PRN Sarawak : Pemuda PAN Bantu Kempen Edar Akhbar Rocket & Kalendar DAP
AIDCNews- 05/2/16 –Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Sarawak membantu mengedarkan akhbar Rocket dan kalendar DAP kepada pengundi sebagai salah satu strategi kempen Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, April ini.
Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Publisiti Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Petra Jaya, Abdul Aziz Isa ketika mengadakan program berjumpa pengundi di DUN Batu Kitang.
“Semangat Pakatan Harapan yang erat antara DAP dan Amanah. Didatangi Ketua Pemuda Amanah Sarawak, Mohamad Fadillah Sabali, sewaktu mengadakan walkabout di 3rd Mile Market.
“Beliau meluangkan masa lebih sejam bersama mengedarkan akhbar Roket dan kalender.
“Saya mewakili Pemuda DAP ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang diberikan,”katanya dalam Facebook.
Akhbar Rocket merupakan akhbar rasmi DAP, manakala kalendar 2016 memaparkan wajah-wajah Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak dan wakil rakyat DAP negeri yang majoritinya dari kaum Cina.
Berbeza dengan pujian kepada PAN, Abdul Aziz yang juga merupakan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen hari ini mengecam PKR sebagai parti yang mementingkan diri sendiri dan bekerja secara bersendirian.
“Mungkin dari awal lagi, PKR langsung tidak mempunyai niat untuk berunding, ia hanya rempuh secara membuta tuli kerana ia begitu terdesak.
“Jadi, pertandingan tiga penjuru akan berlaku,”kata Aziz.
Tambahnya, PKR juga sukar untuk didekati kerana “otak bodoh dan ego”
Beliau melontarkan kritikan keras itu kerana PKR mengumumkan calon-calon mereka tanpa berunding dengan DAP.
Aziz yang dilantik sebagai Penyelaras DAP DUN Tupong dikatakan berminat bertanding di salah satu DUN sama ada di DUN Tupong, Satok dan Batu Kitang, namun PKR telah mengumumkan calon-calon mereka di ketiga-tiga kawasan itu.
PKR telah mencalonkan Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong), Mohd Salleh (Satok) dan Voon Shiak Ni (Batu Kitang).
“Penamaan Voon Shiak Ni sebagai calon PKR di Batu Kitang bagaikan paku terakhir menutup segala peluang bagi Aziz yang selama ini terkapai-kapai mencari kawasan untuk bertanding kerana sebelum ini beliau kelihatan “aktif berkempen” di Tupong dan Satok namun kedua-duanya telah di”cop” oleh PKR – Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong) dan Mohd Salleh (Satok).
“Hubungan Aziz dan Voon sebenarnya tidak mesra kerana mempunyai sejarah hitam mereka sendiri dan sudah tentunya Voon tidak akan memberi sebarang muka kepada Aziz.
“Aziz hampir-hampir disaman oleh Voon kerana menyelarnya (Voon) dalam status FBnya sebagai “jalang” dan perkataan kesat tidak berapa lama dulu namun difahamkan selepas Aziz memohon maaf secara terbuka maka kes tersebut dilupakan begitu saja,” dedah blog siemens-melayumaju.
Selanjutnya, sila baca “PRN Sarawak : Pemuda Sosialis DAP Selar Kesombongan PKR”
Sementara itu, satu risalah telah disebar yang menggambarkan Aziz sebagai ‘bapa ayam’ yang membekalkan gadis-gadis seperti di bawah.
“Baru admin faham mengapa politikus muda, Abdul Aziz Isa, dari parti DAP Sarawak mendapat jolokan ‘Anwar Ibrahim junior’.
“Pihak lawan mungkin merasakan mereka tidak akan mampu menyaingi kredibiliti mahupun kepetahan bercakap Abdul Aziz hingga terpaksa menggunakan taktik kotor untuk bersaing.
“Terbaru, iklan ‘comfort girls’ yang kononnya dijalankan oleh Abdul Aziz mula tersebar.Juga disertakan dengan nombor telefon Abdul Aziz.
“Jawapan dari Abdul Aziz bila dihubungi admin sambil ketawa ‘No retreat,no surrender.Biarlah mereka guna taktik murah.Saya tidak akan jadi semurah mereka dengan mengikut cara mereka’
“Tabik penuh hormat dari admin untuk Anwar Ibrahim junior.Anda akan jadi seorang YB yang sangat bagus,” dedah penyokong Aziz, ‘Harapkan Songkok Jer Tinggi Tapi IQ Rendah‘
Aziz berkata risalah itu sengaja dikeluarkan untuk memburuk-burukkan dirinya selepas beliau bekerja keras berkempen di DUN Batu Kitang.
“Muka hensem macam ini kamu fitnah sebagai ‘bapa ayam’? Hanya kerana saya aktif di Batu Kitang dan membongkar isu rasuah, pihak lawan mula menggunakan taktik kotor dengan membuat fitnah lucah terhadap saya.
“Saya difitnah sebagai ‘sugar daddy’ atau ‘bapa ayam’.
“Terima kasih kepada admin group ini yang membantu saya membersihkan nama saya. Esok saya akan buat laporan polis.
“Ingat, jangan main politik kotor dengan orang Melanau. Kalau tidak puas hati dengan saya, sila bersemuka dengan saya secara jantan,”katanya. (AIDCNews)
5 comments:
Dap sebuah parti sekuler dan berfahaman sosialis (sesat lg menyesatkan)..org islam seharusnya tidak menyertai mereka, apetah lagi jd yb dap..mereka anti islam..jg jd munafik.
PAScai aje yg tk sesat..
Setuju.. Selagi x langgar sumpah bai'ah.. Yes setuju..
Haji kempen utk parti sndiri jerla..xyah sbuk parti org..Patti haji ada harapan ke nk mng d sarawak...meroyan sokmo ke parti org...hihihi
Gua sokong lu bro, tengok apa DAP dan buat kat tabung haji.... jahanam!
Cer tengok macamana UMNO jaga ISLAM di Pulau Pinang... diperuntuknya duit pada kadar jumlah melampau...
Jahat sunggoh DAP....dia belasah duit berbilllion billion....
Post a Comment