg kaki ponteng pun sanggup bekerjasama dgn ketua parti perompak Umno. Islam akan dipermainkan. Hudud akan jd hududuitt..

KAH KAH KAH!!!

Anonymous said...

Iyolah tuu..mana pergi pemimpin2 parti agama Pas dan parti melayu umno bila melihat org2 melayu Penang dihalau sedemikian rupa? Berdiam diri juga ka?

KAH KAH KAH!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails