Saturday, February 06, 2016

Hukum Islam Potong Tangan, Rejam Tak Kondusif Di M'sia. Nik Amar Jawab...

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis mahu semua pihak berhenti daripada mendesak undang-undang Islam membabitkan potong tangan ke atas pencuri dan rejam. Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, undang-undang tersebut bersifat kontekstual dan mempunyai pra-syarat yang tidak dapat diwujudkan oleh umat Islam berdasarkan suasana semasa.

Tegas beliau, fokus umat Islam masa kini adalah membangunkan kekuatan di sudut penghayatan agama dan imej Islam yang baik di mata masyarakat dunia, bukan berkempen kepada undang-undang yang bersifat tidak kondusif.

“Promosi Islam hendaklah dilakukan dengan berkesan di setiap peringkat dengan memberikan tumpuan kepada nilai-nilai mulia dan beradaban yang tinggi yang diajar oleh Islam.
“Bukannya berkempen kepada undang-undang yang bersifat kontekstual yang tidak kondusif pada zaman ini,” tegasnya menerusi satu kenyataan hari ini.
Mohd. Asri dalam pada itu berkata, umat Islam khususnya mereka merupakan minoriti dalam sesebuah negara perlu berhenti menyeru kepada pembentukan negara Islam atau undang-undang Islam yang bersifat penguasaan ke atas pihak yang lain. 

Video.. 

Hudud: Tangan tak dipotong jika curi kerana terdesak, kata PAS
(IH/
Mynewshub.cc)


15 comments:

Anonymous said...

Tak kondusif ?

Anonymous said...

Hududkan pemimpin2 yg curi balak di kelantan dulu baru laksanakan pd org awam. Mrk2 ini perjudikan Islam utk habuan dunia.

Cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

Zaman Nabi saw dulu kondusif tak ?

Anonymous said...

Nak cari alasan satu duniapun boleh dapat

Anonymous said...

Bro hashim. Pls siar kenyataan dr. Asri secara full. Jgn putar belit. Potong sekerat. Setiap amal dgn niat. Wallahuaklam

Anonymous said...

Pemimpin2 Islam di Msia wajib ikut akhlak mulia Nabi baru orang yakin dan percaya pd perlaksanaan undang2 Islam. Lagi pun zaman Nabi dibantu oleh wahyu2 Allah melalui malaikat.

Jika tgk perangai ustaz2 dan pak2 lebai yg nak kendalikan hudud dikhuatiri akan mencemarkan keadilan sebenar dan Islam akan jd bhn ketawa serta fitnah kpd agama lain.

Tuang presideng kaki ponteng bercita2 jd penasihat ketua perompak najib. Supaya sama2 boleh kongsi hasil rompakan. Ini baru kondusif.

Ibnu Hasyim said...

Kepada anon February 6, 2016 at 11:03 AM di atas,

Tunjukkan di mana saya 'putar belit' dan 'potong sekerat' artikel di atas, yang boleh merosakkan tulisan asal.

Buktikan di mana salahnya, ia hanya diangkat dari blog orang lain saja.

Setiap amal dgn niat. Masing-masing betulkan niat. Wallahuaklam.

Anonymous said...

Perenggan satu dah salah. Baca betol2. Nk rejam dr. Asri ker? Dah potong le tu. Main angkat drp blog lain?? Mudahnye sheikh.

Ibnu Hasyim said...

Maaf, dah betulkan salah teknik. terima kasih, kepada pengomen di atas.

Unknown said...

Kalau betul ada pemimpin curi balak kemukakan bukti dan buat laporan polis atau sprm..kalau x de bukti di tangan elok jgn begitu mudah nak fitnah orang kecuali kalau sanggup mohon maaf..

Unknown said...

Kalau begitu bagai dikata sila kemukakan nama ustaz2 atau lebai2 mana di Malaysia yg layak laksanakan hudud.. Kalau x mampu nak sediakan nama2 elok munasabah diri..

Anonymous said...

Tuang presideng kaki ponteng ada mtk maaf kat orang2 Islam yg difitnahnya? Pil kuda, kafir, jebon, barua. Semua tuduhan fitnah tu kena balik ke beliau skrg.

Anonymous said...

Dah ada laporan sprm. Tunggu je siasatan. Siap dgn bukti2 lg.

Anonymous said...

Belum ada yg layak lagi. Sbb itu dr asri kata byk perkara lain yg boleh diperjuangkn dlm Islam bkn semata2 hudud. Rukun Iman dan Rukun Islam pun tkde sebut ttg hudud.

Ulamak2 Pas sendiri tk yakin utk laksanakan hudud. Pas guna isu hudud kerana kuasa utk habuan dunia. Parti tiada pendirian dan maruah.

Anonymous said...

Sama2 kasih. Berpesan2 dgn kebenaran dan kesabaran. Wallahuaklam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails