"Laporan Turki bahawa jet pejuang kami melanggar wilayah udara adalah propaganda," kata Mayor Igor Konashenkov, jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Sabtu (30/1).
"Tidak ada pelanggaran wilayah udara yang dilakukan bomber Su-34," katanya seperti dipetik PressTV.
Ia juga mengatakan tidak ada radar yang mampu jenis pesawat milik Rusia atau gabungan anti-ISIS.
Konashenkov juga mendakwa pilot Su-34 menerima peringatan dalam Bahasa Rusia dan Bahasa Inggeris adalah rekaan yang dibuat orang-orang yang terlalu banyak menonton filem Hollywood. "Itu propaganda bodoh," kata Konashenkov.
Sebelum ini, Presiden Recep Tayyip Erdogan memperingatakan Rusia untuk tidak lagi melanggar wilayah udara, atau menghadapi akibat yang serius.
Sebelum itu di Ankara, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu (30/1) memberi amaran kepada Rusia mengenai "akibat" jika negara itu terus melanggar wilayah udara Turki.
"Jika Rusia terus melanggar kedaulatan Turki, negara tersebut akan menghadapi akibatnya," kata Erdogan kepada wartawan di Istanbul sebelum bertolak ke Chile.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rusia bertindak "tidak bertanggung jawab" dan meningkatkan ketegangan di wilayah tersebut, sementara tindakan semacam ini bukan hanya boleh merosakkan hubungan NATO-Rusia tetapi juga keamanan serantau dan global. Satu lagi samseng dunia selain Amerika Syarikat.
(IH)
4 comments:
komen ibnu hasyim yang bodoh
Bila lemah memang mudah kena buli. Harap mulut jer, tak mati orang samseng
ade 3 blog di dunia. Blog as, blog Islam & blog rusia.
2 kritik di atas agaknya blog rusia/komunis..
Jangan dilayan kebodohan puak pro rusia/komunis tu.
Post a Comment