Tabung Haji Dikhianati?
Pengurus Tabung Haji(TH) seratus peratus Melayu Islam, agak saya.
1. Benarkah kontraktor pertama Kompleks baru TH berhampiran KLIA telah mengundurkan diri bersama 70% bayaran sekalipun menyiapkan hanya 30% kerja?
Itu sudah berjumlah RM 210 juta dari RM 303 juta jumlah asal harga projek yang dijadual siap tiga tahun lalu -2013.
Bermakna TH sangat pemurah - tetapi boleh dikira mengkhianati amanah pencarum, iaitu rata-rata orang Melayu.
2. Benarkah TH membayar plot pertama tanah 1MDB di TREX dengan harga RM 194 juta padahal 1MDB membayar pada kerajaan dulunya hanya dengan harga RM 4 juta?
Jika begitu, TH telah membazirkan sebegitu banyak wang pencarum Melayu tulus ikhlas tadi.
Plot kedua dikatakan dibayar dengan harga RM 578 juta sekalipun harga asal hanyalah RM 8.9 juta.
Jujur dan amanah kah itu?
3. Apakah tugas Ahli Lembaga TH?
Menyelamatkan masalah orang lain dengan wang amanah pencarum atau memberikan pulangan dan perlindungan terbaik kepada pencarum?
4. Janganlah sejarah nanti tertulis Melayu sendiri mengkhianati Melayu.
Apa lagi termasuk Melayu miskin dengan jerit perih mengumpul wang kerana tuntutan melaksanakan kewajipan rukun Islam.
TH tidak pedulikan itu semua?
Husam Musa
7 Jamadilawwal 1437/
16 Februari 2016
7 Jamadilawwal 1437/
16 Februari 2016
3 comments:
Semua lembaga pengarah tabung haji adalah kaki jilat bontot janji wang masuk yang merana adalah orang melayu terbanyak.
orang bangang ni komen pun nak percaya. sekarang ni kalau nak komen sertakan lah bukti jgn akp ikut suka je nanti kena saman mcm pak sabu tak boleh bayar nak kena istihar muflis lak. lepas tu buat malu je minta derma dari rakyat yang susah untuk bayar denda. oi mat sabu elaun pba dari guan eng hang perabih kat mana. husam ni nak kena pacat dari pas pun ade gak orang melayu leh percaya. melayu oh melayu nak maki bangsa aku gak geleng kepala 3X ha3X
lebih baik percaya kan husan dari percaya kan pengerusi th tu..
Post a Comment