Fenomena LGBT sedang mengaung akhir-akhir ini. Sebahagian pendukung LGBT beralasan, orang menjadi pelaku LGBT kerana adanya faktor genetik. Ia lahir dengan hormon dan kecenderungan seperti itu.
Perilaku yang bertentangan dengan fitrah manusia dan banyak dikecam hebat ini dikatakan lahir dengan membawa hormon menyimpang. Sehingga mereka pun mempersoalkan tentang pengharaman Allah akan perilaku tersebut.
Dr Zakir Naik memberikan keterangan yang menarik soal LGBT ini. Dr Zakir memberi respons kepada satu soalan yang dilontarkan salah seorang peserta seminarrnya. Dr Zakir dengan tegas menjelaskan bahawa kajian yang mengatakan bahawa homoseksual bawaan genetik adalah salah.
Zakir kembali menegaskan, "Tidak seorang pun yang dilahirkan sebagai gay."
Penyimpangan-penyimpangan itu terjadi apabila terlalu sering melanggar perintah Tuhan dan akhirnya timbul kebosanan dan ingin mencuba yang lebih lagi.
Bermula dari hal-hal yang kecil seperti menanggalkan hijab dan tidak perhatian dengan ikhtilath atau pemisahan antara lelaki dan perempuan dalam pergaulan.
Pada akhirnya timbul keinginan melakukannya dengan yang lainnya kerana terlalu sering melakukan larangan Allah dengan yang disebut bestiality.
Apakah bestiality itu? Bestiality adalah melakukan hubungan seks dengan haiwan. Kemudian penyimpangan itu semakin menjadi-jadi dengan melakukan seks dengan cara yang salah. Maka timbullah penyimpangan yang lain seperti homoseksual, lesbian, munculnya kaum gay. (IH)
Berikut Video lengkapnya:
2 comments:
Parti Amanah Negara (PAN) bersedia menerima kewujudan dan mendekati golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Menurut Pengarah Strategi PAN Dr Dzulkifli Ahmad, parti itu bersifat terbuka untuk berbincang bagi menghormati hak golongan berkenaan.
“Mereka sebenarnya wujud. Adakah perlu kita mencampak mereka ke dalam laut, buang ke gunung atau sumbat mereka ke penjara ataupun bunuh mereka?” kata Dr Dzul ketika ditemui pada forum Forum Islam dalam Perlembagaan Demokrasi.
Jelasnya lagi, pendekatan yang dilakukan tiada kaitan kesederhanaan dan liberalism sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.
“Ini pendirian PAN kerana ia bersifat inklusif atas dasar hormat dan bila hormat bermakna kita iktiraf mereka, menerima kewujudan mereka, mendekati mereka kerana ia kecantikan agama kita,” katanya.
Jelas Dr Dzulkifli lagi beliau yakin pendirian PAN akan diterima parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) termasuk PKR.
Kecenderungan terhdp perilaku yg baik adalah rahmat.
Kecenderungan terhdp perilaku yg buruk adalah ujian, bukan utk dituruti, tp utk diuji bgmn ianya diatasi.
Post a Comment