Saturday, February 13, 2016

Guan Eng Roboh Lagi, Gerai Siapa Pula?

Gerai siapa pula bakal menjadi mangsa kerakusan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, soal Persatuan Mukabuku Pulau Pinang.
Ia merujuk kepada insiden perobohon gerai Adam Tomyam dan gerai Afiq Bawal Goreng di hadapan Kuaters Polis Lebuhraya Thean Teik, Air Itam, Pulau Pinang.
“Makin hari makin menjadi !
“Gerai siapa pula yang bakal menjadi mangsa selepas ini ?, “soalnya.
gerai tomyam1.jpg
dap2
Menurut Penang kini, kedua-dua gerai peniaga kecil Melayu itu dirobohkan pagi semalam.
“Kami menerima maklumat pemilik kedai Bawal Goreng menangis hiba melihat gerai diruntuhkan dan barangan kedainya dirampas. Kesian melihat depa sukar nak cari rezeki.
“Kalau penguatkuasa ada hati perut dan ruang diplomasi, barangan di kedai seperti TV LCD, peti ais, kipas angin dan barangan memasak tak payah la angkut naik trak.
“Cukuplah mungkin sekadar kerusi, meja dan dapur sahaja kalau nak rampas pun,”lapornya.
dap3
dap1
Sementara itu, Penang Kini turut melaporkan sebahagian struktur bangunan warisan yang dikenali sebagai Hotel Runnymede, iaitu bangunan kolonial berusia 208 tahun itu turut dirobohkan dipercayai bagi memberi laluan kepada pembinaan hotel bertaraf lima bintang di situ.
tempat bersejarah
“Ini baru betul-betul UBAH !
“Runnymede sebelum dan selepas Tahun Baru Cina 2016,” lapornya sambil membandingkan dua keping gambar (di atas) sebelum sebahagian struktur bangunan warisan itu diroboh dan selepas diruntuhkan.
Hmetro.com turut melaporkan tiada sebarang papan tanda pemberitahuan diletakkan.
Jurucakap Persatuan Warisan Pulau Pinang (PHT) berkata, pihaknya menerima maklumat kerja perobohan bangunan warisan itu dijalankan pada Isnin lalu iaitu ketika sambutan Tahun Baru Cina.
“Kami mahu penjelasan daripada kerajaan negeri, mengapa kerja perobohon dijalankan pada hari cuti umum, seolah-olah mereka mahu menutup sesuatu,” katanya.
Bangunan warisan itu terletak di atas tanah seluas 0.8 hektar berhampiran pesisiran pantai, sekali gus menjadikan ia antara hartanah yang paling bernilai di Pulau Pinang.
Hotel Runnymede pernah didiami Sir Stamford Raffles pada 1805 ketika Raffles bertugas sebagai Penolong Setiausaha kepada Gabenor Pulau Pinang, Robert Townsend Farquhar.
Selepas itu, Hotel Runnymede mengalami banyak perubahan termasuk pernah dijadikan sebagai hospital tentera British ketika zaman Perang Dunia Kedua.
Sementara itu, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu lintas, dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow berkata, pihaknya sudah mengeluarkan Pelan Kebenaran Merancang (PKM) kepada pemaju terbabit.
“Bagaimanapun, PKM itu tidak membabitkan Hotel Runnymede. Kerja perobohan hanya dijalankan di beberapa struktur kawasan sekitar tapak hotel berkenaan sahaja.
“Selain itu, kita akan menyiasat bagaimana kerja perobohon itu boleh dijalankan pada hari cuti umum,” katanya.
ekoran insiden itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana terus menerus menghapuskan tapak warisan di negeri itu dengan alasan pembangunan.
Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, bangunan sampingan dalam kawasan hartanah Runnymede telah dirobohkan sedangkan permohonan kebenaran merancang untuk projek pangsapuri dan hotel di kawasan itu telah dibatalkan pada 24 November 2015.
“Kami tidak pasti sama ada pemaju telah mengemukakan semula permohonan dan kemudiannya diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang memandangkan tidak terdapat kemas kini di dalam laman sesawang.
“Adakah ini bermakna pihak pemaju kini dibenarkan untuk meneruskan dengan semua pembangunan ini. Apakah yang telah berlaku kepada garis panduan yang mengehadkan ketinggian bangunan di kawasan tapak warisan.
“Apakah daya tampung kawasan ini. Apakah justifikasi untuk tambahan bangunan komersial dan Apakah pengurusan trafik di kawasan yang sesak?” katannya dalam satu kenyataan media.
roboh
S.M. Mohamed berkata, seolah-olah perobohan berlaku di Pulau Pinang tanpa kawalan dari bukit, laut hingga ke bangunan warisan.
“Kerajaan negeri perlu menjelaskan perobohan dan kelulusan yang telah diberikan. Apakah tindakan yang akan diambil terhadap pemaju? Sekadar mengenakan denda yang tidak seberapa seperti mana dalam kes Bukit Botak (Relau) adalah tidak bermakna.
“Nampaknya tiada apa yang dibiarkan di Pulau Pinang, dari bukit ke laut dan kini bangunan warisan. Seolah-olah tiada had kepada perancangan dan kelulusan yang diberikan dan pemaju mendapat manfaat paling besar dalam arus pembangunan yang dikejari,” katanya. (AIDCNews- 12/2/16 )

8 comments:

Anonymous said...

kita orang luar bercerita tentang pulau pinang. kita tak tahu ceita sebenar setakat jadi cybertrooper umno. declare masuk umnolah.apa nak heran mursyidul pas duduk dibawah perdana menteri. tahniah selamat bersatu

Anonymous said...

yg bab bukit tu, itu tanah persendirian. yg nak buat hotel 5 bintang tu, sudah tentu tanah persendirian. ydp majlis org melayu.

kalau tak tau perjalanan pentadbiran negeri, tak payahlah sibuk2.

korg ingat lge boleh suka hati aje ke nak suruh2 roboh? kalau dia salah, silalah saman. jgn jadi mcm tmb Kelantan yg bodoh wal bangang suka hati pecat tamatkan perjanjian. dah kena saman dan mahkamah perintah byr bekas staff rm200k. skrg korg tunggulah hasil saman sykt korea yg dibatalkan perjanjian lebuhraya timur tu. kalau kalah Kelantan boleh bankurap - +-rm200juta...

Anonymous said...

Hebat mursyidul pas,ada jawatan dalam mpi yg dipengerusikan oleh tpm.pru 14'ni pas lawan ke nalk lawan pakatan harapan.tolong jelaskan sikit,elaun mesti besar ni

Unknown said...

Kalau tanya PAN, mereka hanya bergantung pada DAP..kalau DAP kata halal maka halallah bagi PAN..kalau DAP kata haram maka haramlah bagi PAN!!..

Unknown said...

Ingat PAN, ingat DAP!!

Unknown said...

Kerjasama demi islam dikatakannya nak lawan pakatan harapan??

Tahniah bro kerana menunjukkan warna yg sebenar!!

Ingat PAN, ingat DAP!!

Unknown said...

Macam biasa bila kena btg hidung TGLGE semuanya TGLGE tetap FI pihak yg betul..

Ingat PAN, ingat DAP!!

Anonymous said...

UMNO JUAL MELAYU. PAS JUAL ISLAM.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails