Sunday, February 07, 2016

DAP Lagakan Abdul Aziz Rampas Kerusi PKR S'wak?

AIDCNews- 06/2/16 –DAP Sarawak dijangkakan memperlagakan Setiausaha Publisiti DAPSY Petra Jaya, Abdul Aziz Isa untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak April ini.
Abdul Aziz Isa dijangka akan dicalonkan sebagai calon DAP di DUN Batu Kitang bagi melawan calon yang diumumkan PKR, Voon Shiak Ni.
Voon merupakan Naib Ketua Wanita PKR Sarawak, manakala Abdul Aziz pula merupakan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.
dun batu kitang
“Wong King Wei, Violet Yong dan Christina Chiew Wang See masing-masing akan mempertahankan DUN Padungan, DUN Pending dan DUN Batu Kawah.
“Manakala Abdul Aziz Isa dan Chong Chieng Jen akan diumumkan pada saat-saat akhir sama ada siapa akan bertanding di DUN Batu Kitang dan DUN Kota Sentosa,” kata Abdul Aziz dalamFacebooknya.
DAP berminat dengan DUN Batu Kitang kerana kawasan itu majoriti pengundinya adalah dari kaum Cina.
Pada PRN 2011, PKR bertanding di DUN itu, namun tewas.
yb see pkrSatu lagi DUN yang mempunyai ramai pengundi Cina adalah DUN Batu Lintang yang dimenangi oleh calon PKR, See Chee How pada PRN yang lalu.
Pada PRN 2011, DAP telah merampas DUN Padungan yang sebelum ini ditandingi oleh calon PKR.
Abdul Aziz berkata beliau tidak menolak kemungkinan DAP akan merampas kerusi-kerusi yang pernah ditandingi PKR sama ada di kawasan bandar dan luar bandar.
“Dulu DAP target kerusi majoriti Cina, maka PKR kata mereka sanggup mengambil selebih 49 kerusi memandangkan DAP enggan bertanding di kawasan luar bandar. Sekarang DAP sanggup bertanding di kerusi luar bandar, kenapa PKR tuduh DAP perampas? Kita hendak bantu menangkan kerusi yang kalah dan meringankan beban kewangan PKR.
“Satu soalan saya, calon PKR bertanding atas sebab menentang BN atau hendak ambil duit kempen? Berapa ramai calon PKR hantar laporan kewangan PENUH selepas kempen?
“Sejak bila kerusi-kerusi di negeri Sarawak ini milik PKR? Ianya milik rakyat, bukan PKR. PKR anggap kerusi ini macam mak bapa meraka yang punya. Bagi bila mahu, rampas bila mahu. Tiada soal ambil atau rampas, ianya adalah PERSAINGAN!.
“Setiap kali saya berjumpa dengan beberapa orang pemimpin Melayu PKR, mereka tidak sudah-sudah membincangkan isu DAP bertanding di Parlimen Stampin. Masalahnya, DAP dah menang di Parlimen Stampin, yang PKR nak bising-bising lagi kenapa?
“Tak perlu PKR nak tanding kerusi yang sudah dimenangi DAP. Cari kerusi yang masih dimenangi BN. Kalau PKR tuduh DAP rampas kerusi PKR sebagai contoh di DUN Satok, soalnya sekarang, sejak bila kerusi DUN Satok dimenangi PKR?
“Kalau masih dimenangi BN maka kerusi itu milik rakyat dan BN, bukan PKR. Lainlah kalau PKR menang di DUN Satok dahulu, tidaklah DAP akan bertanding di sana,”katanya.
dap 211

No comments:

Post a Comment