Sunday, February 14, 2016

Ibu Pulang, Anaknya Bogel, Lelaki Sembunyi Dalam Selimut.. Siapa Salah?


KAJANG: Seorang jururawat menemui anak perempuannya berusia 13 tahun sedang melakukan kegiatan sumbang di atas katil bersama rakan sekerjanya di Bandar Baru Bangi pada Rabu.
Tukang cuci hospital berusia 17 tahun itu yang bersembunyi di dalam selimut atas katil wanita tersebut, menawarkan diri untuk mengahwini anak perempuannya.
Sebaliknya, wanita itu bertindak mengheret lelaki tersebut ke balai polis berhampiran.
Ibu tunggal berusia 41 tahun itu pergi bekerja tetapi pulang semula pada pukul 10.30 pagi untuk mengambil barangnya yang tertinggal di rumah.
Polis berkata sebaik tiba di rumah dan masuk ke dalam bilik tidur, wanita itu terkejut apabila mendapati bilik tersebut dikunci.
"Dia mengetuk pintu itu selama 10 minit, bertanya kepada anak perempuannya yang tinggal bersendirian di dalam rumah itu untuk membuka pintu bilik tersebut.
"Selepas beberapa ketika, gadis itu membuka pintu. Ibunya berkata gadis itu tidak berpakaian," kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard.
Wanita tersebut kemudiannya menemui seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang bersembunyi di dalam selimut di atas katil.
Wanita itu kemudiannya mengamuk dan menengking remaja tersebut yang dikenalinya selama beberapa tahun.
Menurut remaja lelaki itu, dia dan anak perempuan wanita tersebut merupakan rakan sekolah dan bercinta selama kira-kira dua tahun.
Remaja lelaki itu turut mengaku melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya setiap kali ketiadaan ibunya sejak November 2015.
"Remaja lelaki itu berkata dia akan bertanggungjawab terhadap tindakannya dan sanggup mengahwini anak perempuan wanita tersebut.
"Ibu remaja perempuan itu berfikir seharian mengenainya sebelum membuat keputusan untuk membawa remaja lelaki tersebut ke balai polis," kata Willey.

Zina.. Bemula dengan ini..

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Salah siapa? Adakah kerajaan tempat berlakunya 'najis zina' ini tidak salah? Kalau kerajaan komunis mampu membentuk faham komunis di kalangan rakyatnya, apakah Islam tidak mampu membentuk persekitaran Islam dan masyarakatnya?

Lemahnya pemimpin negara umat Islam.. (IH)





10 comments:

Anonymous said...

Ni lah namanya bala.islam di ambil bila perlu.islam di ambil bila ada habuan.islam dijaja oleh org yg alim ugama.islam bkn sekadar ugama ttp cara hidup.selagi perkra yg asas tak dibetul selagi org alim nak berpolitik tp bermain mata selagi tulah jgn bermimpi keberkatan Allah akan bersama.sedarlah krberkatan sikit2 dah ditarik oleh Allah dr negara kita yg aku cintai ttp pemimpinnya yg paling aku benci.....

abdulhalim mustafa. said...

undilah PAKATAN HARAPAN

Anonymous said...

gilee ke ape nak undi pakatan harapan....

Unknown said...

apa sal nk gila pulak klu undi pakatan harapan?

SuJeng said...

Slh ibnu hasyim la.... Suka sgt cite pasal sex la... Gmbr bogel laa

Anonymous said...

tak payah la ko ib-Anu hasyim nak ulang tayang cerita2 yang mengaibkan orang. tak payah nak menuding jari tanya salah siapa. ada baiknya ko jaga anak-cucu engko. jangan sampai anak-cucu ko hanyut lebih teruk dari berita di atas. ko tu dah tua, ingatlah rumah kata pergi kubur kata mari.

Anoynimous said...

Ibnu hasyim memang sudah tua dah sudah selayaknya lah semakin tua spt dia mkaa wajib semakin aktif utk cuba mengajak manusia keliling berusaha berfikir, mencari apa yg salah dan apa yg betul untuk dijadikan panduan dan sempadan
Dia bagi contoh yg real bukan utk aibkan org lain tapi supaya jelas perkara yg berlaku dan senang nak aambil langkah pencegahan kerana perkara itu memang sudah berlaku

Anonymous said...

UMNO JUAL MELAYU. PAS JUAL ISLAM.

Anonymous said...

Biarkaan geng JJlge meroyan lg. (JJ=Jilat Juboq)

Anonymous said...

PAS + UMNO = PORNO

KAH KAH KAH!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails