Filem Ola Bola meraih kutipan sebanyak RM8 juta dalam tempoh 13 hari waktu tayangan di seluruh negara dan Brunei.
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR 10 Feb. – Memasuki hari ke-13 tempoh tayangan, filem Ola Bola berjaya mencatat kutipan sebanyak RM8 juta menerusi 120 pawagam di seluruh negara dan Brunei.
Sambutan memberangsangkan untuk minggu kedua tayangan ini didorong oleh reaksi positif para peminat yang telah menontonnya sejak 28 Januari 2016 lalu selain program promosi yang kini giat dijalankan.
Pihak Astro Shaw dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, filem ini berjaya memberikan impak yang besar di laman-laman sosial apabila ramai pengguna memperkatakan mengenai filem tersebut.
Jumlah tontonan trailer dari Facebook dan YouTube pula mencatat 1.6 juta tontonan dan meningkat setiap hari.
Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan, keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.
Kisah yang diilhamkan daripada peristiwa sebenar ini bukan sahaja memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola sepak negara, tetapi menyaksikan kepayahan dan kesungguhan barisan pemain dalam mengatasi masalah peribadi dan pasukan.
Filem ini juga mendalami kehidupan seharian dan memaparkan semangat waja pasukan bola sepak negara yang tidak kenal erti putus asa walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Filem arahan Chiu Keng Guan ini dibintangi oleh Bront Palarae, JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng Shin Wang dan Lim Jian Wen di samping penampilan istimewa Datuk Rahim Razali. (IH)
7 comments:
Kami Ahli PAN.Imayam tak tengok ola bola. Kami tengok Ola Mikrofon. Acara buang tabiat oleh Abang Mat Sabu
Say Yes To Ola Mikrofon, say no to Ola Bola
Salah sendiri, mikrofon jadi ‘mangsa’ luah perasaan


SEBAGAI pemimpin nombor satu dalam parti serpihan PAS, iaitu PAN yang dianggotai bekas pemimpin-pemimpin PAS yang kalah teruk dalam pemilihan parti, Pedang memahami apa yang dirasai oleh Mat Sabu.
Parti rasis dan cauvinis DAP yang menjadi rakan tidur sebantal PAN tidak mempercayai PAN untuk bertanding di kerusi yang diwakilinya. Akhirnya PAN terpaksa mengumumkan akan melawan PAS.
PKR pula secara tak langsung memperlekehkan kemampuan PAN menggantikan tempat PAS dalam pakatan (tiada) harapan bagi mencuri undi Melayu. Natijahnya, Rafizi mengumumkan akan memberi fokus kepada agenda Melayu yang tak pernah dilakukan pada pilihan raya sebelum ini kerana tahu, tanpa PAS mungkin kapal pembangkang tak mampu berlayar ke mana-mana. Bahkan mungkin ‘terlepas’ negeri Selangor.
Itulah masalah yang dihadapi oleh Mat Sabu yang dipendam sekian lama. Tambahan pula, kawan baiknya Anwar Ibrahim sudah tiada harapan untuk bebas sama-sama berjuang menentang UMNO.
Kalau begitu keadaannya, bagaimana Mat Sabu tak geram sehingga sanggup membaling mikrofon? Mujur tak terkena penonton. Sabar Bang Mat, sabar. Jalan ini masih jauh. PRU14 pun belum ada tarikh lagi.
Tengok, betapa teruknya imej dan persepsi yang melekat pada badan PAN menyebabkan rakan sendiri tidak menaruh kepercayaan. Apatah lagi rakyat.
Apa yang Mat Sabu perlu lakukan ketika ini ialah memastikan PAN betul-betul berperanan dalam pakatan sehingga dirasai oleh DAP dan PKR.
Tetapi untuk itu, kikislah imej buruk yang sedia terpalit pada PAN terlebih dahulu.
Pedang bermurah hati menyenaraikan imej dan persepsi buruk PAN sebagai rujukan Mat Sabu dan konco-konconya:
1. Macai DAP
2. Pejuang Syiah
3. Pejuang Islam liberal
4. Tiada agenda Islam dan Melayu
5. Antihudud
6. Tak mampu lawan PAS
7. Tak mampu lawan suara anti-Melayu dan anti-Islam
8. Dapat dana DAP
9. Tiada peranan dalam pakatan (tiada) harapan
10. Memusuhi ulama
Dan ada banyak lagi kalau nak disenaraikan satu persatu. Kalau Mat Sabu berjaya kikis masalah yang ada pada PAN terlebih dahulu, barulah Mat Sabu akan diberi ruang seluas-luasnya dalam pakatan. Jika tidak, mungkin lebih banyak mikrofon jadi ‘mangsa’ luahan perasaan akan datang.
KATA PEDANG: Mat Sabu memang suka kontroversi, taktiknya membaling mikrofon nampaknya berjaya mencuri perhatian umum termasuk Pedang.
Ingat PAN, ingat DAP!!
Ingat PAN, ingat DAP!!
BALING MIKROFON, MAT SABU KECEWA HASUTAN TAK MENCUKUPI!!!

Hahaha!!! Nampak gayanya Si Mat Sabu tu tak puas hati lagi bila hasutan yang disebarkan oleh Pakatan Haprak tu agar membenci Kerajaan masih lagi tidak mendatangkan sebarang kesan kepada rakyat.
Kemuncak kepada rasa tak puas hati Si Mat Sabu tu boleh dilihat dalam ucapan yang disampaikan semalam apabila dia bertindak secara beremosi dan mencampakkan mikrofon ketika sedang berucap.
Dari ucapan yang dibuat oleh Si Mat Sabu tu memperlihatkan yang dia cukup kecewa kerana usaha mereka untuk menghasut rakyat selama hari ini masih tidak mendatangkan sebarang kesan.
Sebaliknya, Si Mat Sabu tu kata rakyat Malaysia ni masih BODOH dan Penakut kerana tidak mengikut jejak langkah yang dilakukan oleh rakyat di Filipina, Indonesia atau di Burma.
"Kami lemah kenapa kita tidak mengikut arus rakan-rakan kita di Filipina, Indonesia, Burma, kita ketinggalan kerana kita penakut. Ya paling lama kita berkumpul 24 jam di Kuala Lumpur tiga hari," katanya.
Hakikatnya, Transformasi yang dilakukan oleh rakyat di Negara - Negara yang disebut oleh Si Mat Sabu tu berdasarkan kepada Kebenaran. Bukannya bergantung kepada dakyah pembohongan.
Persoalannya, apa yang dilakukan oleh puak - puak Pakatan Haprak tu di Malaysia? Adakah mereka benar - benar ikhlas nak memperjuangkan hak rakyat ATAU sekadar berjuang untuk seorang Peliwat?
Berapa ramai dikalangan pemimpin - pemimpin Pakatan Haprak tu yang dah kantoi menabur fitnah terhadap pihak Kerajaan? Itu yang Si Mat Sabu tu nak mendabik dada kata diorang ni pejuang rakyat?
Realitinya Si Mat Sabu tu perlu sedar. Pencacai Pakatan Haprak di Malaysia ni bukan macam dia yang dapat duit bantuan kewangan yang lumayan daripada puak - puak DAPigs tu setiap bulan.
Diorang perlu juga bekerja untuk sara anak bini dan keluarga. Nak mengharapkan pemimpin Pakatan Haprak tu bantu, jangan mimpi la sebab pemimpin tu sendiri pun dok sibuk fikirkan soal nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri je!!!
Tanpa mengira fahaman politik kita mesti akur yg DAP memusuhi orang Islam berketurunan Melayu di Malaysia
Petikan dari Blog ISMA
http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/
Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral
APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:
Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.
Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.
BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang
Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.
Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.
Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.
Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.
Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.
Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.
Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.
Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.
DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.
Ini mmg betul2 lawak seram..antu DAP menghantui walaunta dan macai umno..
KAH KAH KAH!!!
Ingat UMNO, ingat 2.6 billion
Ingat 2.6 billion, ingat Najib
Ingat Najib, ingat penipu
Ingat penipu, ingat PM
Post a Comment