Saturday, February 27, 2016

Dia, Gelonsor Bogel Terjun Tingkat 3! Selingkoh Politik..

Lihat, dia sedang menggelonsor turun..

Beijing: Akibat ‘kantoi’ ditangkap bersama isteri orang, seorang lelaki bertindak nekad memanjat keluar dari tingkap bilik kekasihnya dan turun ke bawah menggunakan saluran paip hujan dalam keadaan telanjang bulat.

Orang ramai yang terkejut dengan insiden itu memerhati dengan kagum apabila lelaki terbabit menggelungsur turun ke bawah dari bangunan blok rumah pangsa selepas memecut pantas dari tingkap di tingkat tiga.

Dia dikatakan sedang bermesra dengan seorang wanita di dalam bangunan itu apabila suami kekasihnya pulang secara tiba-tiba dan menangkap mereka bersama.

Lelaki itu tidak sempat menyarung pakaian dan mula memanjat menggunakan kabel sebagai tali.

Dia berhenti beberapa kali dan dilihat teragak-agak sama ada untuk pergi ke arah atas atau bawah.

Insiden di China itu dirakam dan disiarkan di Youtube sebelum menjadi viral.
Menurut laporan media tempatan, lelaki itu terselamat selepas jatuh sebelum dibantu orang ramai dalam pada mereka tidak ketinggalan merakam aksinya menggunakan telefon bimbit. - Agensi 

Gambar hanya hiasan, tiada kena-mengena dengan sesiapa..

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lelaki itu sanggup buat apa saja untuk menyelamatkan diri, akibat ‘kantoi’ ditangkap mungkin berselingkoh seks bersama isteri orang. 

Itu baru selingkoh seks, bagaimana kalau pemimpin negara berselingkoh dengan wang jutaan rakyat. 

Sanggupkah dia terjun tinggalkan jawatannya, lari menggelonsor keluar negara dengan 'bogel' dari harta kekayaan yang diperolehnya secara tidak sah? Apakah dia sanggup atau mampu berbuat apa saja demi pertahankan kekuasaannya?

Selingkoh wang jutaan rakyat lebih besar mudaratnya dari berselingkoh dengan isteri yang baru satu suami.  Rasuah dan salahguna kuasa, jauh lebih bahaya dari melakukan najis zina dengan isteri orang. 

Itulah peringatan buat pemimpin-pemimpin negara ini, iktibar dari kisah di selingkoh di atas... (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails