Tuesday, February 16, 2016

Elak Muflis, Jom Kita Bantu Mat Sabu..

Mengakui Presidennya, Mohamad Sabu berdepan dengan kemungkinan muflis, Parti Amanah Negara (PAN) semalam tampil merayu kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan bagi menyelamatkannya.
Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Tahir berkata bantuan tersebut amat diperlukan buat masa ini tetapi pihak yang berminat untuk menghulurkan sumbangan perlu menghubungi parti terlebih dahulu.
“Pihak AMANAH mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang dizahirkan oleh semua pihak.
“Namun untuk menentukan tidak timbul fitnah berhubung kutipan ini, maka kami meminta semua pihak terlibat supaya berhubung dengan kami terlebih dahulu.
“Dengan itu, usaha pembelaan terhadap beliau boleh diselaraskan dan dilakukan dengan ketelusan supaya dapat mengelak pertikaian berlaku,” kata Anuar.
Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berdepan dengan tuntutan muflis selepas gagal melunaskan ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu ‘Projek IC’ di Sabah.
Kenyataan itu disiarkan lidah rasmi PAS, Harakah edisi 1 hingga 3 Februari 2013, ketika itu Mat Sabu merupakan Timbalan Presiden PAS.
Jom kita bantu Mat Sabu! (IH)
mat

8 comments:

Anonymous said...

Inilah PAN Imayam yg menjadi talibarut DAP, pasal fulus hina dan fitnah PAS, Isma dan badan2 Islam. Tak guna punya PAN Imayam siapa yg tak mahu jadi talibarut DAP dicop sebagai musuh. Mari kita baca dari view ISMA pula



http://www.ismaweb.net/2016/02/mereka-sudah-nyanyok-tapi-ramai-tidak-lupa/

Mereka Sudah Nyanyok, Tapi Ramai Tidak Lupa…

Seperti yang sudah dijangkakan, nama ISMA (seperti biasa) adalah satu jalan singkat untuk sesetengah orang menempa nama dan maqam glamour sesaat dua dengan jalan pintas. Tidak kisah sama ada berita itu benar atau diputarbelit, yang penting sasaran mengena dan damage done.

Sudah seperti menjadi KPI atau SOP sebahagian dari mereka agaknya – nak cepat popular, nak naikkan rating atau nak score political mileage senang saja: Burukkan ISMA!

Tak perlu tabayyun-tabayyun lagi dah.

Saya tak pasti siapa yang lebih terserlah kebodohan atau kemalasannya di antara para editor, jurnalis atau poli-tikus berkenaan.

Selective dementia atau pure laziness.

Boleh jadi kedua-duanya jugak.

IKRAM dan ABIM juga terima dana, sepertimana juga ISMA. Undang-undang membenarkan. Tak ada salahpun. Perlembagaan Malaysia juga mempunyai peruntukan tentang dana untuk memgembangkan agama Islam dalam negara.

Why single out ISMA?

Jawapan: takkan nak sasarkan IKRAM atau ABIM pulak? Ya tak ya jugak, takkan nak tembak member sendiri kan!

Dan sebab ISMA adalah satu-satunya NGO Islam sederhana yang konsisten dan beriltizam dalam membawa agendanya.

Anwar Tahir dulu pun pernah duduk dalam ABIM juga satu masa dulu.

Parti politik kuali leper (PAN) pun loaded jugak. Siapa ya “Penderma” dan “Pendana” parti politik ciplakan ini ye?

Takkan kerajaan (yang dia sifatkan sebagai mengamalkan diskriminasi ras dan keugamaan”) yang bagi duit kat PAN?

Sudah sudah la encik, simpan sikit simptom buat-buat lupa tu.

Jangan dok temberang kat alam maya saja.

Elok perbetulkan dulu rumahtangga you sendiri yang sedang bergolak hebat, berebut kuasa tak habis-habis. Entah berapa banyak kem yang sedang mengatur muslihat untuk saling jatuh menjatuhkan.

Same goes to jurnalis picisan yang sorang lagi tu. Kertas skrip yang dikutip tepi longkang sahaja diambilnya.

Nice try both of you.

Jerat tak mengena dan skrip yang digunakan awak berdua itu pun sudah basi.

Masyarakat sedang ketawa sahaja menyaksikan gelagat sepasang pak pandir berlagak alim.

Ahli-ahli ISMA tidak sudi masuk gelanggang permainan individu-individu yang kemaruk perhatian segera.

Grow up la!

Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Aktivis ISMA

Anonymous said...

Flashback zaman PAN Imayam dikenali sebagai GHB (Gang Hati Busuk)

MAT SYABUN KATA, DANA GHB SEMUA TURUN DARI LANGIT!!!

Takkan la diorang selama hari ini tak tau yang puak - puak Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu jauh lebih hebat dari kepimpinan PAS Pusat yang ada pada hari ini. Khasyaf diorang tinggi.

Orang macam Si Mat Sabu, Khalid Samad, Mujahid Rawa, Hatta Ramli, Nizar Lilin, Dr. Dzul dan sebagainya tu semua orang yang hebat - hebat. Diorang tak perlukan bantuan orang lain.

Sekali diorang baca doa je, berlambak - lambak duit turun dari langit. Tak perlu nak mengharapkan puak - puak DAPigs tu beri bantuan kepada diorang. Kalau ada pun, setakat bantuan dari celah gigi je.

Paling tidak, Geng Haprak Baru tu boleh bagi alasan, "semua pemimpin dalam GHB mengimfakkan gaji mereka sebagai wakil rakyat untuk menggerakkan aktiviti diseluruh Negara".

Lagi pun, bukannya seorang dua je yang jadi Pengkhianat dalam PAS tu takde berjawatan. Boleh dikatakan semuanya masih memegang jawatan sebagai Wakil Rakyat sama ada ADUN atau pun Ahli Parlimen.

Tambah pulak, cabaran yang dibuat terhadap Geng Haprak Baru ni lebih kurang macam mencabar tembok je. Diorang bukan peduli sangat pun dengan cabaran atau desak sedemikian.

Dalam erti kata mudahnya, tak perlu la puak - puak Pencacai Rejim PAS Kelantan tu nak tunjuk Hero sangat dan desak Geng Haprak Baru ni dedahkan sumber dana diorang kepada umum. Nanti takut malu diri sendiri je!!!
RANTAU PANJANG - Jika benar Harapan Baru tidak ditaja DAP, Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan mencabar pemimpin parti baharu itu menyatakan dana politik yang diperoleh ketika ini.

Presidennya, Razak Abas berkata, melihat kepada senario pentadbiran parti baharu, mereka memerlukan dana yang tinggi bagi melancarkan agenda politik sebelum pilihan raya.

Berdasarkan pengalaman ketika menyertai Semangat 46, katanya, parti yang lama terkubur itu juga, sebelum ini memiliki dana jutaan ringgit.


“Tak kan semua perbelanjaan atas poket ahli masing-masing tanpa sebarang bantuan mana-mana pihak. Masyarakat hanya memandang dana yang diperoleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan mereka tidak pula bertanya sumber dana Harapan Baru,” katanya.

Anonymous said...

Mari kita londeh Mat Sabu d Khianat Interview dgn Mat Sabu,

SIla baca link MALAYSIAKINI kat bawah ni

Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/166723

"Jadi saya balik lepas PAS kalah teruk, tinggal dua kerusi sahaja. Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi. "

" Mohamad berkata beliau menyetujui petikan dalam satu teks tersohor oleh pengasas sosialisme moden – Karl Marx – bahawa agama merupakan candu bagi rakyat."


Komen Aku: Dah la bukan kerana Islam, pakai Karl Marx plak sebagai pedoman. Nampak gaya Ibrahim Ali jauh lagi suci dari Mat Sabu. Elooo Mat Bertaubatlah kamu. Aku harap Majlis Agama seluruh Malaysia boleh ambil tindakan kepada Mat Sabu

Jesse Labu
Keadilan N9ERS

Anonymous said...

Mat Sabu bukan salah umum tapi berniat memuji2 Syiah. Syiah sudah difatwakan sesat di Malaysia Mat Sabu memuji HIZBULLAH . Sila Tengok Video ini.

Mat Sabu Mengangkat Syiah Hassan Nasrullah Hezbollah. Ini dia punya LINK
https://www.youtube.com/watch?v=qwkcIETov_AA

Bukankah Hezbollah meneyembelih kaum sunmah wal Jamaah di Syria. Mat Sabu, kamu yg extremist kamu kata orang lain plak.

By the way Majlis Fatwa kan kata Syiah tu sesat!!!!! Syiah sesat, haram untuk umat Islam dari Malaysia

SHAH ALAM - Majlis Fatwa Kebangsaan menegaskan Syiah adalah ajaran sesat sekali gus haram diamalkan oleh orang Islam dari negara ini. Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, majlis fatwa tetap dengan keputusan sebelum ini yang dikeluarkan sejak tahun 1996, di mana ajaran Syiah adalah ajaran yang menyeleweng daripada Islam dan tidak boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia.

“Syiah ini adalah ajaran sesat sepenuhnya kerana ianya memang menyeleweng daripada akidah. “Bagaimanapun untuk menyatakan ia bukan Islam kita belum tetapkan, kerana kumpulan ini juga mengucap dua kalimah syahadah namun tidak mengikut ajaran sunnah.

“Sesiapa rakyat Malaysia yang beragama Islam yang sememangnya telah berpegang kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah sejak beratus tahun lalu haram mengikut ajaran ini, dan tindakan boleh dikenakan,” katanya kepada Sinar Harian Online. Sebelum ini, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik sebagai berkata, penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu.

Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut. "Siapa pun mereka sama ada penganut Buddha, Hindu mereka berhak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing namun yang menjadi salah apabila mereka cuma mengembangkan ajaran tersebut kepada orang Islam," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan mempunyai pendirian yang sama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu membenarkan pengikut Syiah asal daripada negara Islam yang lain meneruskan mazhab tersebut di negara ini. Namun, beliau berkata, ajaran mazhab tersebut tidak boleh disebarkan dan dikembang secara terang atau sulit kepada penduduk Islam di Malaysia. “Pengikut Syiah dari Iran yang datang ke Malaysia boleh teruskan mazhab mereka, tetapi tidak boleh disebarkan kepada penduduk Islam di sini.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Anonymous said...

Dlu pas kne tuduh mcm ni juga. Skrng giliran pas tuduh pan pula. Cuba2 kita fikirkan.

Anonymous said...

Heh! Nampak gayanya, kecewa betul puak - puak Pentaksub dan Pengampu DAPigs (PUak PAN IMayam la)tu dibuatnya bila diorang dengar cerita kata PAN Imayam dibenci oleh Bani Melayu Itu baru dengar cerita.

Belum PRU-14, bilamana Kaum Melayu dan Kaum India akan menolak DAP kerana dasar RACIST mereka Kalau korang baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pentaksub dan Pengampu DAPigs seperti diatas ni, memang korang akan nampak kecewanya diorang dengan perkara tersebut. Selebihnya, tak payah la kita dedahkan.

Cukup la setakat itu sahaja yang kita paparkan. Sebab kalau baca yang selebihnya pun, semua hanya setakat dakwaan dan tuduhan kosong semata - mata. Tapi, seperti yang kita katakan sebelum ini jugak la. Yang dengki dan panas punggung melihat Kaum Melayu dan India tolak DAP. Kalau DAP ditolak oleh 2 kaum itu. PAN Imayam akan tertonggeng seperti LBGT

Anonymous said...

Yaaa mana ada tuduhan. Kao baca sendri malaysiakini punya interview dgn Mat Sabu


Tengok sindri kat youtube macam mana Mat Sabu puji Syiah nasrullah

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/05/ada-gerakan-dalaman-cuba-jatuhkan-mat-sabu-sebagai-presiden-pan/

Ada Gerakan Dalaman Cuba Jatuhkan Mat Sabu Sebagai Presiden PAN ?

AIDCNews – 5/12/15 –Sudah wujud gerakan dalaman untuk menjatuhkan Mohamad Sabu (Mat Sabu) sebagai Presiden Parti Amanah Negara (PAN), kata Aszfia Haris El Haraki.

Dakwaan itu dibuat merujuk kepada kenyataan Jamzuri Adani yang menafikan Naib Presiden PAN, Ustaz Hasanudin Mohd Yunus (gambar di sebelah) pernah mengeluarkan kenyataan meminta Mat Sabu memberi penjelasan berkaitan dakwaannya dengan Syiah.

Ustaz Hasanudin adalah bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).

Poster dan kenyataan Ustaz Hasanudin menjadi viral di internet selepas tersebarnya gambar pertemuan Mat Sabu dengan tokoh Syiah di luar negara (di bawah).

Selepas tersebarnya gambar itu, Mat Sabu membuat satu tuduhan bahawa PAS kini diresapi fahaman ISIS.

mat sabuMat Sabu berkata di antara punca PAN ditubuhkan kerana bekas partinya PAS sudah diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

“Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia,” kata Mat Sabu dalam wawancara bersama The Malaysian Insider.

Ir Ahmad Hakimi berpandapat tuduhan Mat Sabu terhadap PAS itu sengaja disensasi untuk melindungi dirinya daripada menjawab isu Syiah.

“Adakah perbuatan presiden PAN bertemu dengan ‘Ulama’ pro syiah terlalu memberi ‘damage’ kepadanya hingga terpaksa melontar tuduhan baru “PAS diresapi pemikiran ISIS” agar isu dapat di ‘divert’?

“Ini 2015 la. Bukan 60an. Kumpulan yang dalamnya berkumpul orang yang tak puas hati ini akan hancur dengan sendirinya insyaAllah,”katanya.

Mohd Solleh Ab Razak pula melihat kenyataan terkini Mat Sabu itu seumpama memberi mesej tersirat iaitu pembahagian di antara PAN (Syiah) dengan PAS (Ahli Sunnah Wal Jamaah).

“Apakah mungkin selepas ini sebab penubuhan PAN adalah : PAN ditubuhkan kerana PAS dikuasai oleh ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak mengizinkan Syiah tersebar”katanya.

Norani AbgMarzuki BangiKuching pula mempersoalkan kegagalan untuk membersihkan namanya apabila diisytiharkan penganut Syiah oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 2013.

“Pada tahun 2013 KDN dedah Mat Sabu adalah Syiah. KDN senaraikan semua aktiviti Mat Sabu sebagai bukti dia Syiah.

“Mat Sabu kata nak saman KDN tapi sampai sekarang tak berani saman KDN. Lepas pergi Iran baru ni, lagilah takut nak saman KDN,”katanya.

Tambahnya, lawatan Mat Sabu ke Syria pada tahun 2012 ketika masih memegang jawatan Timbalan Presiden PAS juga menimbulkan tanda tangan.

“Mat Sabu ada hubungan dengan pembunuh Sunni Muslim di Syria semasa beliau dalam PAS lagi?

“Mat Sabu melawat pengganas Syria, regim Basyar Asad, yang menipu Mat Sabu sedang Mat Sabu tak tahu dia kena tipu.

“Lalu Mat Sabu masa dalam PAS ketika itu sudah ada hubungan dengan regim Basyar Asad yang juga sebenarnya ada hubungan tali barut dengan ISIS.

“Mat Sabu cuba melarikan diri dari penglibatan dia dengan Asad dan ISIS,”katanya lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails